Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, January 18, 2017

Kisah susu Qayl

Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Huhu. Rancangan aku, aku nak fully BF Qayl sampai umur dia dua tahun. Masa tengah mengandungkan Qayl, suami aku suruh aku standby siap-siap susu formula sebab dia takut aku takde susu mula-mula. Tapi aku tak nak standby, aku yakin 100% yang aku ada susu badan. Sebaik Qayl lahir, aku terus akan menyusukan dia. Itu rancangan dan niat aku.
.
Tiba harinya Qayl selamat dilahirkan, doktor letak Qayl sebelah aku dan suruh aku susukan Qayl. Aku bukan main excited nak susukan. Qayl pulak cuma hisap dua tiga kali pastu tido balik
.
Ok, aku cuba pikir positif. Mungkin Qayl tido sebab dia fikir dia masih dok dalam perut. Sebab tu dia tak nak hisap susu aku. So aku ditolak balik ke wad. Nurse datang jenguk dan tanya aku ada susukan baby tak. Aku cakap baby tak nak hisap, dia tido.
.
Nurse pun tolong aku BF Qayl. Tapi respons Qayl masih sama. Walau berapa banyak kali aku suakan puting pada mulut dia, dia tetap tido T.T
.
Oleh sebab nurse takut anak aku hypo tak dapat susu, nurse tolong perahkan susu aku dan bagi Qayl minum pakai sudu. Ok, aku sangat sedih ye sebab Qayl tak nak direct BF.
.
Sepatutnya tengah hari tu aku dah boleh discharge dari hospital, tapi memandangkan Qayl tak nak menyusu, aku stay lagi kat hospital dengan harapan doktor dan nurse2 yang ada boleh bantu aku.
.
Sampailah ke malam, anak aku still tak nak BF walau berapa ratus kali aku cuba kejutkan dia untuk menyusu. Dah berapa ramai nurse yang cuba tolong aku bagi Qayl susu, tapi Qayl tetap macam tu. Aku cuba perah masukkan susu dalam cup. Susu memang ada tapi beberapa titik je. So aku fikir maybe Qayl tak nak hisap sebab susu tak banyak.
.
Pukul 2 pagi, Qayl menangis. Maybe lapar. Aku sekali lagi cuba BF dia tapi dia tak nak. Nurse-nurse shift malam pun tolong tapi tetap tak berjaya sampai nurse pun dah naik fed-up. Aku tahu diorang fed-up sebab aku dengar salah seorang nurse mengeluh kat luar bilik wad sambil cakap kat nurse lain, "Jari kita dia nak hisap pulak? Breast mak dia, dia tak nak!"
Pastu ada jugak nurse yang tanya, awak dah mandi ke belum? Dia ingat sebab aku tak mandi punca anak aku tak nak hisap susu.
.
Aku dah mandi ok? Dah anak aku memang tak nak hisap kenapa buat suara nak marah? Urghh... tapi aku malaslah nak marah balik. Mungkin nurse tu penat kerja shift tengah malam. So sepanjang aku kat hospital, memang aku langsung tak direct BF Qayl. Aku cuma mampu bagi susu melalu sudu.
.
Otw balik hospital, aku suruh Incik Sopi belikan susu formula S26. Aku pilih brand tu sebab kawan aku bagi anak dia minum yang tu. Sedihnya hati aku sebab terpaksa jugak beli susu formula sedangkan dari awal aku memang berniat nak BF je.
.
Sampai je rumah, aku terus bancuh susu. Sebaik aku suakan puting botol ke mulut Qayl, dia buka mulut dan minum dengan penuh selera. Ok, so maknanya bukan Qayl tak nak minum tapi memang ada masalah dengan breast aku.
.
Keesokannya selama tiga hari berturut2 aku berurut dengan tukang urut spa yang bernama Ana. Cukup tiga hari, breast aku mula membengkak dan aku boleh pam susu untuk bagi Qayl. Uhuk2... bestnya dapat bagi Qayl susu badan. Tapi Qayl masih tak nak direct BF. Bila perah masuk botol baru dia nak. Mungkin sebab dia dah dibiasakan dengan puting botol, so dia dah tak nak hisap puting original. Maklumlah, puting botol panjang dan puas untuk dihisap T.T
.
