Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Sunday, March 31, 2013

KhaiRizal : A Love Story 9

Rizal memandang Fida atas bawah dengan riak yang kurang menyenangkan. Ada ke patut Fida ke balai hari ini dengan T-shirt dan seluar sendat. Kasut pula 10 inci tingginya dan mekap yang mengalahkan opera Cina. Tertelan air liur masing-masing melihat gaya berpakaian Fida.

            “Relax, dude. Janganlah pandang macam nak makan orang pulak. Hari ni aku, kau, Fida dan Erin ditugaskan menjalankan penyamaran di lorong-lorong sekitar Kuala Lumpur, ingat tak?” Azman berbisik di telinga Rizal. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Rizal. Rizal tak suka perempuan seksi-seksi ni.

            “Hmm...itu aku tahulah tapi ini menyamar apakebendanya? Menyamar sebagai GRO ke kat lorong sana?” bidas Rizal membuatkan Fida terkedu seketika.

            Azman terdiam. Rizal ni mulut laser jugak. Main sound je orang. Tak jaga hati, jantung dan limpa langsung.

            Fida menunduk. Dia tahu Rizal tidak suka gaya berpakaiannya. Bukan itu sahaja, dia tahu Rizal memang dari awal tidak menyenangi kehadirannya di balai polis itu. Semuanya gara-gara dia menghulurkan salam perkenalan pada waktu yang salah. Tapi sejak tahu Rizal suami orang, dia hanya meminati Rizal dalam diam. Tidak pernah terlintas dihatinya untuk merebut Rizal dari isterinya.

            “Dahlah, dahlah, dah hampir pukul 2 petang ni. Kita kena jalankan tugas cepat,” gesa Erin yang kemas dengan jeans, vest dan topi. Jauh lebih bersopan daripada Fida. Nak buat macam? Fida diarahkan untuk menyamar sebagai perempuan liar di lorong-lorong bagi memudahkannya mendekati golongan pusher yang didalangi sindiket pengedaran dadah yang baru muncul sejak beberapa bulan ini.

            “Nanti kejap, aku ada kerja.” Rizal berlalu ke mejanya dan membaca beberapa laporan dengan wajah serius.

            Fida mengetap bibir. Dia tidak boleh terus-terusan membiarkan Rizal bersangka buruk terhadapnya. Dia tidak suka setiap kali menerima jelingan maut Rizal. Dia hanya mahu menjadi rakan sekerja, tidak lebih dari itu.

            “Rizal.” Fida bersuara. Dia berdiri dihadapan meja Rizal sementara Azman sedang leka berbincang sesuatu dengan Erin.

            Rizal hanya memandang Fida sekilas dan kembali menatap laporannya.

            “Kenapa awak macam tak suka kat saya?” Akhirnya terluah juga soalan yang selama ini ingin diajukannya.

            Sebab aku benci cara renungan kau. Aku tak suka cara kau hulurkan salam perkenalan. Aku meluat dengan cara kau pandang aku. Tolong sikit, aku sesekali takkan tergoda! pekik hati Rizal.

            “Saya minta maaf kalau pandangan kali pertama awak tentang saya kurang baik. Pada waktu tu saya belum tahu awak dah kahwin, sumpah saya memang tak tahu. Saya tak ada niat lain, betul... saya cuma nak kita semua selesa bekerja sebagai satu pasukan. Lagipun tak ada apa yang perlu awak risaukan. Saya dah bertunang.”

            Apabila Fida menghabiskan ayatnya, barulah Rizal mengangkat muka. Dia seperti sedang berfikir-fikir sesuatu. Mungkin Fida tidaklah seburuk yang disangkakannya. Mungkin memang dah style dia kot suka tenung orang. Aku je kut cepat perasan.

            “Okey, saya pun nak minta maaf. Mungkin sikap saya pun tak menyenangkan awak hingga awak terpaksa cakap macam tu pada saya. Everything’s clear now, saya harap kita boleh jadi rakan sepasukan yang lebih baik lepas ni.” Rizal tersenyum senang.

