Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Tuesday, October 23, 2012

Amar Farish 16

 Farish sedikit tertanya-tanya. Kenapa agaknya mama menelefon dan menyuruhnya pulang ke Villa Sharif semasa waktu makan tengah hari. Dia ada meeting jam 2 petang tapi bila mendengar suara serius Datin Aliah di corong telefon, terpaksalah dia pulang juga.

            Sebaik sampai di perkarangan rumah, dia sudah terpandangkan sebuah kereta Mercedes berwarna silver diparkir diluar pagar rumahnya. Dia kenal kereta itu, kereta milik Dato’ Rosli, ayah Syazreen.

            Ketika dia baru melintasi ruang tamu, dia lihat mama dan papanya duduk berbincang dengan ibu bapa Syazreen, iaitu Dato’ Rosli dan Datin Zabedah. Syazreen yang duduk agak tersorok kelihatan sedang menangis teresak-esak. Farish yakin, pasti mamanya sudah memberitahu ibu bapa Syazreen yang dia tidak mahu melangsungkan pertunangan dengan si gedik itu.

            “Rich, mari duduk sini,” ujar Dato’ Sharif sebaik melihat Farish.

            Farish tidak banyak soal. Terus dia mengambil tempat duduk di sebelah papanya. Dia buat-buat tak nampak bila Datin Zabedah menjeling tajam ke arahnya. Biarlah, selagi boleh pandang, pandang jelah.

            “Rich, Rich ada bagitahu mama yang Rich tak nak bertunang dengan Syazreen, betul ke?” soal Dato’ Sharif tenang.

            Farish meneguk liur. Dia memandang mamanya yang duduk di sofa sebelah kirinya. Datin Aliah membalas pandangannya tanpa berkata apa-apa. Farish menunduk, dan kemudian mengangguk.

            “Macam mana ni, Dato’? Saya betul-betul tak boleh terima. Boleh Dato’ biarkan anak Dato’ ni mempermainkan perasaan anak orang lain? Kesian Syazreen, tiap-tiap malam dia menangis,” luah Datin Zabedah tidak puas hati.

            Farish mengetap bibir. Dia menjeling tajam ke arah Syazreen yang masih mengeluarkan air mata palsunya. Haish… ingat ke dalam drama je ada perempuan plastik macam ni. Syazreen… Syazreen… kau memang pandai berlakon.

            “Sabar dulu, Cik Bedah oii… biarlah budak tu jelaskan sendiri kenapa dia buat macam ni. Awak ni kepoh betul. Tak pernah belajar ke adat-adat bertandang ke rumah orang?” tegur Dato’ Rosli.

            Datin Zabedah menarik muncung sedepa.

            “Tak nak cakap apa-apa ke, Farish?” Soalan dari Dato’ Sharif yang datang secara tiba-tiba itu membuat Farish sedikit tersentak. Dia cuba menyusun ayat agar tidak menyakiti hati sesiapa.

            “Macam nilah…” Farish mula bersuara. “Tolong jawab dengan sejujurnya, siapa dulu yang mulakan usul untuk tunangkan saya dengan Syazreen?”

            Masing-masing terdiam. Dato’ Rosli dan Datin Zabedah saling berpandangan. Kemudian memandang anak mereka.

            “Syazreen cakap kamu dengan dia dah bercinta sejak zaman sekolah lagi. Bila kamu pergi oversea, Syazreen cakap kamu dan dia sama-sama setuju nak bertunang. Sebab tu dia sanggup tunggu kamu sampai kamu habis belajar.”

            Farish ternganga mendengar cerita Dato’ Rosli itu. Dia akui memang dia satu sekolah dengan Syazreen tapi bila masa pula mereka pernah bercinta?

            “Syazreen, betul ke you cakap macam tu dekat parents you?” soal Farish memanah tepat ke arah Syazreen yang mulai tidak senang duduk.

            “Rich, I tahu you memang suka I sejak zaman sekolah lagi. You selalu ada dengan I sebab I keseorangan kat sekolah. I takde kawan.”

