Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, July 15, 2014

Zikir Cinta 14

DANIEL bangun dari katil dan mengeluh bosan tatkala mendengar loceng pintu dibunyikan beberapa kali. Ikutkan hati memang dia tidak ingin melayan sesiapa yang datang. Lainlah kalau Adrian dan Jason Lee ada, biar mereka sahaja yang melayan tetamu. Dia benar-benar tiada mood mahu keluar ke mana-mana hari ini. Kalau boleh dia hanya ingin berselubung di atas katil dan tidur.

            “Hai, Danny!” Dia kaget memandang Jessica tersenyum ceria di muka pintu. Di tangan gadis itu pula ada hadiah yang berbungkus cantik.

            “Adrian sama Jason bilang kamu ada di rumah. Justeru itu, aku datang mau jenguk kamu,” ujar Jessica.

            Daniel mengangguk dengan perasaan hambar.

            Jessica merenung wajah Daniel. Lelaki itu tampak suram sahaja.

            “Kamu kenapa Danny?” soalnya.

            “Tak ada apa-apa. Saya mengantuk, nak tidur.”

            Jessica tersenyum mendengar jawapan Daniel.

            “Aduh, Danny! Kamu harus semangat. Ini, aku bawain kamu hadiah. Aku harap kamu suka,” hulur Jessica.

            “Untuk saya? Bukan ke hari ni hari jadi Adrian?”

            “Aku tahu sih… tapi hadiah buat dia aku kasi lain kali aja. Ini buat kamu.”

            Perlahan-lahan Daniel menyambut hadiah yang diberi Jessica.

            “Kalau ya pun nak pujuk saya, tak perlu sampai beri hadiah, Jess.” Daniel tertawa halus.

            “Ya nggaklah! Aku kasi ini ikhlas kok.”

            Daniel tersenyum malu. “Okey… terima kasih banyak-banyak, Jess.”

            “Jalan-jalan di luar sama aku yuk!” ajak Jessica.

            Daniel menggeleng lambat-lambat.

            “Maaf, Jess. Saya nak duduk rumah. Tak ada mood.”

            “Gak bisa gitu dong, Danny. Kamu harus semangat. Aku tau kamu masih sedih soal Cinta. Tapi kamu gak harus menghukum diri kamu. Yang salah itu dia, bukan kamu.”

            Daniel tersenyum. Sekali lagi dia mendengar bebelan Jessica. Daripada dia terpaksa mendengar bebelan yang seterusnya, lebih baik dia bersetuju.

            “Okey, tapi saya ambil jaket dulu.”
            “Nggak usah. Kita pergi aja!” desak Jessica.
            “Tapi…”

            “Buka aja hadiah yang aku kasi, nanti kamu akan tahu,” potong Jessica tersenyum-senyum.

            Daniel menggeleng-geleng. Haish… penat dia melayan karenah minah Indonesia yang seorang ini. Dia terus membuka bungkusan hadiah yang diberikan Jessica.

            “Eh, inikan jaket yang kita tengok masa window shopping dekat Canberra Centre hari tu. Ini jaket mahal, Jess. Kenapa beli?” tanya Daniel sambil mengeluarkan jaket kulit berwarna hitam dari balutan hadiah tersebut.

            “Nggak apa-apa. Anggap aja ini kenangan dari aku khusus buat kamu. Tidak lama lagi aku akan pulang ke Surabaya dan kamu juga akan pulang ke Malaysia. Aku pingin kasi kamu sesuatu dan setiap kali kamu lihat hadiah yang aku kasi, kamu akan jadi ingat sama aku.”

            Daniel terharu mendengar kata-kata Jessica. Gadis itu memang seorang sahabat yang baik. Selalu cuba untuk menyenangkan hatinya. Dia terfikir dulu kenapa dia terlalu buta untuk melihat kebenaran yang dikatakan oleh Jessica dan selalu membela Cinta.

            “Tapi macam mana awak dapat duit untuk beli jaket ni?” soalnya yang masih membelek jaket tersebut.

            “Hei, aku juga punya wang, tahu?” Jessica mengherotkan muka. “Apa kamu lupa? Aku kan kerja part time sebagai waiter di Pasha Pattisserie. Terus gaji yang aku dapat aku kumpul.”