Habis tiga hari berurut, aku teruskan lagi 3 hari untuk urut bahagian breast je. Aku memang betul2 berniat nak bagi Qayl susu badan. Setiap kali breast rasa berat, memang aku akan pam. Tapi tak dapat nak buat stok sebab susu tak meriah pun :(
Sekali pam, terus habis bagi Qayl minum.
.
Masa aku pegi klinik untuk cek demam kuning Qayl, doktor India tu marah aku sebab aku kasi susu formula kat anak. Dia cakap: "You tak takut ke usus anak you tersumbat?! You wanita, you boleh beranak mustahil you tak boleh menyusu." Allahuakbar... dia ingat aku malas nak BF ke? Aku hari2 cuba pam tapi disebabkan Qayl tak nak direct BF so takde rangsangan. Bila takde rangsangan, maka takdelah pengeluaran. And lagi satu, aku tak pernah pulak dengar ada kes usus tersumbat sebab bagi susu formula. Kalau kes usus tersumbat sebab Nestum ade la... ke aku yang tak tahu?
.
S26 Gold - susu formula pertama Qayl

Ok dah stop cerita yang tu. Aku nak cerita pasal susu formula pulak. Mula-mula tu Incik Sopi beli S26 Gold walaupun aku suruh dia beli S26 biasa. Aku tak tahu apa beza antara kedua-dua susu ni. Yang pasti, S26 Gold lagi mahal. Huhu. Qayl okey minum susu ni. Sempatlah beli dua kotak, pastu aku suruh tukar ke S26 biasa sebab Qayl kuat menyusu. Pulak tu masa tu demam kuning dia tak habis lagi, So kena bagi dia kerap hisap susu supaya dia kencing berak. Tapi tulah... susu badan aku tak sebanyak tu untuk bagi kerap pada Qayl :((((
.
S26 biasa

S26 biasa pun okey dengan Qayl. Cuma yang aku perasan, Qayl selalu meneran bila nak berak seolah-olah najis yang nak dikeluarkan tu susah sangat. Tapi bila aku buka pampers, najis lembik je takdela keras pun.
.
Hari ke-10 berpantang, aku n Incik Sopi bawa Qayl ke rumah seorang mak cik untuk cukur rambut dia. Mak cik ni memang terror la bab2 baby. Proses nak mencukur tu agak panjang so patutnya kena standby susu la untuk Qayl. Tapi aku bawa sebotol je, tu pun dah habis Qayl minum. So aku suruh Incik Sopi balik rumah sat amik susu.
.
Tapi lain yang aku suruh, lain dia buat. Dia pergi amik baju dan kain bedung baby. Susunya takde. Lol. Pastu Incik Sopi pegi kedai terdekat beli susu jenama Anmum.
.
Anmum Infacare

Awalnya Qayl ok minum susu ni, tapi tak lama pastu dia reject. Bila masuk je mulut dia, terus dia luahkan balik sampai meleleh susu tu ke baju. Mungkin dia tak suka sebab susu ni kan takde gula tambahan. Mungkin rasa tawar ke apa, aku tak tahu sebab bukan aku yang minum. Haha.
.
Dan hari yang sama Qayl reject Anmum, stok susu S26 pun dah habis. So aku takdela bekalan susu nak bagi Qayl. Dahlah pukul 2 pagi lak tu, mana ada kedai bukak. Aku minta Incik Sopi beli tapi dia tertido. Takpela, aku pun tak nak susahkan dia sebab dia balik keje pun pukul 1 pagi. So pada hari tu aku telah melanggar pantang untuk tak kuar rumah. Aku drive kereta tengah-tengah pagi tu ke 7 Eleven untuk beli susu. Tapi takde susu jenama lain yang dijual selain berjenama Lactogen so aku pun amik jelah.
.
Lactogen

Alhamdulillah, Lactogen pun sesuai dengan Qayl. Membuang pun kerap sebab setahu aku susu ni macam ada lactobacillus yang memudahkan pembuangan. Tapi aku macam tak sampai hati pulak nak bagi anak aku minum susu murah. Pastu aku ada terbaca kat satu blog ni kata Lactogen ada gula tambahan, which means gula ni akan membuatkan badan baby kita jadi bambam dan nampak sihat. Padahalnya bambam sebab banyak gula dalam badan. No...no...no... tak mungkin aku akan berbangga memiliki anak bertubuh montel tapi penuh gula didalam badannya.
.
