Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Thursday, August 14, 2014

Kutemui Cinta 1

PEJABAT pendaftaran pelajar di Universiti Malaya semakin sesak walaupun jam telah menunjukkan 11.00 pagi. Nadya masih lagi sedang beratur di barisan panjang untuk mengambil borang pendaftaran.

            “Excuse me.” Nadya berpaling ke belakang apabila ada satu suara gadis menegurnya.

            “Ya, saya?”

            “Awak course apa?” tanya gadis itu ramah.

            Nadya tersenyum.

            “Perundangan. Awak?”

            “Business Administration.”

            Nadya mengangguk-angguk.

            “I’m Suraya. Just call me Su.” Gadis manis itu memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan tangan.

            “Nadya,” ucap Nadya ringkas lalu menyambut tangan Suraya sebagai tanda salam perkenalan.

            Tidak sangka, begini cepat dia mendapat kenalan baru di universiti ini. Sebetulnya sejak mula-mula melangkah keluar dari Stesen Bas Klang di Puduraya lagi perasaan gembira, resah dan takut bercampur-baur dalam dirinya. Dia gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka itu. Namun dia resah dan takut kerana sebelum ini dia tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Sejak kecil, dia tidak pernah keluar dari negeri Melaka, tempat kelahirannya melainkan bersama dengan abah.

            Tapi kali ini berbeza. Dia kini berseorangan di Kuala Lumpur. Tiada ahli keluarga yang datang menghantarnya. Abah hanya mampu menghantarnya sampai di Stesen Bas Alor Gajah dan selepas itu, dia harus pandai-pandai membawa haluannya sendiri. Apa yang dibawanya dari kampung hanya doa dan harapan abah yang menginginkan dia berjaya.

            Sebenarnya abah yang mahu dia belajar di Universiti Malaya. Katanya bukan semua anak Melayu berjaya ke universiti tertua di Malaysia ini. Abah mahu dia merebut peluang yang telah terbentang di depan mata. Kalau hendak diikutkan hatinya, dia lebih suka belajar di Politeknik Melaka. Lebih dekat dengan rumah. Tetapi itu permintaan abah, dan dia tidak mahu mengecewakan seorang bapa yang sangat disanjunginya selama ini.

            Selepas kematian kakak sulungnya,dialah yang menggantikan tempat kakaknya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dan sebagai anak sulung, dia harus menjadi idola yang baik untuk adiknya.
*******************************

HAFIZ sedang mengisi borang pendaftaran di sebuah meja yang disediakan. Dia dibantu oleh rakan-rakannya, Amir dan Azhar yang kini berada di tahun akhir untuk memilih mata pelajaran yang bakal diambil olehnya.

            “Hah, ini subjek wajib. Satu lagi ni, Business Law,” beritahu Azhar sambil merujuk kepada ruangan jurusan Perniagaan pada borang pendaftaran Hafiz.

            Hafiz mengangguk. Dia tidak membantah cadangan Azhar. Lagipun, dia memang berminat dalam bidang perniagaan. Darah seorang ahli perniagaan bagaikan sudah sebati mengalir dalam dirinya kerana ayahnya, Tan Sri Jamaluddin merupakan antara salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Pilihan Azhar memang tepat.

            “Okey, dah siap! Duduk sini dulu tau. Aku pergi hantar borang-borang ni kejap,” ujar Hafiz sambil menyusun borang-borangnya dan terus ke kaunter untuk menghantar borang-borangnya.
******************************

ADAM, Yusof dan Azriel baru tiba di pejabat pendaftaran itu. Mata mereka liar memerhati keadaan sekeliling. Suasana agak sesak dan hingar-bingar.

            Sangka mereka kalau mereka datang lewat sedikit mungkin suasana di pejabat itu semakin lengang kerana sepatutnya pada waktu begini majoriti pelajar sudah selesai mendaftar tapi sangkaan mereka jauh meleset.

            Orang bukannya semakin berkurang malah semakin ramai pula. Mungkin kerana yang lain-lainnya juga berpendapat seperti mereka.

            “Ini yang papa cakap universiti terbaik? Kalau macam ni, baik aku study kat UK je!”Adam merungut sambil mengunyah gula-gula getahnya.

            “Okeylah ni, apa pulak masalahnya, Adam?” Yusof, saudara kembar Adam meningkah kenyataan adiknya.

