Selamat Datang!!

Followers

Whoever you are, please pray for GAZA

Whoever you are, please pray for GAZA
Let's pray for our Palestinian brothers and sisters. Donations can be made to Aman Palestine Malaysia via sms PALESTIN (10/5/3/1) to 39111

About Me

My photo

Nuraqilah Syuhaida | 24 years old | Terengganurian | UiTM ex-student | Novelist since 17 years old (2010) | Writing is the painting of the voice | Look in your heart & write 

Official FB Group

Official Page

Engagement

Solemnization

Reception

Bertandang

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story

KhaiRizal : A Love Story
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Thursday, August 27, 2015

Solemnization (5.6.2015)

Amaran: Entry ni agak panjang dan banyak gambar. So sila tarik nafas panjang2… fuuuuuuu….

Assalamualaikum wbt. :)

Masuk hari ni dah 2 bulan  3 minggu 1 hari aku memegang title seorang "isteri". Lepas kahwin, boleh dikatakan sangat banyak perubahan dari segi aturan jadual masa dan kerja. Kalau dulu, boleh je menggua taip novel sampai tengah-tengah malam. Sekarang dah tak boleh buat macam tu, mampus laki I tarbiah I nanti :P

Sekarang dah duduk dengan suami, kena pandai bahagikan masa. Kerja, masak, kemas rumah, menaip novel, layan mak mentua. Kikiki… sebenarnya manuskrip pun dah banyak kali pending akibat perubahan tempat tinggal dan mood yang dah berlainan. Tapi takpe, aku slow-slow akan adapt suatu hari nanti.

Lepas dah kahwin ni, ummi ada jugaklah mesej dan call. Dia tanya best ke tak duduk dengan suami, apa aktiviti semua, masak apa. Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar. Tapi bila dah kahwin ni, semestinya novel jatuh tempat kedua. Suami ditempat pertama :P Bila betul-betul ada waktu lapang baru boleh menaip.

Aku bertunang memang agak lama sebenarnya. Lebih 2 tahun. Sebab takde tarikh spesifik bila nak kahwin. Aku pun gitu-gitu je, takde kesungguhan sangat nak kahwin sebab leka taip novel. Haha… entah pape aku ni =.= 

Tapi start dari bertunang, aku dah mulakan preparation sikit-sikit. Beli barang-barang and apa-apa yang tahan lama (sebab tak tahu nak kahwin bila masa tu. Kuikuikui…)

Bila dah ada tarikh, aku pun mula melihat dan membelek kalendar. Buat countdown sebab tak nak miss tempah perkara yang teramatlah penting seperti catering, doorgift, make-up, photographer, videographer, pelamin, hantaran, DJ, kad kahwin, baju kahwin, bla…bla…bla… and so on.

Aku stress ke dengan preparation? Honestly, tak stress langsung. Haha. Maybe sebab dah buat preparation selama 2 tahun. Sikit-sikit dah siap. Semuanya aku buat sendiri kecuali catering. Itu ummi abah yang pilihkan sebab diorang mestilah nak yang terbaik untuk menjamu para tetamu.

Tapi benda-benda lain, semuanya aku setelkan sendiri. Nak deal pelamin ke, jumpa videographer, photographer, kad kahwin and semua-semua, aku buat sendiri sebab tak nak susahkan ummi abah. Alhamdulillah, ummi abah tak kesah apa yang aku pilih dan buat. Asalkan kena dengan majlis. Hehe.

Sebulan sebelum majlis, aku tak ada apa-apa perasaan. Takut ke, excited ke, nervous ke, rasa kosong je. Haha. Maybe sebab dah bertunang sampai 2 tahun. Jadi perasaan teruja tu so-so jela. Dan aku jugak alihkan perhatian pasal kahwin dengan menaip novel. Tak sedar langsung hari-hari yang berlalu. Huehuehue.

Dua minggu sebelum majlis dah mula nampak busy sikit-sikit. Tapi bilik aku pun aku belum hias sebab busy nak menaip. Bergelimpangan semua barang macam tongkang pecah. Kahkahkah.

Start 1 Jun, aku dah stop menaip sebab banyak benda nak setelkan. Empat hari majlis berturut-turut uollss… 3 hb majlis akad nikah abang aku, 4 hb majlis resepsi abang aku, 5 hb aku lak akad nikah, 6 hb majlis kenduri aku merangkap majlis sambut menantu abang aku. Ngee…

Pengantin lain sibuk menghias diri, mandi lulur sebelum kahwin. Aku lak sibuk tampal sticker kat doorgift dan siapkan hal kahwin abang aku. Haha. Sabo jela.

