“Challis Street, Dickson!” Pantas Adrian
mencatat alamat yang dinyatakan.
“Okay, thanks a
lot. I’ll call you back,” respons Adrian. Kemudian talian terus dimatikan.
Adrian tersenyum
membaca alamat yang tertera itu. Masuk hari ini, sudah hari kelapan dia
bersabar.
Haih… Cinta… Cinta…
jauh pulak kau pergi kali ni. Keluar bandar ye? Takut kantoi ke? Kau tahulah
nasib kau. Semuanya akan berakhir hari ni! detik hatinya.
“What’s up?” tegur Jason
Lee yang baru keluar dari biliknya.
“Ikut aku. Kau akan
tahu,” balas Adrian dan menuju ke bilik Daniel.
“Danny! Danny!” Adrian
mengetuk pintu bilik Daniel.
Beberapa saat kemudian,
pintu dibuka dari dalam. Daniel kelihatan kaget.
“Aku tak ada masa
nak explain sekarang. Bersiap, aku nak ajak kau keluar lepak.” Kata-kata Adrian
lebih kepada berbentuk arahan.
Daniel
terpinga-pinga.
“Tapi aku tengah buat
assignment ni,” ujarnya sambil menggaru-garu kepala. Sememangnya menuntut di
ANU takkan dapat lari daripada assignment. Disini mereka bertiga lebih suka
menyebut ANU sebagai Assignment National University!
Adrian
menjungkitkan kening. “Tinggallah kejap!”
“Kau… dah tak marah
aku lagi ke?”
Adrian tersenyum
mendengar pertanyaan Daniel.
“Aku akan lupakan
kemarahan aku kalau kau ikut aku sekarang,” balas Adrian dan terus berlalu dari
situ.
Kening Daniel
bertaut. Pelik pulak perangai Adrian hari ini. Dia mengerling jam yang
menunjukkan pukul 7.20 malam.
Selepas
bersiap-siap, mereka menaiki kereta Adrian dan menjemput Jessica pula. Adrian
memandu dengan tekun. Masing-masing tidak bersuara sampailah Toyota Harrier itu
berhenti dihadapan Trinity Bar.
“Kau tebiat ke ajak
aku pergi bar? Kau tahukan aku tak jejak kaki kat tempat-tempat macam ni,” ujar
Daniel mengerutkan dahi. Jason Lee disebelahnya juga tampak kebingungan.
Adrian dan Jessica
tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
“Aku gak bisa
masuk, aku tunggu disini aja ya?” Adrian mengangguk sahaja mendengar permintaan
Jessica.
“Danny, Jason, jom
ikut aku!” arah Adrian.
“Taknaklah!” ujar
Daniel.
“Kau nak jumpa
Cinta tak?”
Daniel sedikit
kaget. “Cinta? Cinta ada kat sini ke?”
Adrian mengangguk.
Daniel mengetap gigi gerahamnya. Petang tadi dia ada
menghubungi Cinta dan Cinta mengatakan dia ingin berehat sahaja dirumah malam
ini. Tanpa berkata apa-apa, dia terus keluar dari kereta.
“Mana kau tahu Cinta ada kat sini?” soal Jason Lee yang
turut keluar.
Adrian angkat bahu. “Jom!”
Wajah Daniel kelihatan serius sekali. Dia tahu Cinta
bebas dan sosial orangnya, tetapi dia tidak pula sampai terfikir Cinta akan
pergi ke tempat-tempat seperti ini. Kerana merasa sangat ingin tahu, dia
menguatkan diri dan mengekori langkah Adrian ke bar yang dicat warna oren itu.
Daniel menggenggam tangannya sekuat-kuat hati. Pertama
kali dia menjejakkan kaki ke bar. Dan dia sangat takut mendengar bunyi muzik
yang terlalu bingit. Orang ramai tidak kira bangsa sedang asyik menari
terkinja-kinja di ruang tarian seperti orang tidak waras.
Dia lihat ada beberapa orang DJ yang memakai headphones
asyik memainkan lagu-lagu rancak sambil tangan mereka mengendalikan sound
system, DJ mixer, DJ console dan beberapa lagi peralatan muzik moden.
“Cinta mana?” Jason Lee terpaksa meninggikan suaranya
sedikit kerana bunyi muzik terlalu kuat. Dia kelihatan biasa-biasa sahaja,
mungkin kerana sudah terbiasa ke bar atau kelab malam bersama rakan-rakannya
yang berbangsa Cina.
“Kita cari dulu!” ujar Adrian turut meninggikan suara.
Daniel mengerutkan dahi sambil menutup telinga. Dia
tidak dapat menerima bunyi bising di bar itu. Kalau orang yang sudah biasa,
mungkin mereka menganggap muzik sebegitu adalah satu keseronokan. Tetapi bagi
dia, ia hanyalah bunyi bising yang membuatkan telinganya berdengung.