Habis Lactogen, continue balik dengan S26. Tapi pastu Incik Sopi Google jenama susu lain. Dia search The Best Formula Milk. Yela, dah nak bagi yang terbaik untuk anak mestilah cari yang the best. Pastu dari hasil carian kata susu Enfamil yang terbaik sebab khasiat dia menyerupai susu ibu. MENYERUPAI saja oke, susu ibu tetap yang terbaik :D
.
Tapi Enfamil takde dijual kat Malaysia, kat Singapore ade la. Habis takkan aku nak pegi Singapore semata-mata nak beli susu. Akhirnya kitorang decide nak cuba Enfalac. Dengar kata Enfalac ni adalah nama lain untuk Enfamil, tak tahu la betul ke tak. Aku suruh Incik Sopi beli Enfalac A+ tapi kebetulan kat kedai dah habis stok, so Incik Sopi beli Enfalac biasa je.
.
Enfalac biasa
Hari pertama aku bagi Qayl minum Enfalac, aku tak rasa apa-apa lagi. Tapi malam tu Qayl serba gelisah dan tak nak tido. Puas aku dodoikan, kasi puting, kasi susu, tapi Qayl senyap kejap je. Pastu nangis balik. Lama jugak macam tu sampaikan aku dah buntu nak buat apa. Kira-kira dua jam percubaan pujuk Qayl tak berjaya, akhirnya Incik Sopi balik keje pukul 2 pagi.
.
Incik Sopi tengok pulak Qayl. Belek punya belek, tengok perut Qayl buncit tapi tak kembung. Incik Sopi perlahan-lahan urut perut Qayl dan akhirnya keluarlah najis. Larh... rupa-rupanya Qayl tak boleh nak berak, sebab tu dia nangis. Terasa bersalah diriku sebagai ibu sebab tak alert langsung T.T
.
Habis keluar najis, Qayl terus tidur dengan nyenyaknya. Tapi apa yang aku pelik, najis dia takdela keras. Lembik je, tapi kenapa susah nak keluar? Aku cuba pikir positif. Mungkin sebab baru tukar susu so susahlah sikit nak kuar najis kan. Dan hari-hari lepas tu, aku keep continue bagi Qayl susu Enfalac tu.
.
Dan korang tahu apa jadi? Qayl kembung perut setiap masa. Kesian dia nangis-nangis. Aku pun memang tak berapa tahulah pasal kembung tu sebab masa awal-awal lahir dulu Qayl takde pun kembung perut walaupun tengah sejuk. Dan Qayl masih juga susah nak berak. Bila perut dia diurut baru najis keluar. Habis takkan hari-hari aku nak kena urut perut dia kasi najis keluar? Aku boleh je buat, tapi kesianlah dia terseksa dulu :(
.
Karihome
Aku jadi cam tak sabar-sabar nak habiskan Enfalac. Pastu aku cuba pulak kasi Qayl susu Karihome. Karihome ni susu kambing yang dikhaskan untuk baby. Yela, macam yang semua tahu. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Disebabkan dalam hati dan fikiran aku memang nakkan yang terbaik untuk Qayl, aku bagi dia minum Karihome walaupun susu ni harganya mahal mak datuk.
.
Aku cadang kalau Qayl serasi dengan Karihome, aku tak nak tukar susu dah. Biarlah harga setin nak cecah RM100 pun. Yang penting anak aku dapat yang terbaik. Aku nak tebus kesalahan aku tak dapat beri dia minum susu ibu :(
.
Tapi resultnya sama je. Qayl masih lagi perlu diurut untuk berak dan perut dia pun kerap kembung. Aku ada bagi Qayl gripe water tapi hasilnya so-so je. Takdela buat Qayl lega sangat. Aku sampai belajar teknik-teknik urutan untuk melegakan perut kembung kat Youtube. Kesian woo tengok anak sendiri menangis melalak sebab sakit perut.
.
Aku Google lagi sebab nakkan inisiatif untuk kurangkan kembung perut. Ada pulak nampak botol susu jenis anti-colic. Botol susu macam ni dia mengurangkan angin dan gas yang disedut oleh baby masa menyusu. Jenama Tommee Tippee satu set ada 6 botol. Harga total RM120. Ni harga Lelong.com, kalau Lazada lagi mahal. Aku minta dengan Incik Sopi nak beli botol ni sebab kesian tengok Qayl asyik kembung je.
.