            Fida menarik nafas lega. Dia mengangguk. Tiada lagi salah faham. Harap Rizal tidak salah anggap lagi tentang maksud renungannya. Betul, dia hanya mahu menjadi rakan Rizal. Tidak lebih dari itu.
********************

           Adik melompat masuk ke dalam kereta dibahagian penumpang belakang apabila melihat kereta Khai berhenti menunggunya dihadapan sekolah.

            “Abang Khai, kita pergi jumpa abah dulu, boleh?” soal Adik dengan nada ceria.

            “Kenapa pulak ni? Happy semacam je.” Khai menoleh memandang Adik yang sudah membuka tudung sekolahnya.

            “Adik nak mintak hadiah. Exam kali ni adik dapat 3A 2B!”

            Khai tersenyum. “Alhamdulillah, pandai Adik. Tapi jangan berpuas hati sampai setakat tu je. Kena terus berusaha, biar UPSR nanti dapat 5A.”

            Adik mengangguk bersungguh-sungguh. Dia memanjangkan lehernya melihat seat bahagian penumpang hadapan. Khairizal sedang leka menjilat aiskrim tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

            “Keri, kasi Kak Adik aiskrim sikit.”
            “Mana boleh, belilah sendiri,” cebik Khairizal.
            Mulut Adik memuncung.

            “Tak apa Kak Adik, kejap lagi Abang Khai singgah kedai runcit beli aiskrim 10 batang untuk Kak Adik. Jangan kasi langsung kat Keri. Ibu tak ajar anak ibu jadi kedekut, tau,” kata Khai bersahaja sambil kakinya mula menekan minyak.

            Khairizal terdiam seketika.

            “Mmm... okeylah, nah Kak Adik makan sikit tapi jangan habiskan tau.”

            Khai tersenyum senang. Tadi dia sengaja mahu menguji anaknya. Tahulah dahaga pun tapi jadilah manusia yang murah hati. Orang lain pun baru balik sekolah jugak.

            Keretanya dipandu dengan kelajuan sederhana. Dia sedang menghala ke Balai Polis Bukit Aman atas permintaan Adik. Tak sabar-sabar katanya nak bagitahu abah dia dapat markah bagus dalam peperiksaan.

            Lebih kurang 10 minit perjalanan mereka sudah tiba di balai polis tempat Rizal bertugas. Khai memberhentikan keretanya di bahu jalan. Belum sempat dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Rizal, dia terpandang kelibat suaminya yang baru keluar dari balai polis bersama seorang gadis cantik berpakaian sendat.
*************
“Tak apa ke kita pergi dulu ni? Azman dengan Erin tak jumpa kita nanti macam mana?” tanya Fida yang baru keluar dari balai bersama Rizal untuk memulakan penyiasatan mereka.

            “Alah, bukannya kita nak tinggalkan diorang. Kita tunggu kat parking lot. Diorang tu lembab sangatlah. Tapi awak pergi dengan Erinlah, takkan dengan saya pulak,” jawab Rizal tersengih. Dalam masa beberapa minit dia mula selesa berbual dengan Fida. Fida sebenarnya tak adalah teruk sangat. Dia saja yang perasan Fida hendak menggodanya.

            Fida sekadar tersenyum. Kasut bertumit yang terlalu tinggi itu menyukarkannya untuk berjalan. Kalau bukan kerana misi yang diarahkan Tuan Rashdan, tak ada maknanya dia nak pakai kasut yang menyeksakan ni.

            Fida cuba melangkah lebih laju apabila Rizal meninggalkannya jauh di belakang. Tiba-tiba tubuhnya hilang imbangan lalu dia jatuh terduduk di atas tar jalan.

            “Aduh!” Suara Fida yang mengaduh kesakitan membuat Rizal menoleh. Kaget sebentar dia melihat Fida duduk di atas jalan sambil memegang kakinya.

            “Awak tak apa-apa?” Rizal mencangkung dihadapan Fida.