Daniel melangkah perlahan-lahan ke kaunter minuman sambil
tangan menekup telinga. Matanya pula melilau melihat keadaan sekeliling sambil
berdoa dalam hati agar dia menemui Cinta sekiranya benar kekasihnya itu ada
disini.
Dan beberapa minit kemudian, matanya tertancap pada
Cinta yang duduk disofa betul-betul disebelah kaunter minuman. Dan Cinta ketika
itu sedang mesra dipeluk oleh Razif. Cinta melentok manja disebelah Razif yang
selamba meneguk Scotch sambil berbual-bual dengan beberapa orang rakan
berbangsa Inggeris.
Daniel terkaku. Terasa jantungnya seakan berhenti
berdegup. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan yang dari tadi menekup telinga.
Bunyi bising itu tidak lagi menganggu telinganya. Terasa putaran masa seluruh
alam saat ini sedang berhenti. Yang ada didepan matanya hanyalah Cinta yang
sedang bermesraan dengan lelaki lain.
Adrian yang sekadar menjadi pemerhati dibelakang Daniel
hanya memandang tanpa reaksi. Marah tidak, gembira pun tidak. Jason Lee sendiri
agak terkejut. Dia menoleh memandang Adrian disebelahnya seakan meminta
penjelasan.
Daniel hanya berdiri disitu. Sedikit pun matanya tidak
lepas dari memandang Cinta yang belum menyedari kehadirannya disitu.
Saat Razif mengalihkan pandangannya ke arah kaunter
minuman, dia nampak Daniel, Adrian dan Jason Lee berdiri disitu, memandang dia
dan Cinta tanpa berkelip. Dia agak pelik dan terus mencuit Cinta disebelahnya.
“Baby, apasal diorang tengok kita? And by the way,
Daniel memang selalu pergi bar ke apa?” soalnya. Yalah, dia sendiri merasa pelik
kerana berjumpa dengan Daniel ditempat seperti ini. Bukankah Daniel seorang
yang sopan dan agak Islamik orangnya?
Cinta yang mendengar kata-kata Razif terus memandang ke
tempat yang ditunjuk oleh Razif.
“Daniel?!” Buntang matanya memandang kekasih keduanya
yang berdiri disitu bersama dua orang sahabat baiknya.
Wajahnya sudah benar-benar pucat saat ini. Dia mulai tidak
tentu arah. Sangkanya Daniel duduk dirumah mengulangkaji pelajaran.
Daniel tidak mampu untuk bersuara. Matanya sudah
berpinar-pinar kerana tidak percaya dengan apa yang disaksikannya. Ringan
sahaja kakinya membawa dirinya keluar dari bar tersebut. Dia sudah tidak
sanggup berlama-lama disitu.
Cinta memandang wajah Adrian dan Jason Lee yang
bersahaja. Kemudian kedua-duanya turut melangkah pergi.
Cinta ternganga. Spontan dia bangun meninggalkan Razif
dan terus mengejar Daniel. Ketika Daniel hampir sampai ke kereta, Cinta terus
menarik lengannya.
“Danny, kenapa awak ada kat sini?”
Daniel diam. Tanpa memandang Cinta, dia menarik
lengannya dari pegangan gadis itu. Cinta cepat-cepat berdiri dihadapan Daniel demi
menghalang lelaki itu pergi.
“Kau nak apa lagi Cinta? Daniel dah tahu semuanya. Kau
ingat dia tunggul ke apa? Dia duduk rumah study siang malam, kau pergi clubbing.
Wow, I am so impressed!” sindir Adrian dengan riak bersahaja.
Mata bundar Cinta melotot memanah anak mata Adrian. “You
tak payah sibuk. Ni hal antara I dengan Daniel!”
Adrian tergelak sinis seraya mengangkat kedua-dua belah
tangannya gaya seorang pesalah.
“Okay, I rest my case. Jason, chow!” Dia menyinggung
lengan Jason Lee.
Kedua-duanya terus melangkah masuk ke dalam kereta
membiarkan Daniel dan Cinta berbincang berdua. Tetapi dia yakin, tiada lagi
peluang kedua untuk Cinta selepas ini. Tiga tahun mengenali Daniel, sahabatnya
itu memang seorang yang lemah-lembut tetapi apabila sudah terluka, hatinya
lebih keras dari batu.
“Danny, semua ni bukan macam yang awak fikir. Razif cuma
kawan saya. Kitorang just have some fun, buat party. Open bottle je. That’s
all!”
Tersentak Daniel mendengarnya. Dia beristighfar didalam
hati. Tidak sedarkah Cinta apa yang dilakukannya saat ini? Dia pergi ke tempat
maksiat, bersentuhan dan berpelukan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Itu
baru yang dia nampak, entah-entah banyak lagi yang Cinta sudah lakukan bersama
lelaki lain semasa sedang bersama dengannya!