            “Tapi awak tak perlu habiskan duit awak untuk ini, kan? Awak boleh kirim pada keluarga awak dan simpan untuk perbelanjaan harian,” ujar Daniel tidak puas hati. Bukan dia tidak menyukai hadiah pemberian Jessica, tetapi rasanya Jessica juga memerlukan wang untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.

            Lagipun, dia yakin pendapatan Jessica bekerja di restoran itu tidak banyak. Dia pernah dengar Jessica merungut ketika mula-mula bekerja dahulu. Dia cuma dibayar $22 per jam. Tak tahulah kalau sekarang dah naik gaji.

            “Ya udahlah. Aku kan udah beli dan kasi ke kamu. Nggak usah dibahas lagi. Ini hadiah untuk kamu dan kamu harus menghargainya dengan cara selalu memakai jaket ini,” tegas Jessica.

            Daniel akhirnya mengalah. Dia terus menyarungkan jaket yang diberi Jessica. Jessica tersenyum melihatnya. Daniel kelihatan sungguh kacak memakainya. Jessica tahu walaupun Daniel tidak suka dia menghabiskan wang dengan cara itu, tetapi dia tahu Daniel pasti akan suka dengan pemberiannya.

            Dulu sewaktu keluar bersama Daniel, Jessica lihat sahabatnya itu ralit membelek-belek jaket kulit hitam yang dipakaikan pada patung disebuah butik pakaian. Namun dek kerana harga yang terpampang pada tag terlalu mahal, Daniel diam sahaja dan terus berlalu. Dia tidak menyuarakan apa-apa, namun Jessica seperti dapat menebak isi hatinya.

            Kerana itu Jessica berusaha mengumpul duit, hanya semata-mata untuk membelikan jaket tersebut kepada Daniel yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

            “Danny, kamu lihat sana. Anak itu lucu banget!” tunjuk Jessica kepada seorang kanak-kanak berbangsa Inggeris yang sedang menaiki merry-go-round bersama rakan-rakannya.

            Daniel sekadar tersenyum. Mereka berdua asyik bersiar-siar, berjalan di sekitar City Walk. Wajah Daniel kembali ceria, tidak seperti mula-mula tadi. Maklumlah, hari ini dapat hadiah. Jaket yang dulunya hanya dapat dilihat didalam butik, kini menjadi miliknya.

            “Jess, hari ni kan ada jamuan dekat rumah Abang Daud. Kenapa awak tak pergi?” tanya Daniel sambil terus berjalan beriringan dengan Jessica.

            “Aku nggak dijemput. Kan majlis itu cuma untuk student Malaysia. Haha… nggak apa-apa deh. Tapi Adrian ada SMS aku. Dia bilang kamu lagi ada di rumah. Jadi aku mau menemani kamu hari ini. Tentu kamu bosan sendirian di rumah, kan?”

            “Tak jugak. Saya ingat nak study sikit tadi. Tapi lepas awak datang terus lupa nak buka buku!” sela Daniel.

Jessica menyeringai ketawa.

            “Danny, mau Nescafe?” Jessica mempelawa Nescafe panas yang dipegangnya. Cuaca yang agak dingin ini memang sesuai minum minuman panas.

            Daniel menggeleng sahaja.

            Jessica mencemik. Selepas Nescafe di dalam cawan itu habis, dia memasukkannya ke tong sampah yang kebetulan berdekatan dengan mereka.

            Agak lama mereka berbual-bual dan berjalan perlahan menyusuri tempat pejalan kaki berturap yang terletak di Civic itu. Mereka kemudian melabuhkan punggung diatas permaidani rumput dekat dengan air pancut The Canberra Times dan persimpangan Ainslie Avenue.

            “Jessica.”
            “Yup?” Jessica berpaling memandang Daniel.
            “Thanks!” ucap Daniel tiba-tiba.
            Kening Jessica bertaut.
            “Kenapa?”

            “Awak kawan saya yang paling baik. Awak sentiasa ada waktu saya memerlukan awak. Awak tak macam Cinta.” Perlahan sahaja suaranya dihujung ayat.