Tommee Tippee Anti-Colic Bottle (newborn)
Incik Sopi tak de bantahan. Dia bagi je aku beli tapi masa aku nak proceed untuk bayar, aku Google dulu punca-punca perut kembung. Dan salah satu puncanya, susu formula yang tak sesuai. Aku pun terfikir la kejap. Ye tak ye jugak, kenapa dulu masa awal-awal lahir Qayl tak kembung pun? Kenapa baru sekarang? Adakah kerana susu Enfalac dan Karihome?
.
Aku malas nak biarkan benda tu jadi tanda tanya dan sekali lagi berpatah semula kepada susu S26 biasa yang dulu. Hasilnya, Qayl memang dah tak kembung lepas tu. Walaupun kadang-kadang aku tak sempat nak sendawakan Qayl sebab Qayl tidur masa tengah menyusu, Qayl langsung tak kembung dan dia kentut dengan banyaknya walaupun perut tak diurut.
.
Aku betul-betul lega. Nasib baik belum beli lagi botol susu anti-colic tu. Rupa-rupanya Qayl tak sesuai susu Enfalac dan Karihome. Dia okey dengan susu murah je. Susu mahal perut dia reject. Kuikuikui... S26 kira murah ke? Umm... tak kot, so-so. Harga pun nak dekat RM50
.
Aku sangat yakin yang Qayl serasi dengan S26 so aku minta Incik Sopi belikan banyak sekaligus. Senang nanti kalau dah habis satu pek takdela aku menggagau cari susu tengah-tengah malam. So Incik Sopi pun belilah dua pek - 1 pek 600gram dan 1 lagi pek besar 1.2kg.
.
Masa pakai pek yang 600gram tu, aku dah perasan yang Qayl ni selalu kena meneran kalau nak berak. Tapi aku buat tak endah jela sebab Qayl takde pun menangis ke apa. Dia membuang pun hari-hari, cuma najis dia sedikit keras dan likat.
.
Bila pek 600gram tu tinggal lagi suku, mula jadi lain. Satu malam tu dari pukul 8.00 malam sampai 1.00 pagi dia menangis. Puas aku dengan mak mentua pujuk, tapi Qayl tetap nangis. Cuba lekakan dia dengan buai pun tak jalan. Bagi dia susu, urut perut, bagi gripe water... macam-macam dah cuba, tapi Qayl tetap nangis. Aku pun dah letih campur ngantuk,
.
Incik Sopi balik kerja dekat pukul 2.00 pagi. Aku minta tolong dia tengok Qayl. Mujurlah Incik Sopi jenis yang tak pernah merungut bila aku suruh tengok anak walaupun balik kerja penat.
.
Incik Sopi urut perut Qayl. Dia memang kentut banyak kali tapi masih menangis. Aku nampak Qayl meneran sampai merah muka. Tak tahu pukul berapa, keluarlah ketulan najis dari punggung Qayl. Dan najis tu keras yang amat macam batu. Astaghfirullahalazim... patutlah Qayl menangis banyak sangat. Susah nak berak rupanya.
.
Aku dengan Incik Sopi pun heran jugak. Sebelum ni masa baru lahir pun Qayl minum S26, tapi berak hari-hari ok je. Ni tetiba nak sembelit dah. Walau dibancuh cair pun Qayl tetap berak keras. Memang dia membuang hari-hari, tapi aku memang tak sampai hatilah nak tengok dia meneran terseksa macam tu sekali :'(
.
Tak habis susu S26, aku minta Incik Sopi belikan semula susu Lactogen kat 7 Eleven. Walau orang kata ada gula tambahan sekalipun, terpaksalah aku pejamkan mata seketika disebabkan susu tu ada lactobacillus untuk memudahkan pembuangan.
.
Start aku bagi Lactogen kat Qayl, Qayl terus membuang dengan normal keesokan harinya. Alhamdulillah... lega gila aku time tu. Tapi rasa sedih pulak sebab susu S26 pek 1.2kg ada lagi. Belum buka pun tapi dah tak boleh diguna sebab Qayl sembelit. Huhuhu...
.
Tapi disebabkan sayang nak buang S26 yang berbaki lagi suku tu, aku tawakal je bagi Qayl minum. Sambil-sambil tu campur jugak dengan susu Lactogen untuk melawaskan pembuangan dia.
.