            “Habis kau ingat baguslah? Kau tahu, dari dulu impian aku nak ke overseas. Entah apa yang istimewanya pasal U ni sampai papa suruh kita belajar kat sini!” gerutu Adam geram.

Baginya, perbuatan papanya, Dato’ Husin memaksanya belajar di sini tidak wajar sama sekali. Kata papa, dia mesti belajar di sini atau duit poketnya disekat. Kalau duit poketnya disekat, pasti dia tidak boleh berseronok ke pub dan mencari perempuan seperti selalu.

“Hei, bukan senang nak masuk sini tau. Jarang anak-anak Melayu macam kita dapat masuk sini sebab bersaing dengan budak-budak Cina. Aku tak boleh percayalah kau cakap macam tu,” celah Azriel pula.

Selalunya dia akan menyebelahi Yusof kerana Yusof lebih matang berbanding Adam.
            Azriel bukan tidak kenal dengan perangai dua kembar seiras itu. Dia bersahabat dengan mereka sejak di tingkatan satu lagi sampailah kini umur masing-masing mencecah 21 tahun. Walaupun seiras, tapi Yusof sebenarnya jauh lebih matang berbanding Adam yang setiap harinya hanya tahu melepak dan berseronok.

            Adam menghulurkan beg sandang yang dipegangnya kepada Yusof dan menyuruh mereka tunggu di situ sementara dia mahu mengambil borang pendaftaran untuk mereka bertiga.

            Dilihatnya barisan orang yang beratur sangat panjang dan tidak mungkin dia akan mendapat borang itu dengan cepat. Mungkin setengah jam nanti baru gilirannya tiba, tapi itu pun belum tentu. Dia terus ke hadapan dan memotong barisan tanpa ada rasa bersalah langsung kerana mahu mendapatkan borang lebih awal.

            “Apa ni, brader? Main potong-potong pulak. Beraturlah kat belakang!” Seorang lelaki di belakang Adam tidak puas hati apabila Adam memotongnya sedangkan sudah lama dia beratur.

            “Encik, tolong beratur kat belakang. Orang lain dah lama tunggu.” Jurukaunter itu bersuara lembut. Dia juga kurang setuju dengan tindakan Adam yang tidak beradab itu.

            Adam bengang. Dia pantang kalau ada sesiapa yang memerintahnya. Tambahan pula dia masih marahkan papanya. Bila ada orang mahu mencari pasal dengannya, memang elok sangatlah. Dia pun memang memerlukan sesuatu untuk melepaskan geramnya.

Dengan riak mengejek, dia berpaling menghadap lelaki di belakangnya. Semua mata tertumpu ke arahnya.

            “Apa kau cakap? Kau nak suruh aku beratur kat belakang? For your information, aku Adam, anak Dato’ Husin. Aku takkan ikut arahan sesiapa apa lagi arahan tu keluar dari mulut orang macam kau ni!” ujar Adam bongkak. Dia merasakan pangkatnya cukup besar hanya kerana bergelar anak seorang tokoh korporat.

            “Apa? Kau ingat kau anak Dato’ aku takut?” balas lelaki yang tidak dikenalinya itu.

            Adam tersentak apabila lelaki itu membalas semula kata-katanya dengan berani. 

            “Ooo... jadi kau nak cari pasal dengan aku? Nak fight aku?” Tidak semena-mena bahu lelaki itu ditujahnya dengan kuat.

            Suasana menjadi kecoh. Hafiz yang baru menghantar borangnya tidak sedap hati melihat kejadian itu. Takut kalau berlaku adegan tumbuk-menumbuk, padahal baru hari pendaftaran. Mahu tidak mahu, dia harus juga meleraikan dua lelaki yang sedang berperang mulut itu.

            “Wei, korang boleh tak jangan bergaduh kat sini? Semua perkara boleh diselesaikan baik-baik," celah Hafiz.

            “Kau ni siapa pulak nak masuk campur?” soal Adam dengan nada suara yang sengaja ditinggikan.

            Dia menolak tubuh Hafiz seperti mahu mencabar. Hafiz masih cuba bersabar.

            “Aku tahu kau nak cepat. Orang lain dah beratur dari tadi tapi tak dapat-dapat lagi borang tu. Kalau kau lambat pun, borang tu takkan lari.” Lembut suara Hafiz cuba menenangkan Adam.