Tiba dihari yang dinanti, 5 hb Jun 2015. Selepas Isyak majlis akad nikah kami. Lepas Maghrib tu dah ramai saudara-mara yang datang. Pukul 8 malam, aku masih dibilik. Touch up make up dengan sis Nik Nor yang glamour yang disekitar Ganu. Cewah.

Tak lupa, photographer M.Y (ayietouch) dan Kily Ganu (The Kilygraphy) termasuk videographer Massa Studio terselit sekali untuk merakamkan momen-momen bersejarah itu :P





Lebih kurang pukul 9.30 malam macam tu, aku dipanggil keluar. Perasaan time tu? Hmm… tak tahulah nak kata. Masa tu baru rasa seram sejuk. Haha. Maybe sebab aku rasa malu-malu kucing sebab tak tahu nak buat muka macam mana depan orang ramai. 




Khusyuk Incik Sopi dengar khutbah tok kadi. Mimik muka macam paham. Haha. Harap-haraplah faham.

Lama jugak tok kadi bacakan khutbah dan ceritakan tanggungjawab dan kehidupan selepas berkawen. Sambil-sambil menyampaikan khutbah dan nasihat, sempat jugak tok kadi ni lawak dan membahan orang. Mungkin tujuannya nak bagi suasana lebih santai. Haha. Aku pun gelak terpaksa jela T.T


Sengih-sengih kambing je videographer dari Massa Studio ni bila tok kadi bahan pengantin :P


Sebelum akad nikah, kena baca sebaris ayat yang tok kadi bagi. Kita kena pandang muka ayah kita dan minta izin ayah selaku wali untuk dikahwinkan dengan pasangan kita. Pastu ayah kena jawab “Saya terima” atau “Saya setuju.” Haa... menda ni tetiba dah ada sekarang. Last year masa cousin aku kahwin takde lagi benda ni. Ngee...

Sign boring persetujuan...
Dan...
akhirnya...




Akad nikah berlangsung. Alhamdulillah, aku dan Incik Sopi sah suami isteri dengan dua kali lafaz. Hehe. Sepatutnya sekali je, tapi Incik Sopi lak acah-acah nak buat suara macam pengacara Majalah Tiga, terus tok kadi buat balik sebab dua kali nafas.




Selepas selesai akad nikah, mulalah salam ahli keluarga semua. Tapi takde air mata yang menitis. Hati batukah aku? Huehuehue. Maybe aku seorang yang berjiwa kental walaupun dalam hati ada rasa sedih sebab tanggungjawab ummi abah yang menjaga aku selama ni sudah beralih kepada seseorang yang bernama suami :')



Perkahwinan itu adalah satu dunia realiti. Bukan lagi alam percintaan yang mengkhayalkan :P

A happy marriage doesn't mean you have a perfect spouse or a perfect marriage. It simply means you've chosen to look beyond the imperfections in both.


Love is marriage...
Love is friendship set on fire...
marriage means your whole life, a whole lifetime together, not just a few days or a few weeks, or for a few years...




Tak ada part yang menyedihkan dan mengsyahdukan perasaan aku pun time majlis akad nikah ni. Nampak muka ummi abah aku pun control macho je. Tak ada tanda-tanda sebak pun. Huehue.

Aku, Incik Sopi dan ibu bapa mentua :)



Abah, Incik Sopi, aku dan ummi :)

Ummi abah,
Thank you for raising me
Take care of me
and being the best parents
I love you forever :)


Dear husband a.k.a Incik Sopi,
Thank you for accepting me the way I am,
the way I look, and the way I behave
We fall in love by chance
But we stay in love by choice
Grow old with me, the best is yet to be :)


Okey, gambar ni sesaja nak menggedik depan pelamin lepas ramai orang dah balik. Snap pakai kamera phone je. Hohoho... lighting tak lawa.

4 comments:

hannah said...

hrap blum terlmbat utk saya ucapkn.selamat pengantin baru sis :))

ain said...

santeknya pelamin.de polkadot gitueeee

siti nadzirah said...

cantiknya...barakallah ela adiey dan suami

Eddayu said...

congrats..
biasa la ble dh bertukar status nie semua hal, suami yg didahulukan..
hehehe