Tapi keadaan tu hanya sementara. Aku baru je beli pek Lactogen yang besar (1.3kg), tiba-tiba Qayl ada masalah lagi. Dia sakit perut macam susah nak membuang, tapi najis lembik je. Pastu najis dia warna hijau gelap. Aku dah start tak puas hati. Tapi nak tukar susu lain, aku sayang sebab baru beli pek Lactogen yang besar. Adeh, kenapalah jadi macam ni. Agaknya memang aku selalu kena cari pek susu kecik-kecik kot sebab usus Qayl selalu berubah-ubah.
.
So keesokannya aku keluar dengan Incik Sopi dan mak mentua ke pekan. Sambil cari barang dapur, ingat nak belilah sekali susu khas untuk sembelit. Hasil carian Google, susu Novalac IT bagus untuk merawat sembelit. Tapi sebaik aja pergi farmasi cari susu tu, tauke farmasi tu promote kat aku barang lain iaitu Febico LS66-granules.
.

Macam kat atas ni la packaging dia. Tapi kat kotak tu tulis Febico LS-66-granules bukan Febico LS-66 Probiotics. Tapi aku rasa dua-dua pun sama je.
.
Tauke farmasi tu kata, "You tak payah beli susu sembelit. Membazir saja sebab susu tu pun cuma ada campuran probiotik. You beli produk ni, masukkan dalam susu anak you. Confirm dia berak punya!"
.
Betul jugak apa si apek tu cakap. Beli susu banyak-banyak nak buat apa kan? Kang tak pasal-pasal rumah jadi kilang susu pulak. So aku buat keputusan untuk try produk ni walaupun harganya memang mahal mak datuk. Dua pek ada 40 sachet tahan 40 hari, harganya RM169.00.
.
Aku berulang-ulang kali ulang yang anak aku usianya baru sebulan lebih. Takutlah kalau produk ni tak sesuai dengan baby bawah 6 bulan ke. Tapi tauke farmasi tu tetap suggest yang ni dan siap kata money back guarantee kalau anak aku tak berak jugak. Huhu. So aku beli jela.
.
Bila balik aku terus bancuh susu dan letak setengah sachet dalam susu Qayl. Tak sampai 15 minit, Qayl terus berak. Wuhuuu... ibu so happy >.< Mahal pun mahallah nak, janji awak dapat yang terbaik ya.
.
Bayangkan, tak sampai dua bulan pun, Qayl dah minum dalam 5 jenis susu yang berlainan. Buat masa sekarang aku masih stick with Lactogen dan S26. Aku masukkan supplement ni dalam susu Qayl untuk kasi dia berak. Tapi aku tetap dalam planning nak tukar susu. Yela sampai bila nak beli supplement ni kan.
.
Aku ingat lepas ni nak try Mamex / Mamil Gold tapi insya-Allah untuk bulan depan.
.
Tapi apa pun bila dah tiba masanya, aku nak carikan Qayl susu kambing jenama lain pulak. Aku masih lagi belum putus asa. Nak jugak bagi Qayl susu kambing. Huhuhu.... tata.

Monday, January 16, 2017

Birth Story - Muhammad Qayl Sufi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okey macam biasalah, bila blog dah berhabuk baru aku sibuk nak update. Huehuehue... dah masuk tahun baru dah pun. Baru beberapa hari lepas habis pantang so aku rasa macam nak share la pengalaman aku bersalinkan budak tecik sorang ni. Haha.
.
Macam yang semua tahu, ibu mengandung biasanya akan membawa kandungannya selama 40 minggu iaitu 9 bulan 10 hari. Dan kalau dah overdue, biasanya doktor akan induce aje untuk keluarkan baby tersebut.
.
Tapi lain pula halnya dengan aku. Aku bersalin ketika kandungan aku berusia 37 minggu 2 hari. Tapi jangan ingat aku bersalin tak cukup bulan pulak. Yang tak cukup bulan tu 36 minggu ke bawah.
.
Ok macam ni, ceritanya masa aku tengah pregnant 36 minggu 5 hari, aku macam rasakan kelainan pada perut aku. Anak aku tak bergerak aktif macam selalu. Pendek cerita dari pagi la aku takde rasa gerakan langsung.
.