            Hampir saja Farish meletuskan tawanya. Hanya kerana dia selalu menemani Syazreen semasa zaman sekolah, Syazreen menganggap mereka sebagai pasangan kekasih? Syazreen sudah salah faham. Dia selalu menemani Syazreen bukan kerana sukakan gadis itu, tapi dia kasihan melihat gadis itu dipulaukan dan tiada kawan di sekolah. Yalah, siapa suka berkawan dengan si gedik yang perasan bagus dan suka berlagak kaya itu? Farish sendiri bukannya suka berkawan dengan Syazreen, dia cuma kasihan. Itu sahaja.

            “Uncle, aunty, saya minta maaf. Selama ni saya diam je bukan sebab saya setuju dengan pertunangan ni tapi saya diam sebab saya tak ambil serius. Yalah, saya bukannya percaya sangat bila si Syazreen ni bercakap,” ujar Farish selamba badak tanpa menghiraukan Syazreen yang mulai menunjukkan riak tidak puas hati.

            Melihat Dato’ Rosli dan Datin Zabedah belum memberi respons, Farish menyambung lagi, “Saya rasa Syazreen dah salah faham selama ni. Kitorang tak pernah declare sebagai couple pun. Saya cuma kesiankan dia sebab dia tak ada kawan dekat sekolah.”

            “Oh, jadi sekarang anak aku pulak yang menipu?” sindir Datin Zabedah. Dato’ Rosli membeliakkan biji mata memandang isterinya.

            Dato’ Sharif dan Datin Aliah pula tidak mampu berkata apa-apa. Farish masih tenang.

            “Saya tak kata Syazreen menipu, Syazreen cuma salah faham. Biarlah saya jelaskan daripada dia terus salah faham. Saya minta maaf kalau saya ada lukakan hati Syazreen tapi saya betul-betul tak boleh terima Syazreen lebih dari seorang kawan. Kalau Syazreen nak berkawan dengan saya, saya tak ada masalah.”

            Syazreen mula mengesat air matanya dan bersuara, “Rich, tolonglah jangan buat I macam ni. I dah lima tahun tunggu you. Perasaan cinta boleh dipupuk. I tak nak kehilangan you.”

            Geli geleman Farish mendengar pujuk rayu Syazreen. Tidakkah gadis itu mempunyai perasaan malu terutama sekali dihadapan kedua orang tuanya? Kalau terus dilayan makin menjadi-jadi nanti.

            “Maaf, tapi saya sebenarnya sibuk. Pukul 2 nanti saya ada meeting dengan sebuah syarikat penerbitan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

            Farish terus bangkit dari tempat duduk dan bersalam dengan mama dan papanya. Kemudian Farish menghulurkan tangan kepada Dato’ Rosli. Dato’ Rosli bersalam dengan Farish seadanya manakala Datin Zabedah berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Farish tidak ada masa mahu melayan kerenah kebudak-budakan Datin Zabedah itu dan terus melangkah pergi.

            “Rich!” jerit Syazreen tiba-tiba. Dia bangkit dan berlari mendapatkan Farish yang sedang berdiri di muka pintu sambil memakai kasut.

            Dato’ Sharif, Datin Aliah, Dato’ Rosli dan Datin Zabedah tergamam seketika dengan perbuatan Syazreen yang tidak disangka-sangka itu. Tidak sangka sampai begitu sekali Syazreen tidak sanggup melepaskan Farish.

            “Rich, tolonglah fikir sekali lagi. Jangan buat macam ni. Kalau you kata you berkawan dengan I masa sekolah dulu sebab you kesiankan I, ok fine… I boleh terima, tapi tolonglah kesiankan I untuk kali ni. Kalau you berkawan dengan I atas dasar kesian, tak boleh ke you terima I atas dasar kesian jugak?”

            Farish tergeleng-geleng. Memang tak paham bahasa agaknya budak ni. Nak aku mencarut dengan perkataan-perkataan kuno kurun ke-7 dulu ke baru nak paham?

            “Please Syazreen, jangan rendahkan martabat you sebagai seorang perempuan. Ramai lagi lelaki dalam dunia ni. I memang tak boleh terima you lebih dari seorang kawan. Memang sejak akhir-akhir ni hubungan kita tak berapa baik. Kalau you nak kita boleh mulakan persahabatan kita dari awal, sama macam zaman sekolah dulu.”