Daniel memandang wajah Cinta dengan pandangan yang cukup
tenang. Dia tidak mahu marah-marah atau mengamuk. Itu bukan dirinya. Bukan
seorang Daniel.
“Saya dah silap tentang awak. Betul cakap Adrian. Awak
memang tak pernah dan takkan berubah,” ungkapnya perlahan.
Cinta terkesima.
“Mungkin saya bijak dalam pelajaran tapi bodoh dalam bab
cinta. Mata saya buta, telinga saya tuli, mulut saya bisu bila bersama awak.
Semuanya kerana terlalu sayangkan awak,” kata Daniel lagi. Kalau boleh dia mahu
meluahkan segala perasaannya saat ini kerana selepas ini dia tidak mahu ada
apa-apa hubungan lagi dengan gadis itu.
Daniel tersenyum. Dia tergelak halus.
“Saya sepatutnya sedar siapa diri saya. Masakan Cinta
Aulia nak berpacaran dengan lelaki miskin hina macam saya. Awak tak salah pun,
Cinta. Tak salah apa-apa pun. Saya yang salah kerana memberi hati saya seratus
peratus pada awak.”
Bergenang mutiara jernih di tubir mata Cinta mendengar
kata-kata Daniel.
“Saya doakan awak bahagia. Maaf mengganggu korang. Saya
takkan kacau awak lagi. Assalamualaikum, Cinta…”
Daniel menunduk dan melangkah pergi dengan hati yang
cukup terluka. Hatinya benar-benar telah tersayat oleh perbuatan Cinta.
Cinta kaku. Dia hanya mampu memandang kereta Adrian yang
membawa Daniel pergi dengan air mata yang bertakung sedari tadi. Dia tidak
percaya Daniel telah meninggalkannya. Dan saat itu, hatinya benar-benar terasa
sedih dan sakit. Dan dia tidak tahu kenapa dia merasa seperti itu.
Bukankah dia Cinta Aulia? Seorang gadis yang jelita,
kaya dan menjadi buruan para lelaki? Kenapa dia harus menangis hanya kerana
ditinggalkan oleh seorang lelaki yang tidak punya apa-apa?
Saat setitik air matanya ingin menitis, dia terasa
lengannya direntap dengan kuat.
“Cinta, you couple dengan dia jugak ke?” soal Razif
menyinga. Dia sudah mendengar perbualan Daniel dan Cinta dari jauh. Dan dia
sendiri mendengar Cinta menafikan dirinya sebagai teman lelaki dihadapan Daniel.
Cinta diam, tidak sempat memikirkan kata-kata yang
sesuai untuk membalas. Maklumlah, ini kali pertama dia diserang dua lelaki
sekaligus.
“Just go to hell!” seranah Razif dan terus meninggalkan
Cinta begitu sahaja.
Cinta terkebil-kebil. Tetapi dia tidak kisah tentang
Razif. Persetan dengan lelaki itu. Sekarang dia hanya memikirkan tentang Daniel.
Wajahnya diraupkan beberapa kali.
****************
Adrian yang tekun memandu sempat menjeling sebentar ke
arah Daniel yang duduk dibelakang bersama Jason. Sejak tadi mereka semua
langsung tidak bersuara. Tiada siapa yang berani untuk memulakan.
“Bukan apa yang kitorang buat, tapi apa yang kekasih kau
dah buat.” Adrian membalas dengan wajah yang serius.
“Aku sama Adrian sebenarnya udah lama tahu soal ini,
tapi kami nggak mau kasi tau kamu sampai kami dapat buktinya. Aku takut kamu
menuduh aku dan Adrian mengada-ada cerita. Karena aku dan Adrian tahu kamu
sangat sayang sama Cinta. Karena itu, kami sengaja nggak mahu menegur kamu
untuk beberapa hari ini. Bukan karena marah tentang kejadian tempoh hari, tapi
karena kami sedang menyiasat dan mengumpul bukti,” jelas Jessica.
Dia tidak tahu apa yang terjadi didalam bar tadi, tetapi
melihat Cinta yang mengejar Daniel, dia dapat mengagak tembelang Cinta sudah
bocor. Ini semua adalah pakatannya bersama Adrian. Jason Lee tidak tahu-menahu
tentang hal ini.
“Dulu kau pernah tanya kitorang, kenapa kitorang tak
pernah beri peluang untuk Cinta, kan?” tokok Adrian pula.