            Pantas Fida menggeleng. “Tak apa-apa. Just feel awkward maybe... first time pakai high heels.”

            “Hmm...itulah, beli lagi selipar tinggi-tinggi. Lain kali pakai terompah je terus senang,” bebel Rizal. “Macam mana ni? Boleh jalan?”

            “Boleh rasanya, kena beli kasut lain jelah.”

            Rizal cuba menghulurkan bantuan tapi Fida menolak. Dia takut Rizal beranggapan dia sengaja mahu mengambil kesempatan dengan berpura-pura jatuh. Lagipun persahabatannya dengan Rizal baru ingin bermula.

            Fida cuba menggagahkan kakinya untuk berdiri tapi kaki kanannya terlalu sakit. Mungkin sudah terseliuh. Dia kembali duduk.

            “Hish, orang nak tolong jual mahal. Kata boleh jalan, meh saya tolong. Rasanya awak ni kena pergi klinik, biar saya, Erin dengan Azman yang bertugas hari ni. Awak tukang tengok je.”

            Fida tiada pilihan apabila Rizal sudah menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan dia bangun dengan bantuan Rizal. Buku lali kanannya terasa sakit tapi dia tetap cuba bertahan. Terhencot-hencot dia berjalan dengan hanya berkaki ayam. Itulah, gatal sangat nak pakai heels. Badak air betullah.

**************
            Terbeliak biji mata Khai menyaksikan adegan yang sungguh tidak diduga itu. Siapa sebenarnya perempuan seksi itu? Kenapa Rizal nampak rapat dengan dia sampai berpegang-pegangan tangan? Huh, dia ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku!

            “Abang Khai tengok apa? Telefonlah abah.” Suara Adik menyedarkan Khai yang sedang panas itu.

            Tanpa menjawab pertanyaan Adik, dia terus menghidupkan enjin kereta dan memecut meninggalkan tempat itu. Adik terdiam apabila melihat muka ibu saudaranya sudah merah padam. Lebih baik jangan tegur. Nanti tak pasal-pasal bertukar jadi makhluk hijau.

            Khai menggigit bibir menahan rasa geram yang teramat. Jadi ini rupanya aktiviti harian dia kat balai. Keluar dengan perempuan. Memang silaplah aku tak pernah jenguk dia kat balai sebelum ni.
******************
Rizal mengurut-urut bahunya yang terasa lesu. Tepat jam 8.30 malam baru dia tiba di rumah. Hari ini dia, Azman dan Erin menjalankan penyamaran di beberapa lorong sunyi sekitar Kuala Lumpur sementara Fida diberi surat pelepasan untuk ke klinik kerana kaki terseliuh.

            Baru sahaja dia keluar dari kereta, Adik dan Khairizal keluar dari rumah dan terus berlari-lari anak mendapatkan abah mereka.

            “Abah, kenapa abah balik lambat sangat? Adik bosan tunggu abah,” cebik Adik manja.

            Rizal tersenyum. Baru sahaja dia menunduk untuk membuka kasut, Adik terus memanjat belakangnya dan Khairizal memeluk lehernya minta didukung.

            Gelagat anak-anaknya membuatkan rasa penatnya hilang untuk seketika. Rizal terus mendukung kedua-duanya. Adik memautnya dari belakang manakala Khairizal dipangku di hadapan.

            “Aduh, kalau hari-hari macam ni patahlah pinggang abah. Adik dengan Keri ni dah berat tau,” ujar Rizal ceria sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

            “Keri tak berat lagi. Kak Adik tu, dah darjah 6 nak dukung lagi,” balas Khairizal tersengih.

            “Eii...sibuklah dia ni. Abah tak kisah pun, kan? Kan? Kan?” sela Adik pula.

            “Yelah-yelah, jangan gaduh. Adik ni ada apa? Happy semacam aja.”

            “Adik nak mintak hadiah. Exam baru ni Adik dapat 3A 2B!”

            “Iya? Pandainya, nanti abah belikan, okey. Keri, ibu mana?”