            Syazreen mengetap bibir. Tidak! Dia tidak mahu menjadi kawan Farish! Dia mahu menjadi kekasih hati Farish.

            “You memang terlalu cintakan perempuan kampung tu ke sampaikan you dah tak nampak I lagi?” Soalan Syazreen itu bagaikan merentap tangkai jantung Farish.

            “I bagi you pilihan, bertunang dengan I atau I akan hancurkan hidup you!”

            “Syazreen!” Farish mula meninggikan suara.

            Syazreen tersenyum sinis. Aura jahatnya mula kelihatan. Tak dapat cara halus, dia akan guna cara kasar.

            “You ingat I takut dengan you? Dahlah, simpan aje ugutan you tu. I sibuk.” Dan Farish terus melangkah pergi dari situ. Sudahlah, apa sangat si gedik tu boleh buat? Paling teruk pun menangis. Ceh!

            “Dahlah, Sya. Jom kita balik. Duduk sini pun menyakitkan hati. Orang dah tak nak buat apa dipaksa-paksa?” Entah bila Datin Zabedah muncul dari belakang. Dia menarik tangan anaknya.

            “Sudah ya, jangan nangis lagi. Mummy akan carikan calon suami untuk kamu. Lelaki yang lebih kacak dari si Farish tu, biar dia menyesal lepaskan kamu,”pujuk Datin Zabedah.

            Namun Syazreen hanya buat dengar tak dengar. Dia mengesat sisa-sisa air matanya. Kini dia tidak lagi menangis. Kata-kata yang keluar dari mulut Farish itu sudah cukup mengesahkan bahawa lelaki itu tidak akan sesekali menerimanya. Pujuklah macam mana pun, Farish akan tetap dengan keputusannya.

            Dan pada hari itu, dia bersumpah dalam hati Farish akan menerima akibatnya!

******************
Zahra memandang Farish yang berjalan mendekatinya dengan perasaan laksana dihempap kereta kebal. Naik kematu kakinya berdiri di lobi. Dia mengerling jam tangannya. Huh, Farish lewat 15 minit!

            “Jom pergi,”ujar Farish sambil terus berjalan pergi, seolah-olah Zahra tidak wujud di situ.

            “Amboi… amboi… sedapnya bahasa kau. Woi rumpai laut, kau ingat aku ni anak patung supermarket ke? Dah lewat tak reti-reti nak mintak maaf?”

            Langkah Farish terhenti. Dia berpaling memandang Zahra dan memandang jam tangannya.

            “Lewat sikit je. Marilah, aku ada benda nak cakap dengan kau.”

            Farish terus berjalan pergi dengan langkah yang teratur. Zahra agak pelik di situ. Biasanya Farish akan membalas balik dengan ayat yang boleh tahan kurang ajar dan selepas itu mereka akan bergaduh. Tapi kali ini boleh pulak dia buat bodoh je bila Zahra marah-marah.

            Zahra mendengus dan terus mengekori langkah Farish. Ketika mereka keluar dari bangunan Media Art &Craft, Farish berpaling semula memandang Zahra. Cepat-cepat Zahra membrek. Duh, nasib baik tak kemalangan.

            “Kau tunggu sini kejap, aku pergi ambil kereta.”

            “Eh, nanti dulu. Kau nak bawak aku pergi mana ni?” soal Zahra penasaran.

            “Aku ada benda nak cakap. And one more thing, perut aku dah laparlah. Dari petang tadi aku tak makan, kita pergi makan dulu,” jawab Farish selamba dan melemparkan senyuman kepada Zahra.

            Zahra sedikit tergamam. Nak ajak dinner ke ni? Tapi yang lebih membuatkan dia pelik, Farish tersenyum kepadanya. Farish senyum! Sebelum ini Zahra tak heran sebab dia sudah banyak kali menerima senyuman mengejek, sinis, perli dan seangkatan dengannya daripada si rumpai laut itu. Tapi untuk pertama kalinya Farish melemparkan senyuman manis yang kelihatannya tidak mempunyai agenda tersembunyi. Pelik!

            Huh, macam ada something wrong je. Ke sengaja nak kenakan aku ni? Tengoklah rumpai laut, kalau kau buat wakenabeb kat aku, aku karate tengkuk kau!