“Dari mula-mula kau couple dengan dia lagi, aku dah
perhatikan dia. Aku upah seorang student untuk intip dia. Dan student tu pun
setuju sebab dia perlu duit. Tapi semua tu berbaloi daripada aku biarkan kawan
baik aku sendiri ditipu hidup-hidup oleh perempuan macam dia. Dan student yang
aku upah tu beritahu aku Cinta selalu dating dengan lelaki yang berbeza. Tapi
selain kau, dia banyak juga keluar dengan Razif. Sebab tu aku ajak kau keluar.
Untuk buktikan sendiri pada kau, yang perempuan bernama Cinta Aulia tak pernah
berubah!” sambungnya tegas.
Terketar-ketar bibir Daniel mendengar kata-kata Adrian.
Dia seperti ingin mengungkapkan sesuatu, tapi tidak terkeluar dari mulutnya. Dia
mungkin masih boleh menerimanya jika Cinta hanya keluar bersama Razif kerana
dia sendiri tahu Cinta mempunyai ramai kawan lelaki.
Tetapi apabila dia menemui Cinta dalam keadaan terlentok
manja didalam dakapan lelaki lain, jelaslah bahawa selama ini dia sudah
terjerat dalam permainan Cinta. Cinta sudah menipunya sama seperti teman-teman
lelakinya sebelum ini. Dia dijadikan sama seperti lelaki-lelaki lain yang
pernah menjadi mangsa kepada cinta palsunya.
“Tolong berhentikan kereta sekarang,” arah Daniel.
Adrian mengerutkan kening dan menjeling Jessica yang
turut memandangnya pelik.
“Kenapa nak berhenti tengah-tengah jalan ni?” soal Adrian.
“Berhenti jelah...”
Adrian mengikut seperti yang diarahkan. Kereta yang
dipandu melewati Northbourne Avenue itu berhenti dibahu jalan.
“Weh, kau nak pergi mana ni?” Jason Lee menyoal apabila
melihat Daniel sudah membuka pintu kereta.
Wajah Daniel tenang sahaja. Dia sempat menghadiahkan
sekuntum senyuman kepada sahabat-sahabat yang senantiasa berada disisinya itu.
“Aku perlu tenangkan diri. Tak perlulah risau tentang
aku. Nanti aku balik sendiri.”
Masing-masing tidak mampu bersuara dan hanya melihat
Daniel yang terus berjalan pergi dari situ sambil memeluk tubuh meredah jalan
raya yang sunyi.
“Kasihan dia...” Nada suara Jessica bertukar sayu
seperti ingin menangis.
Adrian menghela nafasnya. Enjin kereta terus dihidupkan
dengan rasa berat hati. Selama mengenali Daniel, dia tidak pernah melihat
Daniel begitu kecewa sehingga mahu menyendiri seperti ini.
Doanya semoga Daniel selamat dan tabah. Dia menyayangi
Daniel seperti saudara kandungnya sendiri dan kerana itu dia tidak mahu melihat
Daniel ditipu oleh perempuan seperti itu.
Oh I don't care what anyone says
No matter who curse at me, I'll only look at you
If I am born again, it will still be only you
Even as time goes by
No matter who curse at me, I'll only look at you
If I am born again, it will still be only you
Even as time goes by
Oh when I tell you I love you thousands of time
Even if my heart is on fire and as my lips dry
If I am born again, it will still be only you
Even as time flies...
p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)
10 comments:
Ouhhh... Sedih... Kesian Daniel..:'(
Quote yg last tu daebak... *thumbs up 4 e-la ^^
Ct Roxalynna - thank you so much, ct.komeng2 ct n pembaca lain adalah pembakar semangat utk ela terus menulis.haha.tunggu next chapter okeng ^^
touching gila bab ni.aku pulak yg t'sntuh bila tgk danny sedih
sedih pulak bab ni sian danny.
Akhirnye terbongkar juga tembelang Cinta.. Yezzzsss sukernye..
padan muka Cinta jgn lps nie nk pujuk rayu Danny plak..
Cian plak kat Danny, Uwaaaa :'(
hrp2 pasni jgn termakan dek pujuk rayu Cinta sudah..
hehehe.. next n3 plak.. suke dgn sikap setiakawan Adrian, Jessica & Jason.. sayang uollss ketat2 ;) also sayang juga kat cik writer ;)
Yuri kiko & baby mio - ahax...terima kasih korang. Tunggu next chapter okeng.ngeee
Kak eddayu - haha..terima kasih.akak salah seorg pembaca setia blog saya.rasa nak peluk ketat2.hahah..ingatkan syg adrian,jessica dgn jason je :p
Yahuuuuh.. Dah nk smpai kemuncak k kisah nie... Ap² pom... Bessssttttt...♥♥♥♥♥
Fakru Yoe - haha.. terima kasih manyak2 :) kemuncak? errr... tak, ini baru beginning. Cerita jauh lagi
touching woo..slalu baca pasal playboy jek.first time bce psl playgirl
aku suka giler dgn watak adrian.dia cool giler!!
Post a Comment