            Soalan Rizal membuatkan Khairizal dan Adik saling berbalas pandangan.

            “Ai, kenapa ni? Tanya pasal ibu terus senyap je.”

            “Errmm...abah, Abang Khai bad moodlah hari ni. Dia tak bercakap pun,” bisik Adik.

            “Kenapa pulak?” Rizal turut memperlahankan suaranya.

            “Entahlah, sejak ambil Keri dengan Kak Adik dari sekolah ibu terus jadi macam tu. Tak tahu kenapa,” cerita Khairizal pula.

            Rizal memuncungkan bibir. Terus dia menurunkan Khairizal dan Adik dari dukungan dan melangkah ke dapur. Seperti yang diduga, Khai sedang memasak untuk makan malam tapi mukanya malam ini tak ubah macam raksasa yang bakal difire Ultraman.

            “Rina, abang baru balik ni takkan tak nak buat air kut.” Rizal cuba menegur, nak tengok apa reaksi isterinya.

            Tapi Khai diam sahaja. Dari tadi dia sibuk menyiang ikan tanpa memandang kiri kanan. Ternganga kejap Rizal melihat ikan yang disiang isterinya. Dah tak ada rupa ikan dah. Hancur dikerjakan Khai.

            “Rina, apasal hancur ikan tu? Seekor RM1.20, tau tak? Abang beli pakai duit bukan bulu ketiak.”

            Khai memberi jelingan tahap maut kepada suaminya. Bukan hendak ditanya kenapa malam ini moodnya tiba-tiba berubah. Boleh pulak dia lebih pedulikan harga ikan tu.

            Rizal menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kenapa pulak dengan bini aku ni? Datang bulan ke? Pagi tadi aku tengok okey je.

            “Oh, sekarang mengungkit pulak? Lantak ar, lain kali Rina beli pakai duit sendiri!” bentak Khai sambil mengacau lauk di atas dapur dengan lajunya.

            Terkedu Rizal. Rupa Khai bila mengamuk sungguh menakutkan. Itu dia sudah tahu tapi dia tidak tahu kenapa tiba-tiba Khai marah-marah malam ini. Suami baru balik mencari rezeki bukannya hendak disambut baik-baik, malah disambut dengan muka Mommy Monster.

            “Rina kenapa tiba-tiba nak marah ni? Abang ada buat salah apa? Tak nak bagitahu masalah tiba-tiba nak ajak gaduh, apahal ni?” Rizal juga sudah mula hilang sabar.

            “Ibu... abah...” Satu suara halus di pintu dapur membuat Khai dan Rizal menoleh. Khairizal sedang merenung ibu bapanya dengan pandangan yang sayu.

            Untuk seketika, Khai dan Rizal baru tersedar. Kenapa pula malam ini tiba-tiba mereka bergaduh? Di depan anak-anak pulak tu.

            “Err... ibu dengan abah nampak tak seluar dalam Keri ada gambar Doraemon tu?” tanya Khairizal selamba sambil memandang ibu bapanya penuh mengharap.

            Erk...? Rizal tepuk dahi. Sangkanya Khairizal mendengar pergaduhan mereka dan mahu mereka berhenti bergaduh. Rupa-rupanya nak tanya pasal seluar dalam je. Potong stim betol. Tadi dengan penuh berdrama Khairizal memandang ibu bapanya, ingatkan... ingatkan... argh!

            “Mari Keri, biar ibu carikan.” Khai mengelap tangan yang basah dan terus keluar dari ruang dapur sambil memimpin tangan anaknya tanpa sedikitpun memandang Rizal.

            Rizal tergeleng-geleng sendiri. Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati kepala berasap. Karam Singh Hey Waley Waley melaporkan...

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

2 comments:

Unknown said...

Hahaha....khai dh marah.....habis la....sala paham punye pasa..

Eddayu said...

Alamak... gunung berapi nk meletop tue.. cabuttt..
ermm betoi ke Fida nie nk berkawan je dgn Rizal??? cm pelik jerrr..