********************

Berdua-duaan di dalam kereta bersama Farish buat Zahra terasa sedikit canggung. Apa kena agaknya rumpai laut ni? Murah hati bebenar hari ni pelawa Zahra dinner. Bukan mereka musuh ketat ke?

            Zahra merenung profil Farish dari tepi. Hidungnya mancung macam mat saleh. Walaupun dia cuba menafikan tapi dia harus akui, Farish memang seorang lelaki yang kacak. Rambut ikal lelaki itu menambahkan lagi kekacakannya. Zahra seorang yang rabun menggelar rambut ikal itu sebagai rumpai laut.

            Tapi Zahra agak pelik. Hari ini Farish nampak lain. Dia jarang tersenyum dan kelihatan lebih tenang. Takkanlah dah jadi matured kot.

            “Tak puas-puas lagi ke tenung aku?” Zahra tersentak. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Alamak, Farish sedar aku tenung dia dari tadi!

            Farish tersenyum tepi. Walaupun dia tidak berpaling memandang Zahra, tapi dia perasan gadis itu memandangnya dari tadi melalui ekor matanya.

            “Eh, mana ada. Perasan la kau ni. Aku pandang pemandangan luar tingkap belah sana tu.” Zahra tak tahu menjadi ke tidak ayat covernya, bantai ajelah.

            Farish tertawa kecil dan membalas, “Lantak kaulah. Tapi kalau kau tenung pun aku tak kesah. Memang aku ni handsome.”

            Zahra mencebik. Farish kemudian meraba-raba bawah seatnya dan mengambil kamera digital yang disimpan di bawah seat tersebut.

            “Ni, aku nak pulangkan DSLR kawan kau, si Jue tu. Aku dah tengok-tengok, salah setting je. Tak ada rosak apa-apa pun.”

            Zahra diam. Dia menyambut kamera digital itu tanpa berkata apa-apa. Hairan, dah lebih seminggu berlalu baru nak pulangkan. Kesian si Jue tu terpaksa meminjam kamera dari kawan-kawannya yang lain. Jue memang segan nak minta kameranya semula, sebab itu dia minta bantuan Zahra. Tapi kalau tak rosak, Farish buat apa simpan lama sangat?

            “Weh, ada satu benda yang aku curious. Kalau kamera ni tak rosak, kenapa…”

            Belum sempat Zahra menyuarakan ke‘curious’annya, telefon bimbit Farish berdering. Segera Farish mengangkat telefonnya tanpa memandang nama pemanggil yang tertera di skrin.

            “Hello.”

            “Farish…” Suara esakan di hujung talian membuat Farish tergamam seketika. Alamak, siapa pulak menangis malam-malam ni?

            “Hello, siapa ni?”

            “Rich, I ni… Syazreen…”

            Adoi, minah ni lagi. Memang tak paham bahasa.

            “Rich, you tak nak kahwin dengan I, kan? Okey fine, I terima. Tapi I akan pastikan you menyesal seumur hidup.” Suara yang tadinya teresak-esak tiba-tiba bertukar garang. Farish pelik, mental ke apa budak ni?

            “Dahlah ek, I takde masa nak layan you. I busy sekarang. Kalau dah rasa diri tu tak betul, pergi selam kepala dalam kolah mandi,” bidas Farish selamba.

            Zahra angkat kening. Farish cakap dengan siapa?

            “You memang kejam, Farish. Tak apa, esok you tunggu aje berita kematian I keluar dalam surat khabar.”

            Farish mengerutkan dahi. “Eh, apa you cakap ni? Dah gila?”

            “Memang I dah gila! You yang buat I gila!” pekik Syazreen. “I sekarang ada kat hotel. You tahu hotel tempat I selalu menginap, kan? I duduk tepi balkoni. Bila-bila masa aje I boleh terjun…”

            “Ya Allah, Syazreen jangan buat macam ni. Okey, okey, you nak I buat apa?” Tiba-tiba Farish menjadi takut. Kalaulah Syazreen betul-betul bunuh diri kerana tidak boleh berkahwin dengannya, memang dia akan merasa bersalah seumur hidup.

            “I nak you datang bilik I sekarang…” ujar Syazreen tersedu-sedu. Kemudian dia memberitahu nombor bilik hotelnya dan menggesa Farish untuk datang dengan segera.

            Farish mengeluh. Dia memandang Zahra. Aduh, time nak keluar ni lah ada halangan. Alah, tak pelah. Aku minta maaf nanti je. Walaupun Syazreen tu otak macam kura-kura sikit, tapi dia masih manusia. Aku tak naklah dia mati katak. Straight masuk neraka nanti.

            “Yelah, yelah, I pergi sekarang. Tunggu I, jangan buat apa-apa!” ujar Farish dan terus mematikan talian.

            Dia membuat pusingan U-turn menghala ke hotel tempat Syazreen menginap. Dia tahu Syazreen suka tidur di hotel. Minah gedik tu poyo, tak nak tinggal dengan parents tapi bila tak ada duit, duit parents jugak yang dikikis.

            “Weh, apahal pusing ni? Nak pergi mana?” soal Zahra.

            “Err… sorry, tiba-tiba ada masalah. Kawan aku, err… Syazreen tu. Dia telefon aku, nangis-nangis sambil ugut nak bunuh diri.”

            Zahra tercengang. Fuh dasat ni. Kot ya pun ada masalah, buat apa ambil jalan pintas nak bunuh diri? Mainlah game Counter Strike ke, main Farmville kat Facebook ke, boleh jugak lupakan masalah tu. Tapi nanti, kenapa Farish kata Syazreen tu kawan dia? Bukan tunang ke?

            “Sorry aku susahkan kau. Nak hantar kau balik pun dah tak sempat. Aku takut dia buat apa-apa. Otak dia tu bukan betul sangat,” ujar Farish lagi.

            Zahra mengangguk. “Okey, aku tak kisah pun.”

            Dia memandang Farish. Wajah lelaki itu jelas nampak risau. Hmm… risau sangat jadi apa-apa kat tunang dia. Tak pasal-pasal aku terlibat sama.

            Beberapa minit kemudian mereka tiba di hotel yang dimaksudkan. Farish pantas berlari menaiki lif. Zahra mengekorinya dari belakang.

            “Syazreen! Syazreen! Bukak pintu ni!” Farish mengetuk pintu bilik Syazreen bertalu-talu. Namun tiada jawapan.

            Farish mengetuk pintu dengan lebih kuat. Zahra tergeleng-geleng. Mengganggu ketenteraman awam sungguh. Dia cuba menguak daun pintu dan rupa-rupanya, pintu tersebut tidak berkunci.

            “Yang kau ni kecoh sangat kenapa? Pintu tak kunci pun,” bidas Zahra selamba.

            Farish buat-buat tak dengar dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

            “Syazreen, you kat mana?!” jeritnya.

            Zahra tergeleng-geleng. Apahal suka sangat menjerit mamat ni?

            Tidak lama kemudian, Syazreen muncul dari bilik air. Dia tersenyum riang dengan kedatangan Farish. Tahap kepelikan Farish dah sampai ke petala ke lapan. Tadi kata nak bunuh diri? Dah sampai, tengok elok aja. Tapi Syazreen masih memakai baju petang tadi. Tak reti-reti nak mandi ke budak ni? Takkan itu pun kena ajar?

            “Syazreen, you…”

            “Terkejut, kan? You ingat I betul-betul nak bunuh diri ke?” Syazreen ketawa. Namun tawanya mati tiba-tiba apabila terpandang Zahra yang berdiri tidak jauh dari situ. Gadis itu sedang leka menatap lukisan-lukisan yang tergantung di dinding bilik itu tanpa ada rasa minat untuk masuk campur masalah peribadi mereka.

            “Farish, kenapa you bawak perempuan ni?” Syazreen naik angin tiba-tiba.

            Zahra berpaling memandang Syazreen dengan muka tak bersalahnya.

            “Eh, kau jadi ke tak nak bunuh diri?” Selamba dia bertanya.

            Merah padam muka Syazreen. Sangkanya Farish akan datang berseorangan. Sejak bila pula Farish keluar dating dengan Zahra?

            “You memang dah melampau, Farish! You memang langsung tak boleh nak berenggang dengan perempuan kampung ni ke?!” herdiknya sekuat-kuat hati.

            Zahra masih buat bodoh.