            Jessica tersenyum mendengarnya.

            “Danny, kamu merasa sakit dengan Cinta karena kamu mencintainya. Coba kalau satu hari nanti kita terpisah, kamu tentu tidak terlalu merasa kehilangan aku.”

            Daniel angkat kening kurang senang.

            “Sekali lagi awak cakap macam tu, saya tinggalkan awak dekat sini.”

            “Danny, aku cuma mau kamu tahu kalau aku sayang sama kamu,” ujar Jessica perlahan.

            “Jess, kenapa ni?” Daniel merenung Jessica. Merasakan cara percakapan gadis itu agak pelik.
            “Apa salah kalau aku bilang aku sayang sama teman-teman aku?” Jessica tersenyum melebar.

            “Tapi kenapa awak cakap macam tu?”

            Jessica tertawa halus.

            “Mati itu kan sesuatu yang pasti. Kita tidak bisa menghalangnya. Walau apa pun kondisinya, kita harus selalu ingat sama Allah. Setiap kali habis solat, aku suka berzikir. Kamu jugakan pernah bilang, zikir itu adalah ucapan cinta kepada Allah,” ujar Jessica panjang lebar.

            “Jess…” Daniel tidak sedap hati.

            “Aku baik-baik aja. Aku cuma bicara soal zikir karena zikir itu akan meningkatkan rasa cinta pada Allah. Menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang bersyukur. Dan hati tanpa zikir itu umpama ikan hidup tanpa air.”

            Daniel hanya mengangguk lambat-lambat. Dia sebenarnya tahu Jessica sedang sakit. Dia tahu tentang penyakit Jessica. Jessica pernah memberitahu dia, Adrian dan Jason Lee sejak tahun lalu. Sekali pandang, Jessica kelihatan sihat walafiat. Sama macam orang lain, tapi siapa sangka gadis itu sebenarnya sedang menghidap penyakit lemah jantung.

            Kata Jessica, dia menghidap penyakit itu sejak kecil lagi. Penyakit keturunan. Neneknya juga menghidap penyakit ini. Dan kemiskinan keluarganya membuatkan dia tidak mampu untuk mendapatkan rawatan. Jessica sendiri pun sudah redha dengan suratan takdirnya.

            Fokusnya kini cuma mahu belajar, dan semoga Allah SWT memberinya umur yang panjang agar dia dapat mengeluarkan keluarganya dari kepompong kemiskinan.

            Ketika mereka asyik berbual, tiba-tiba entah dari mana Cinta dan rakan-rakannya muncul. Suasana ceria Daniel dan Jessica berubah mendadak. Rakan-rakan Cinta memandang kedua-duanya dengan pandangan mengejek.

            “Haih… tak dapat anak orang kaya, dapat minah Indonesia pun jadilah!” sindir Fatin lantas disambut dengan hilai tawa rakan-rakan yang lain. Semua ketawa kecuali Cinta.

            Mereka baru sahaja pulang dari rumah Abang Daud. Alang-alang dah terserempak, mereka berniat mahu menyakitkan hati Daniel habis-habisan. Biar padan muka Daniel. Anak orang miskin, tak sedar diri nak berpasangan dengan gadis yang cantik dan kaya.

            Dan mereka juga yakin Cinta tidak akan marah. Kerana Cinta tidak mencintai anak penjual kuih itu.

            Wajah Daniel bertukar merah. Dia masih boleh bersabar andai anak-anak orang kaya itu menyindir atau menghinanya, tapi dia pantang kalau nama Jessica terlibat sama. Selama ini gadis itu yang selalu menghibur dan menemaninya tatkala dia kesedihan.

            Dia ingin membalas tetapi Jessica cepat-cepat memegang tangannya. Berubah wajah Cinta saat itu melihat tangan Jessica yang bersentuhan dengan tangan Daniel. Rasa cemburunya meledak tiba-tiba. Ketika masih bersama dengan Daniel pun, jangankan pegang tangan, sentuh hujung jari pun tak boleh!

            “Nggak usah didengarin. Kita cabut aja,” bisik Jessica.