            “Haah. Dia ingat dia anak Dato’ kita takut!” celah lelaki yang berkelahi dengan Adam tadi membuatkan perasaan Adam yang baru hendak sejuk kembali panas.

            “Sekali lagi kau buka mulut aku...” Adam sudah memegang kolar baju lelaki itu dan mengepal buku limanya.

            “Sudahlah, lebih baik kau beratur aja kat belakang,” ujar Hafiz. Dia masih bercakap dengan nada yang selembut mungkin.

            “Untuk pengetahuan kau, Adam Dato’ Husin takkan ikut arahan sesiapa, faham?” Adam mengulangi kata-katanya dengan angkuh.

            Hafiz tersenyum mendengar pengakuan Adam. Dia memang sudah masak dengan perangai anak orang kaya macam Adam. Selalu saja mencanang sana sini yang mereka berasal dari keluarga kaya sedangkan yang kaya itu ibu bapa mereka, bukan mereka.

            “Jadi kau anak Dato’? Dato’ mana yang malang sangat dapat anak macam kau ni? Apa nama kau tadi? Adam, kan? Kau ni nama aja Adam tapi langsung tak ada budi bahasa.” Hafiz semakin hilang sabar berhadapan dengan makhluk bernama Adam ini.

            “Hei, kau jangan cari pasal. Kang tak pasal-pasal lebam biji mata!” Oktaf suara Adam semakin tinggi. Lagaknya seperti sengaja hendak menarik perhatian orang ramai supaya melihat gelagatnya.

            Mengeluh panjang Hafiz dibuatnya. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi pula perangai anak Dato’ yang seorang ini. Dia tahu kalau dia membalas lagi, itu ibarat dia  mencurah minyak tanah ke dalam api. Dia beristighfar dalam hati.

            “Bang, bagi ajalah borang tu pada dia,” ujar lelaki yang bergaduh dengan Adam tadi kepada jurukaunter. Biarlah dia mengalah. Dia sendiri malas mahu bergaduh dengan sesiapa. Dia cuma mahukan borangnya.

            “Tapi...” Jurukaunter itu kelihatan serba salah.

            “Tak apa, bagi jelah."

            Jurukaunter itu tiada pilihan. Dia terus memberikan tiga set borang seperti yang diminta oleh Adam. Dia sedikit terkejut apabila borang yang dihulurnya diambil dengan cara kasar. Sekarang api kemarahannya dilempiaskan kepada jurukaunter pula.

            Sebelum Adam pergi, dia sempat menjeling tajam kepada Hafiz. Sesiapa yang berani melawannya akan dianggap sebagai musuh. Dan oleh kerana Hafiz telah melawannya, jadi mulai saat ini Hafiz adalah musuhnya.

            “Apa nak jadilah? Tua-tua bangka pun bergaduh lagi!” tutur Suraya tergeleng-geleng apabila melihat babak pergaduhan tadi dari jauh.

            “Entahlah, dah melangkah masuk ke IPT pun perangai budak-budak masih tak berubah-ubah," respons Nadya yang kini menjadi sahabat barunya.

            “Hmmm... awak dah siap ke belum isi borang tu?” soal Suraya apabila melihat Nadya masih membelek borangnya.

            Nadya mengangguk.

            “Dah.”

            “Cepatlah hantar borang tu. Saya tunggu sini."

            Nadya bangkit dari kerusi dan menuju ke kaunter untuk menghantar borang yang telah siap diisi.

            Selepas keadaan berbalik ke sedia-kala, Hafiz melangkah menuju ke arah rakan-rakan yang sedang menunggunya. Sambil berjalan, fikirannya menerawang memikirkan tentang pergaduhan tadi.

            Adam Dato’ Husin, betapa sombongnya lelaki itu. Sudahlah sombong, perangainya juga kebudak-budakan. Entah apa akan jadi selepas ini kalau mereka bertembung didalam kampus.

            “Masya-Allah!”

            Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Hafiz sebaik dia tersedar dari lamunannya. Dia yang sedang melayan diri dari tadi cuma tersedar apabila bahunya terlanggar seorang gadis yang berjalan ke arah bertentangan dengannya hingga menyebabkan borang-borang yang berada di tangan gadis itu berterabur di atas lantai.

