Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, June 2, 2014

Sinopsis Kutemui Cinta

Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Pada Nadya, cinta itu mitos dan tiada yang berakhir dengan kebahagiaan. Pengalaman pahit yang berlaku dalam rumah tangga abahnya dan arwah kak long menjadikan dirinya terlalu berhati-hati. 

Namun hanya seorang lelaki, Hafiz yang mampu membuat dia merubah prinsipnya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam dan menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. 

Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan hasrat untuk memiliki Nadya. Pelbagai dugaan dan rintangan yang berlaku demi mencari cinta sejati. Dan siapakah yang akan menjadi pilihan hati Nadya? Adam atau Rafi?

"Cinta konon! Apa yang awak tahu tentang cinta, hah? Nak tahu, cinta tu cuma dongeng semata-mata. Saya tak rasa cinta wujud dalam dunia selama ni. Kalau dalam drama kat TV tu bolehlah. Tapi di dunia realiti, kisah cinta yang berakhir dengan happy ending, sama sekali tidak wujud. Kalau awak kata ada, tunjukkan buktinya!" - Nurul Nadya

"Kenapa setiap kali saya bertanya atau cakap yang cinta tu cuma mitos, awak jadi tertekan? Marah-marah?" - Naim Mohd Hafiz

"Hei, aku nak korang tahu. Aku takkan berhenti selagi tak dapat Nadya semula. Nadya hak aku. Aku tak peduli si Hafiz tu anak Tan Sri ke, anak raja ke. Yang penting, Nadya aku punya dan cuma itu yang aku tahu sekarang!" - Mohd Adam

"Okey, fine! Kalau itu yang kau nak sangat, aku akan betul-betul pastikan Nadya jadi hak mutlak aku!" - Rafi Mohd Thaqif

No comments: