Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, February 24, 2014

The Lego Movie


.
Assalamualaikum & hye. Huhu. Setelah sekian lama baru nak update. Sebenarnya baru teringat masih ada blog. Haha. Jangan marah semua -,-
.
Tiba-tiba tergerak hati nak update sebab tengok macam krik... krik... sangat. Pastu ada salah seorang pembaca novel kat Facebook tanya bila nak ada novel baru. So sementara tunggu aku update novel baru, kasi layan film review dululah. Ahax... ahax...
.
Baru-baru ni aku ada tengok movie. Agak uniklah sebab director filem ni gunakan kepingan-kepingan Lego untuk filem ni. The Lego Movie tajuknya.
.
Ok, kalau ada yang tak tahu cerita ni pasal apa, meh aku bagi sinopsis:-
.
Emmet (watak hero) merupakan seorang pekerja buruh binaan dan lelaki biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, kelebihan or apa-apa jelah. Emmet menjalani kehidupan harian dengan berpanduan "Instruction Manuals" atau panduan (setiap set permainan Lego sentiasa dilengkapi dengan buku panduan cara untuk bina set permainan tersebut). Berbeza dengan golongan Lego yang bergelar "Master Builders", mereka berkebolehan membina sesuatu tanpa menggunakan sebarang "Instruction Manuals".
.
Menurut ramalan yang dibuat oleh seorang ahli sihir baik bernama Vitruvius, seseorang yang 'istimewa' akan muncul dan menyelamatkan dunia Lego daripada dimusnahkan oleh Lord Business yang berniat ingin menggunakan senjata bernama Kragle ke atas dunia Lego yang mereka diami. Orang 'istimewa' itu akan menemui sejenis barang purba (Piece of Resistance) yang berupaya untuk menghalang Kragle daripada memusnahkan dunia Lego.
.
Kebetulan, Emmet menemui Piece of Resistance dan menjadi 'hero' seperti yang diramalkan oleh Vitruvius. Dengan bantuan 'Masterbuilders' yang lain seperti Wyldstyle, Batman, Uni-Kitty, Metal Beard dan Benny, mereka bekerjasama untuk menggagalkan rancangan jahat Lord Business yang turut dibantu oleh Bad Cop/Good Cop.
.
Apa kesudahannya? Korang tengoklah sendiri. Hehe.
.
Komen:-
.
Walaupun hanya kepingan Lego, tapi kartun ni nampak hidup. Semua watak Lego cute sangat-sangat! Kelakar pun ada. Memang tak rugi layan cerita ni. Sesuai untuk semua peringkat umur tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Kecomelan watak-watak Lego dalam filem ni tiba-tiba buat kita rasa macam nak beli Lego banyak-banyak dan buat bandar mini kat rumah. Huhu.
.
Aku paling suka watak Vitruvius (ahli sihir baik) dengan Batman. Vitruvius sangat kelakar ok. Ngeee... dan Batman pulak unik, sebab dia boleh dikatakan watak utamalah jugak dalam filem ni.
.
Untuk filem ni, aku kasi 4/5 bintang. Tengoklah cerita ni. Gerenti tak rugi. ^_^
.