            “Maaf, saya tak sengaja,” ujar Hafiz lalu membantu gadis itu mengutip borang-borangnya.

            Gadis tersebut cuma tersenyum manis apabila melihat lelaki di hadapannya itu. Dia sendiri sebenarnya tidak perasan kerana dia terlalu asyik membelek borang itu kerana takut ada yang tersilap.

            “Saya pun tak sengaja."

            Hafiz memekarkan senyuman. Dia sempat melirik kepada nama yang tercatat pada borang itu; Nurul Nadya Bt Asnawi.

            “Nurul Nadya. Nama awak Nadya?” soal Hafiz.

            Gadis bertudung litup yang bernama Nadya itu cuma mengangguk dan mengambil borang-borangnya dari tangan Hafiz.

            “Saya Hafiz.” Entah kenapa, Hafiz memperkenalkan dirinya pula.

            Tidak berkelip matanya memandang wajah cantik si gadis. Senyuman yang polos bersama raut wajah yang lembut, sejuk hati sesiapa yang memandang.

            Nadya serba-salah. Dia tidak selesa direnung sebegitu. Jantungnya mula berdetup-detap dengan pantas. Berderau darahnya buat seketika. Cepat-cepat dia berdehem.

            “Saya... saya pergi dulu. Terima kasih sebab tolong.”

            Nadya pantas melangkah pergi untuk menghantar borangnya. Hatinya yang mengalun debar cuba ditahankan. Pelik, kenapa tiba-tiba nak berdebar?

            Hafiz masih lagi tercegat ketika merenung gadis itu dari jauh. Nadya, namanya secantik orangnya.

            “Woi!!!” Sergahan itu mematikan lamunannya.

            Amir dan Azhar kini sedang berdiri dihadapannya.

            “Kat sini kau rupanya. Puas kitorang cari tau!” marah Amir.

            “Apasal cari aku?” tanya Hafiz masih bingung.

            “Kau ni dah tak betul ke apa? Barang-barang kau kan ada dengan kitorang. Ke kau tak nak beg baju kau tu? Kalau tak nak tak apa, kitorang boleh pergi lelong. Dapat jugak duit," sela Azhar selamba.

            Hafiz tersengih sinis. Dari jauh dia perasan ada mata yang memandangnya. Gadis yang bernama Nadya itu. Dia lihat Nadya sedang bercakap-cakap dengan seorang gadis. Mungkin kawannya.

            “Wei, kau tengok siapa?” tanya Amir yang turut memandang ke arah tempat yang sama.

            Hafiz pantas menggeleng. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

            “Jomlah.”

            Hafiz terus berlalu. Amir dan Azhar membuntutinya.

            “Nadya, tadi saya nampak lelaki tu langgar awak. Dia cakap apa dengan awak? Kot-kot dia nak mengorat awak tak,” usik Suraya pada kawan barunya itu.

            Nadya tersenyum nipis mendengar usikan Suraya.

            “Tak adalah..."

            Gema suara dari hailer, meminta pelajar-pelajar baru berbaris untuk mendaftar. Hafiz beratur dalam barisan. Dia ternampak gadis yang bernama Nadya itu lagi. Entah apa yang menarik tentang gadis itu, dia terasa gadis itu bagaikan magnet dan dia pula besi yang telah tertarik kepada ‘magnet’ itu.

Selepas menyelesaikan segala bayaran yang perlu, semua pelajar baru diberi beberapa risalah dan kunci bilik. Selepas giliran Hafiz tiba, dia cuba mencari Nadya lagi. Namun sayang, gadis itu sudah hilang entah ke mana.


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

23 comments:

eija said...

ish adam nie mulut.. igat dia kaya bgus sgt.. ssdp mulut jer ckp org miskin..

E-la Adiey said...

eija - hehe.. tu la.. ni kaya berlagak

zahra said...

mula2 baca mcm ok lg.tp tgk gambar last skali tu mcm adrian.ek? kenapa ada adrian kt situ

E-la Adiey said...

zahra - haha..tu bukan adrian.tp zikir cinta dgn kutemui cinta ada kaitan :P

siti nadzirah said...

novel ni sweet giler...dah baca cite dia

Unknown said...

jeng jeng jeng... can't wait...
Apakah sambungannya itu?