            Dia terus bangun dan menarik tangan Daniel untuk pergi dari situ tetapi dihalang oleh rakan-rakan Cinta.

            “Hei, lu maunya apa sih? Lu pikir ini jalan nenek moyang lu apa?” Jessica menyinga tiba-tiba. Dia tidak peduli orang lalu-lalang yang melihatnya saat ini.

            “Uuu… takutnya. Meremang bulu ketiak aku!” ejek Hana lantas mereka ketawa berdekah-dekah.

            Wajah Cinta berubah kelat. Dia memandang Daniel, namun lelaki itu seperti sengaja mengalihkan pandangan.

            Baru sehari, tetapi dia sudah rindu untuk menatap wajah polos lelaki itu. Apakah Daniel begitu membencinya sehingga memandang wajahnya pun pemuda itu tidak mahu?

            “Kalian pikir kalian banyak wang bisa hina-hina orang sesuka hati? Ngacak dong! Harta dan wang yang kalian miliki itu bukan hasil usaha kalian. Andainya satu hari nanti orang tua kalian bangkrut, kalian akan jadi orang pertama yang jadi gelandangan di jalanan!”

            Kata-kata yang dihambur oleh Jessica itu bagaikan penampar yang hinggap di pipi mereka. Berubah terus wajah anak-anak orang kaya itu.

            “Hei, minah Indonesia! Kau tu yang tak sedar diri. Kawan kau, si Daniel kampung ni yang bendul. Korang tahu tak, yang Cinta couple dengan Daniel selama ni sebab bertaruh dengan kitorang!” kata Erma.

            Terjegil biji mata Cinta. Daniel dan Jessica terkedu mendengarnya. Bertaruh?

            Erma beralih kepada Daniel pula. Memandang pemuda itu dengan riak sinis.

            “Hei budak kampung, kau ni memang lurus bendul. Kau sedar tak yang selama ni kau cuma barang pertaruhan kami semua. Kami bertaruh sebab nak tengok sejauh mana Cinta berjaya buktikan yang dia mampu tundukkan kau. Kalau Cinta menang, dia akan dapat duit pertaruhan. Dan Cinta couple dengan kau pun sebab nak gunakan kau.

            Bendul sangat kau ni ya? Kau ingat kau hebat sangat clash dengan Cinta kat bar semalam? Senang sangat nak perbodohkan kau. Dasar orang miskin. Kau ingat Cinta betul-betul nakkan kau?”

            Daniel panar. Hamburan kata-kata Erma bagaikan petir yang menggegarkan segala urat saraf dan sendinya. Penumbuknya digenggam sekuat-kuat hati saat merasakan tangannya mulai menggigil. Tidak tahu di mana harus dia sorokkan mukanya. Aibnya dia ketika itu hanya Allah yang tahu.

            Begitu tegarnya Cinta. Ya, dia tahu gadis itu suka mempermainkan perasaan lelaki dan kerana begitu menyayangi Cinta, dia sanggup mengambil risiko itu. Merisikokan hati dan perasaannya kerana mengasihi Cinta sepenuh hatinya. Menerima layanan baik daripada Cinta membuatkan dirinya alpa dan terlupa bagaimana Cinta pernah menghinanya sebelum ini.

            Sangkanya, Cinta benar-benar sudah berubah. Tak mungkin Cinta akan mempermainkan perasaannya!

            Tapi hatinya tertipu. Gadis yang berdiri dihadapannya dikala ini sudah tegar melakukannya. Tergamak mempermainkannya dan menjadikan dirinya sebagai barang pertaruhan. Adakah kerana dia anak orang miskin, maka perasaannya tidak berharga sama sekali?

            Daniel merenung Cinta. Lama. Cinta pula terpaksa mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia diburu rasa bersalah. Tidak sanggup untuk menentang anak mata Daniel.

            “Danny, kita pergi aja sekarang!” ajak Jessica. Kali ini dia menarik tangan Daniel dengan kuat. Telinganya sudah tidak sanggup untuk mendengar kutukan dan hinaan dari anak-anak orang kaya itu.

            Daniel tidak berkata apa-apa dan hanya menuruti langkah Jessica dengan fikiran yang sudah terbang melayang entah ke mana. Kakinya terus melangkah mengikut rentak kaki Jessica.

            Wajah Jessica pula sudah merah menahan sebak. Apalah dosa Daniel kepada mereka selama ini? Dia hanya menyayangi Cinta Aulia. Adakah itu satu perbuatan yang salah?

            Kenapa mereka tergamak memperlakukan Daniel seperti ini? Apa salah Daniel? Daniel tidak pernah menganggu hidup sesiapa. Daniel tidak pernah meminta simpati sesiapa, tapi kenapa orang lain selalu ingin menyakiti hatinya?

            “Apasal kau bagitahu diorang tadi?” marah Cinta selepas kelibat Daniel dan Jessica hilang dari pandangan.

            “Bagitahu apa?” Erma buat-buat tanya.
            “Apasal kau bagitahu diorang kita betting?”
            “Kan kau cakap kau dah kantoi. So apa masalahnya?” soal Erma lurus.

            “Memanglah Daniel dah tahu aku ada jantan lain, tapi diorang tak tahu kita betting masa aku couple dengan dia. Bodoh!”

            Erma mencemik sambil buat muka tak bersalah. Alah, penting sangat ke? Perlu ke jaga perasaan budak miskin tu? Tak menjana ekonomi negara pun! desis hatinya.

            Cinta merengus kuat. Sekarang Daniel sudah tahu segala-galanya. Dia yakin kini Daniel pasti akan bertambah benci padanya. Membayangkan bagaimana dia dibenci oleh lelaki itu, membuatkan hatinya semakin sakit dan pedih!
********************************

DANIEL sampai ke rumah apabila hari sudah malam. Ketika dia masuk ke dalam rumahnya, dia lihat Jason Lee kaku di depan kaca TV dan Adrian sedang sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Scenario yang biasa setiap kali dia pulang ke rumah.

            “Assalamualaikum.” Suaranya lesu.

            “Kau pergi mana? Awalnya balik!” sindir Jason Lee semasa Daniel berjalan melintasinya.

            “Keluar dengan Jessica.”

            “Amboi, berdua je?” Jason Lee mengusik.

            Daniel tidak menjawab. Dia buat-buat tak dengar dan menyangkut jaketnya di meja makan.

            Adrian keluar dari ruang dapur sambil membawa sepinggan stik daging. Dia tersenyum ceria melihat Daniel sudah pulang.

            “Danny, aku buat stik. Jom makan!” ajak Adrian.
            Daniel menggeleng.
            “Aku tak lapar.”

            Adrian mengangguk lambat-lambat. Sedikit hampa. Dia terpandang pula jaket kulit berwarna hitam yang disangkut pada kerusi meja makan.

            “Bila kau beli jaket tu? Tak pernah nampak pun.”

            “Oh ni… pagi tadi Jessica bagi sebagai hadiah kat aku.”

            Adrian terpaku mendengar jawapan itu. Lama dia merenung jaket tersebut. Daniel memandangnya. Cemburu kah?

            Daniel menyangkut semula jaket itu ke bahunya dan terus melangkah ke kamarnya. Saat dia sampai ke muka pintu, dia berpaling semula.

            “Hina sangat ke jadi orang miskin?” Pertanyaan yang secara tiba-tiba itu membuatkan Adrian dan Jason Lee kelu untuk berkata-kata.

            Jason Lee sudah hilang tumpuan terhadap rancangan yang disiarkan di kaca TV dan menumpukan perhatian pada Daniel.

            “Daniel…” Adrian meneguk liur.

            Daniel tersenyum tepi kemudiannya.

            “Tak apalah, aku nak rehat dulu,” katanya dan terus masuk ke dalam bilik.

            Adrian dan Jason Lee saling berbalas pandangan. Cara percakapan Daniel malam ini aneh sekali. Sepanjang tiga tahun tinggal serumah, tidak pernah isu darjat dan kedudukan menjadi persoalan, tetapi kenapa sekarang tiba-tiba Daniel membangkitkannya?
*************

SELEPAS mandi membersihkan diri, Daniel terus menunaikan solat Isyak dengan penuh khusyuk. Selepas solat Isyak, dia menunaikan solat sunat taubat pula. Dengan penuh rasa kerdil dan hina, dia menyembah kepada Maha Pencipta. Sesungguhnya pada saat ini, hanya Allah tempatnya mengadu.

            Selesai solat sunat taubat, dia mengangkat tangan. Berdoa semoga segala dosanya dan orang tuanya diampun. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku di sebalik semua ini. Mungkin Allah merindui doa daripada hambanya yang bernama Daniel. Mungkin Allah merindui solat taubat dari hamba-Nya. Allah mengetahui segala-galanya.

            Daniel baru menyedari, semenjak dia semakin rapat dengan Cinta, dia sedikit lalai dari kehidupan asalnya. Walaupun belum pernah meninggalkan solat lima waktu, tetapi dia sudah jarang mengerjakan solat sunat, mula mungkir janji dan menipu kawan-kawannya. Dan Daniel memohon keampunan diatas kealpaannya selama ini.

            Dia menghela nafas perlahan. Bibirnya tidak henti-henti menyebut nama Allah sambil menggerakkan jari-jemarinya. Menurut ibu, hanya zikir yang dapat menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan Allah. Ibu mahu dia selalu mengingati Allah.

            Setiap kali selesai solat pasti dia akan berzikir. Mungkin kerana itu walaupun ditimpa masalah atau kesedihan, dia masih mampu bertenang dan tetap tersenyum.

            Kata-kata Erma pada siang hari tadi bagai terngiang-ngiang di cuping telinganya.

            “Hei budak kampung, kau ni memang lurus bendul. Kau sedar tak yang selama ni kau cuma barang pertaruhan kami semua. Kami bertaruh sebab nak tengok sejauh mana Cinta berjaya buktikan yang dia mampu tundukkan kau. Kalau Cinta menang, dia akan dapat duit pertaruhan. Dan Cinta couple dengan kau pun sebab nak gunakan kau.”

            Daniel mengetap bibir sekuat-kuat hati. Sungguh tersayat hatinya dikala ini. Dirinya masih mampu menampung kelukaan itu saat menyedari dia sudah tiada apa-apa lagi dengan Cinta, tetapi selepas mengetahui kebenaran yang keluar daripada mulut Erma, hatinya terasa seperti sudah hancur berderai. Terlalu sakit sehingga buat pertama kali dalam hidupnya, dia terasa ingin menangis untuk melepaskan segala kesedihannya.

            “Siapa yang tidak marah pada masa yang sepatutnya dia marah itu keldai. Dan sesiapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu itu, dia adalah syaitan.”

            Nasihat ibu masih tersimpan kemas di kotak fikirannya. Ya, hatinya sakit. Terlalu sakit. Tapi demi Allah, dia sudah memaafkan kesalahan Cinta, meskipun gadis itu tidak pernah memohon kemaafan daripadanya.

            Dia hanya menganggap ini semua salah dirinya. Salah dirinya kerana terlalu mencintai seorang gadis yang belum tentu akan menjadi jodohnya.

            Ibu. Tiba-tiba dia jadi rindu pada ibu. Wajah lembut dan penuh dengan sifat keibuan itu memenuhi segenap ruang fikirannya. Kalau dulu setiap kali bersedih, dia akan menangis dan meluahkan segalanya pada ibu, tapi kini dia berseorangan. Jauh di negara asing. Kepada siapa dia harus meluahkan segala kesedihannya. Adrian? Jason Lee? Jessica? Mereka mungkin mampu mendengar, tetapi tidak mungkin dapat menyelami perasaannya.

            “Ibu… tolong Daniel bu…”

            “Bersabarlah, nak… bersabarlah…”

            “Apa salah Daniel, ibu? Daniel tak pernah buat jahat pada orang lain. Tak pernah sakitkan hati orang lain. Tapi kenapa orang lain suka buat jahat pada Daniel?” Daniel meluahkan segala kesedihannya di dalam pelukan hangat ibu.

            “Bu, salah Daniel ke sebab Daniel anak orang miskin? Cinta buat Daniel macam Daniel tak ada perasaan. Daniel ikhlas sayang dan cintakan dia, ibu. Tapi dia cuma pura-pura cintakan Daniel. Daniel tahu Daniel tak layak untuk dia, tapi dia tak berhak buat Daniel macam ni,” luah Daniel sambil menangis teresak. Segala-galanya terasa semakin sedih dan sakit ketika dia meluahkannya kepada ibu, berbanding meluahkan kepada rakan-rakannya.

            Ibu membelai-belai rambut Daniel dan beristighfar.

            “Daniel, bila Allah membiarkan kita dalam kekecewaan terhadap seseorang, Allah sebenarnya sedang mengajar kita. Allah ingin menyedarkan kita bahawa satu-satunya yang boleh kita percayai hanya Dia,” pesan ibu.

            Daniel terdiam mendengarnya.

            “Dicari isteri kerana empat perkara; kecantikan, kekayaan, keturunan dan yang paling penting sekali, agamanya. Carilah yang beragama. Insya-Allah rumah tangga akan diberkati. Insya-Allah dia adalah pilihan yang tepat dan cinta sejati yang akan menemani Daniel hingga ke akhir hayat.”

            Daniel tersenyum. Dia berbaring di atas ribaan ibu. Jari-jemari ibu yang lembut mengusap-usap kepalanya.

            “Terima kasih, ibu. Daniel sayang ibu.”

            Daniel hanya tersedar saat merasa tubuhnya digoncang lembut. Perlahan-lahan dia membuka mata.

            “Danny, bangunlah. Kita solat Subuh sama-sama,” ujar Adrian.

            Daniel menggosok matanya. Rupa-rupanya dia semalaman berzikir hingga tidak sedar entah bila dia terlelap di atas tikar sejadah.

            Selepas Adrian berlalu, dia terus menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mengambil wuduk.

            Selesai solat jemaah bersama Adrian, Adrian kembali ke biliknya untuk menyambung tidur. Tapi Daniel tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata dan nasihat ibu di dalam mimpi masih diingatinya.

            Dicari isteri kerana agama. Dia tahu jika dia memilih seorang isteri atas faktor itu, pasti dia akan memperoleh kebahagiaan yang sejati. Seharusnya dia menjadikan nasihat dan pesanan ibu sebagai penyuluh. Memang silap dia sendiri sebenarnya.

            Agama datang membawa cinta, tapi kadang-kadang cinta datang, tidak semestinya membawa agama. Cinta sahaja tidak cukup. Perlu ada agama.

Daniel mengeluh. Wajah Cinta sedaya upaya cuba disingkirkan dari hatinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke meja belajar di tepi tingkap.

La takhaf wa la tahzan… innallaha ma’ana…” ucapnya perlahan dengan bibir yang mula mengukir senyuman. Usah takut usah bersedih kerana Allah itu sentiasa ada.

Anak matanya yang berwarna coklat kehitaman itu memandang ke luar tingkap. Walaupun hari masih lagi gelap, namun dia dapat melihat pohon cherry blossom yang berbunga merah jambu dihalaman rumah itu seakan-akan melambai kepadanya.

Daniel tersenyum. Musim bunga; musim dimana daun-daun hijau menjadi raja menyeliputi alam dan bunga-bunga pelbagai warna menjadi permaisurinya. Musim bunga, musim yang ceria.

Biarlah hatinya tidak seceria musim yang dilaluinya. Daniel hanya mampu berdoa semoga musim bunga untuknya akan tiba suatu hari nanti.

“When we are in love, we are always thinking about our object of love. How much more passionates, when the believer is in love with the Divine.” (Shaykh Yasir Qadhi)


Why do I seem like such a fool
Why did I become like this
I made a firm decision, again and again
Why do I keep coming back to you


p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

5 comments:

Nadya Roslan said...

duh,sentap bab ni

E-la Adiey said...

Nadya Roslan - haha..nape sentap lak

zahra said...

xpela,saya tetap tunggu novel ni.x kesah lama mana pun.hehe...apa2 pn, best dan ada pengajaran

E-la Adiey said...

zahra - ahha.. terima kasih banyak2 :* tunggu kemunculannya nanti

sehijau warna daun said...

suka cerita ni.tak sabar nak tunggu publish ;)