Tapi aku pikir positif je. Mungkin anak aku tengah tido kot. Huhu. Pastu aku masuk kerja shift pukul 3.00 petang hari yang sama. Aku sajalah buka topik pasal perut aku dekat Kak As (sales manager) niat aku nak bersembang je sebenarnya, tapi tiba-tiba Kak As panik bila aku cakap aku takde rasa gerakan. Dia cepat-cepat suruh aku pergi klinik. Siap carikan nombor telefon klinik lagi.
.
Lalu aku pun pergilah Klinik Othman kat Bandar Sunggala ditemani oleh sekuriti yang jadi driver aku dan jugak big boss, Encik Shakir. Kebetulan Encik Shakir ikut time tu sebab nak tanya pasal prosedur bersunat untuk anak perempuan dia yang baru lahir.
.
Sampai je klinik tu, doktor takde dan kakak penjaga kaunter tu pun macam boh-layan dengan kitorang. Siap main handphone lagi. Oi, kau duduk kat kaunter layan customer kot. Aku tak kata kau takleh main phone, tapi bila customer tanya tu jawab la betul-betul. Ni jawab sambil mata tengok phone, mentang-mentanglah doktor tengah takde.
.
So aku malas nak panjang cerita, aku pergi pulak Hospital Port Dickson. Bila aku bagitahu je pasal kandungan aku, nurse suruh aku tukar baju. Diorang kasi aku baju wad yang warna pink tu. Aku takde tanya apa terus salin je. Diorang pasangkan kat perut aku alat untuk dengar degupan jantung dan alhamdulillah degupan normal. Aku ingat bolehlah balik terus, sebab tu je yang aku nak tahu. Hahaha. Tapi aku silap, aku ditahan kat wad T.T
.
Encik Shakir dengan sekuriti pun balik, tinggallah keseorangan aku kat situ. Tak pasal-pasal orang lain dah kena ganti shift aku petang tu. Aku call Incik Sopi suruh datang hospital. Bila Incik Sopi datang je, doktor suruh masuk bilik pemeriksaan untuk scan perut.
.
Bila scan, aku nampak anak aku bergerak-gerak. Doktor pun pelik bila aku mengadu takde rasa gerakan. Aku cakap memang aku takde rasa anak aku bergerak dari pagi. Mungkin sebab aku busy sampai tak alert atau baby bergerak slow sangat. Dah kalau doktor nampak okey, aku pun naklah balik. Tak kuasa aku duduk hospital lama-lama. Tapi memang tak semudah tu, doktor tetap tahan aku kat wad sebab nak monitor pergerakan baby.
.
Keesokan harinya, ada doktor pakar pulak cek. Dia cakap kalau memang rasa gerakan slow lebih baik induce je kat Seremban. Itu yang dia cadangkan. Dia kata dah boleh bersalin dah sebab kandungan aku dah nak masuk 37 minggu pada keesokan harinya. Kalau aku setuju untuk induce, dia nak prepare ambulans untuk hantar ke Seremban. Tapi aku berbelah bahagi dan minta nak bincang dengan husband.
.
Aku bagitahu Incik Sopi dan mak mentua aku pasal ni. Mak mentua aku tak bagi aku bersalin dulu sebab baru 37 minggu. Kalau boleh nak cukupkan betul-betul 40 minggu. Incik Sopi pun kalau boleh dia nak kelahiran normal, bukannya kena paksa. Aku minta cadangan Kak As, Kak As cakap  bersalin induce lagi sakit dari bersalin normal. Itu lagi buat aku takut. Dan disebabkan dua orang terdekat dengan aku dah cakap macam tu, aku ikutkan jelah. Hari yang sama juga aku minta discharge dan sign dokumen menyatakan kalau apa-apa berlaku atas risiko sendiri.
.
Kebetulan keesokan harinya tarikh check-up kat Klinik Kesihatan (KK) Teluk Kemang. Aku pergi macam biasa untuk cek perut. Tapi kat buku rekod mengandung tu ada salinan surat menyatakan aku masuk hospital sebab mengadu slow movement.
.
Apa lagi, nurse yang jaga aku, Kak Wan terus gelabah. Dia tanya kenapa tak nak induce. Aku cakap induce sakit, lagipun baru 37 minggu. Kak Wan cakap kandungan dah cukup matang, memang baby dah boleh keluar. Boleh pulak dia tanya aku sampai bila nak simpan baby dalam perut. Hahaha.
.