Kunantikaudihujungcerita ^^

E-la Adiey said...

siti nadzirah - hehe.. terima kasih :)

Ct Roxalynna - ni ai amik random aje bhaa... haha. ela x taruk hujung cerita dlm ni :P

Unknown said...

muhehehehe...
kunantikankaudihujungcerita tu maksudnya, tak sabar nak tunggu acane sekuel KC + ZC , tak sabar nak baca + habis baca, then, jumpe cik penulisnya...mintak autograf n wefie...hahaha..:P

wink2, haha~^^

E-la Adiey said...

Ct Roxalynna- haha.. ececec... ye ke tunggu sampai ada sekuel KC + ZC baru nak jumpa minx autograf semua? bukan haritu kata nak jmpe bila bukak sem ke? :P

Unknown said...

hahahaha, yg naik sem tu semestinya jumpa... ^^
tapi nati kalau sekuel tu kuar , mohon jumpe lagi, mtk autograf lagi..
Muhehehe...

As you are one of my most fav novelist ever :)
erk, ayatku?! :p

wink2, haha~

E-la Adiey said...

ni ayat mintak disayangi dan dimanjai ke, ct? hahahah... k gurau je :P boleh jela bila2. ela slalu ada utk ct, sbb ct pembaca blog paling setia. haha. ayat bajet je

Unknown said...

ayat mintak dibelai nih... Miauuuu~
:P
keh3!!!

orait, tqvm cik ela kita ni...
hahaha~

jgn bg ayat sweet bajet, takut terlebih gula lagi malam ni. :p
muhehehe, k kita pun gurau2 manja malam ni. erk! *kawan dan pembaca blog setia kan? harap bersabar dgnnya mlm ni.xtau kenapa budak ct ni ei

wink2, haha~

E-la Adiey said...

hahah..ct ni bila dtg penyakit terlebih gula susah jugak. malam2 pulak tu. siang hari pandai pulak jd normal. hahaha. menakutkan

Unknown said...

hahaha. malam2 macam ni baru budak ct ni free. Plus, agak seteghess nk create ultimately killest conflict in PB. tu baca karya2 ela, Alhamdulillah... dapat mengurangkan kadar tekanan yg ada tatkala menulis... Membaca Itu banyak kelebihannya...^^

Errr, siang saya tak berapa nak aktif. Maklumlah, cuti2 ni jd geng burung antoo~ ^^ wink2,haha~

E-la Adiey said...

hahah.. amboi, adakah ct mendedahkan ct suka jd kelawar pada waktu siang? bahaya2..org lain baca. tetttt!! :P gahahaha

cerita berat kan, x heran klu rasa stress. buat scene nangis byk2 skit ea. hahaha.. gelak jahat

Unknown said...

erk?! itu rahsia... rahsia kita, di PM saja... hahaha. :P

yup..berat sangat sekarang ni... Insya-ALLAH. I'll try my best! :)
Bagi ela nangis byk3 sikit. muhehe

E-la Adiey said...

haha.. tp ni bukan PM sayang. xpela.. halalkan jela org baca. haha.. novelis kelawar. soooo cute~~ :3

ela suka novel yg bleh buat ela nangis, sbb ela jenis masuk air. haha

Unknown said...

hahaha. it's okay... im just being myself.. wink2, kasi shining sikit mata..muhehehe.ntah, pd ct, stdard la tu jadi kelawar. as student life pun selalu jd kelawarmkan..?hehehe

hahahaha, masuk air? kawan dgn spongebob ke ela ni? huhu~
:P

E-la Adiey said...

ela bukan kawan dgn spongebob sebab ela lah spongebob. haha. k, acah2 cute :P

pi la tido ye kak, x elok jd kelawar. nanti eye bag besar

Eddayu said...

Kene carik novel nie gayanye ;)

E-la Adiey said...

Kak Eddayu - carila akak. insya-allah masih ada ;D

iezara said...

Hai,kak ela,saya baca buku kutemui cinta 2 kali ceritanya best,agak agak ada tak sambungan cerita nya ? Harap akak balas :')

E-la Adiey said...

hai dik iezara, maaf lambat. x perasan komen adik. insya-allah novel ni akan ada sambungannya. terima kasih dik kerana sudi menyokong. hehe