Kak Wan rujuk doktor dan rakan setugas dia, akhirnya dia pun tak berani nak cakap apa-apa dan prepare surat untuk aku rujuk KK Pasir Panjang pulak. Aku balik rumah bagitahu Incik Sopi dan kitorang berdua pergi KK Pasir Panjang pulak.
.
Kat sana pulak cadangkan aku rujuk Hospital Seremban sebab diorang tak berani buat keputusan. Hospital Seremban ada pakar so mungkin diorang lebih tahu apa nak buat. Pulak dah. So bermulalah perjalanan aku dan Incik Sopi untuk ke Seremban pulak.
.
Sampai je hospital, sekali lagi perut aku dilekapkan dengan alat untuk monitor baby. Aku minta pendapat doktor pakar kat situ perlu induce atau tak. Dan doktor cakap terpulang pada si ibu sebab hanya ibu yang rasa macam mana pergerakan anak yang dia kandung. Kalau rasa lain dari kebiasaan pun hanya ibu yang rasa. Jadi doktor tu cadangkan untuk induce je daripada ambil risiko.
.
Dah pakar sendiri cakap macam tu, aku pun dah takleh kata apa. Terus aku setuju untuk induce. Huhu... nasib badan. Mak mentua pun pelik kenapa sekali lagi aku masuk wad. Aku cakapla doktor pakar cadangkan induce sebab KK Teluk Kemang dan KK Pasir Panjang tak berani buat keputusan.
.
Dan macam biasalah, bandar besar mestilah hospital pun sibuk. Oleh sebab Hospital Seremban ni terlalu ramai orang nak beranak, maka tak cukup katil. Aku tidur kat tepi koridor je satu hari tu. Haha. Malu tau orang lalu-lalang pandang.
.
Ni la katil aku tepi koridor. Haha.
.
Sememangnya teramatlah bosan duduk hospital. Haha. Yelah, suami pun takleh masuk teman. Pishang aku sorang-sorang. Nasib baik ada sekuriti pompuan baik bagi aku pinjam charger phone. Boleh gak aku lepak sambil tengok Facebook. Haha. Malam tu Incik Sopi datang bawakan KFC sebab aku lapar.
.
Keesokan harinya, awal pagi tu doktor masukkan ubat untuk paksa bukaan jalan. Nurse pesan suruh rehat kat katil jangan bergerak. Tapi aku degil dan pergi jugak tandas. Haha. So dari pagi tu sampai ke petang aku takde rasa sakit nak bersalin pun. Mungkin sebab ubat tu dah keluar masa aku buang air. Huahua.
.
Oleh sebab takde tanda nak bersalin, petang tu dalam pukul 3.00 petang doktor masukkan belon pulak untuk paksa bukaan jalan. Sakitnya tu ya Allah, Tuhan je yang tahu. Nak menjerit aku. Start tu baru aku merasakan kesakitan yang sebenar. Bayangkan selang 5 minit aku rasa contraction (perut mengeras). Dahlah duduk kat katil tepi koridor. Dengan orang lalu-lalang, memang bad mood terus aku.
.
Dalam pukul 6.00 petang macam tu aku dah tak tahan. Aku minta ubat tahan sakit. Doktor cakap dia takleh bagi sebarangan. Kena cek bukaan dulu. Lantaklah, aku dah tak tahan. Memang sakit yang teramat sangat. Betul kata Kak As. Kena induce ni memang pedih ooo
.
Tapi bila cek bukaan, baru 2 cm. Mak aih, aku makin tension sebab jalan baru buka sikit so doktor takleh bagi ubat tahan sakit.
.
Malam tu tak ingat pukul berapa, aku dapat katil kat wad Kelas 2. Alhamdulillah, aku pindah katil. Tak duduk tepi koridor dah. Wad ni ada aircond so selesa la sikit.
.
Dari semasa ke semasa nurse cuma pantau bunyi denyut jantung baby je tapi tak buat apa-apa kat aku yang tengah menahan sakit ni. Aku mengadu sakit kat Incik Sopi. Kesian husband aku, dia pun balik kerja penat terus bergerak ke Seremban untuk teman aku. Oleh sebab takleh teman dalam wad, Incik Sopi tidur dalam kereta. Dia nak bersedia la kot-kot aku bersalin malam tu.
.
Aku tertidur sambil tahan sakit. Tengah malam tu Kak As call aku tanya dah bersalin ke belum. Aku cakap belum dan aku tengah sakit gila sekarang ni. Kak As suruh aku doa banyak-banyak dan dia pesan setiap kali rasa contraction teran sekuat-kuat hati. Aku ikut apa yang dia pesan. Dalam masa yang sama aku jalan-jalan gak sekitar koridor untuk cepatkan bukaan jalan. Aku bukannya jalan lenggang kangkung senang hati tau. Aku berjalan dengan rasa sakit yang mencucuk bahagian pinggang dan perut. Ditambah pulak dengan darah yang menitik-nitik sampai kena baju dan lantai.
.
Dalam pukul 3.00 pagi macam tu, nurse kejutkan aku sebab nak cek bukaan jalan. Time dia seluk tu memang pedih sampai aku menjerit. Doktor dan nurse marah sebab aku menjerit. Haha. Nak buat macam mana memang sakit. Tapi alhamdulillah, masa cek tu jalan dah buka 7 cm so nurse suruh aku siap-siap untuk dia hantar ke labour room.
.
Aku tanya nurse, boleh tak aku nak call husband aku sebab nak suruh dia datang. Nurse tu pulak dengan nadanya tinggi cakap, "Takde-takde, takyah suruh husband awak datang. Dah 7 cm ni. Siap cepat."
.
Ok, aku agak sedih sebab takut Incik Sopi tak dapat nak teman aku dalam labor room. Aku pun diam jelah dan pergi semula ke bilik wad aku untuk simpan handphone dan segala barang kemas. Bila tengok aku diam, baru nurse tu cakap, "Call lah husband awak sekarang. Suruh dia tunggu kat kaunter pendaftaran, nanti kita panggil." Hahaha. Tahu takut aku sentap.
.
Siap je call Incik Sopi, aku dihantar ke labor room. Doktor kat labor room pulak macam tak percaya bukaan dah 7 cm sebab dia tengok perut aku macam tinggi lagi. Errkk... memanglah perut tinggi dah aku memang tinggi. Aku dengar doktor tu sembang sesama diorang. Diorang cakap kalau bukaan baru 4 cm diorang suruh hantar balik aku ke wad. Wei... janganlah main pas-pas macam ni. Aku tengah bertarung nyawa ni tau.
.
Bila doktor cek bukaan, memang dah 7 cm. Doktor pecahkan air ketuban. Dan dengan aircond yang agak kuat dalam labor room tu, aku menahan sakit sambil menahan sejuk. Bayangkan, kaki aku menggigil sebab dua benda yang berbeza. Huhu.
.
Dalam pukul 4.00 lebih camtu, Incik Sopi masuk dengan hanya pakai T-shirt, sweater dan selipar buruk. Haha. Sempoinya Hospital Seremban ni, takyah pakai baju khas pun untuk teman isteri bersalin. Tapi tak kesahlah, Incik Sopi ada kat tepi aku jadi aku lebih kuat untuk tahan sakit.
.
Aku dengar cakap doktor tu. Dia cakap bila rasa sakit teran je biar jalan buka. Sebenarnya aku duduk dalam labor room tu takdelah lama pun, tapi disebabkan sakit rasa macam lama pulak. Incik Sopi genggam tangan aku kuat-kuat dan cakap kalau aku nak ramas tangan dia sekuat hati pun dia bagi harini. Genggamlah tangan dia sekuat hati. Biar dia sakit sama. Hahaha.
.
Hai, saya lahir pukul 5.09 pagi
.
Beberapa lama aku berjuang, akhirnya seorang bayi lelaki selamatlah dilahirkan tepat jam 5.09 pagi pada 25 November 2016 hari Jumaat. Alhamdulillah aku bersalin normal. Haha. Aku takut czer sebenarnya sebab orang kata penjagaan dia lagi rumit. Yelah, belah perut kot. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusanku dalam melahirkan seorang lagi khalifah-Mu didunia ini. Huhu.
.
Muhammad Qayl Sufi
.
Nama baby aku dah fikir siap-siap sejak pregnant lagi. Muhammad Qayl Sufi. Qayl maksudnya Raja / Pemerintah dan Sufi maksudnya ahli tasawwuf.
.
Ibu doakan Qayl jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu bapa. Kami sayang Qayl 1000%!
.
p/s: Elak punya elak, akhirnya bersalin awal jugak. Tak kesahlah, yang penting anak aku keluar selamat dan sihat