            “Syazreen, you jangan nak main-main dengan I. You ingat I ni takde kerja lain ke selain nak melayan kerenah you? Kalau tak ada apa-apa lagi, I nak balik. Jangan berani muncul depan I lagi kalau tak nak muka you pecah, paham?”

            Syazreen tergamam mendengar ugutan Farish itu.  Farish memang sedang cuba menahan kemarahannya. Dia punyalah risau dengan keselamatan Syazreen, alih-alih dia hanya dipermainkan.

            Baru Farish ingin melangkah pergi, Syazreen bersuara lagi, “Pergilah! Pergi! Sekali you melangkah pergi dari sini, I akan buat perempuan kampung tu menyesal!”

            Zahra ternganga. Farish memalingkan wajahnya memandang Syazreen. Mukanya sudah merah bagaikan hendak meletup. Syazreen memang melampau!

            “Hei, perempuan sewel! Kau tak payah memandai-mandai nak libatkan Zahra dalam hal ni. Kalau kau tak puas hati, jumpa aku jelah. Kenapa nak libatkan orang lain?” Farish sudah mula menggunakan bahasa aku, kau. Dia sudah malas mahu berlembut.

            Syazreen tersenyum sinis. Ada air jernih bertakung di matanya.

            “You bela dia sampai macam ni sekali, Rich? Apa ada pada dia, hah? Apa kurangnya I? Hei, perempuan kampung! Apa yang kau dah buat pada Rich? Kau dah basuh otak dia ek? Kau memang dasar perempuan tak sedar diri! Agaknya dah memang dasar keturunan kau ek? Mesti mak kau lagi teruk!”

            Merah padam muka Zahra. Kali ini Syazreen memang melampau. Dia dapat menerima penghinaan yang dilempar kepadanya, tapi dia tidak rela keturunannya turut dihina, terutama sekali ibunya.

            “Agaknya kau memang dah puas hidup, ek?” Zahra menyinsing kedua-dua belah lengan bajunya dan melangkah mendekati Syazreen.

            Belum sempat Zahra menerkam gadis bermulut lancang itu, cepat Farish menarik bahu Zahra. Dia bukannya takut Syazreen masuk hospital akibat dicederakan oleh Zahra tapi dia takut Zahra masuk lokap kalau Syazreen buat laporan polis.

            “Lepaskan aku, biar aku pecahkan muka perempuan ni!” Zahra meronta-meronta tapi Farish mencengkam bahunya lebih kuat.     Farish memalingkan tubuh Zahra supaya menghadapnya.

            “Sabar dulu, Ara. Jangan selesaikan masalah dengan cara kekerasan,” pujuknya. Kemudian dia memandang Syazreen yang sudah kelihatan sedikit takut. Mana tidaknya, Zahra hampir menerkam mukanya tadi. Nasib baik Farish sempat menghalang.

            “Syazreen, minta maaf sekarang!”

            Syazreen mengerutkan kening. Permintaan Farish dianggapnya perkara yang tidak munasabah. Minta maaf? Tolong!

            “Apa you cakap? You nak I minta maaf?”

            “Minta maaf pada Zahra sebab menghina dia tadi!” tekan Farish sekali lagi.

            Syazreen ketawa. “You jangan nak buat lawak, Farish. Perempuan low class macam ni…eeii… jijik I tau?”

            Zahra sudah hilang sabar mendengarnya. Dia benar-benar ingin mencakar muka Syazreen kali ini. Tangannya yang hampir mengenai muka Syazreen pantas ditarik oleh Farish.

            “Syazreen, you tak takut ke muka you tu ada parut? Lebih baik you minta maaf sebelum I lepaskan tangan Zahra dan biarkan dia cakar muka you sampai hancur?” ugut Farish. Dia sendiri tidak pasti apa yang tidak kena pada dirinya, tapi dia tidak suka Zahra dihina seperti itu.

            Syazreen meneguk liur. Sedikit sebanyak dia takut dengan ugutan Farish itu, tapi dia tidak rela minta maaf pada gadis kolot seperti Zahra. Jatuh martabatnya nanti.

            “I tak nak perempuan ni ada dalam bilik I. Bawa dia pergi sekarang!” Kali ini Syazreen menghalau pula. Lebih baik Farish bawa Zahra pergi daripada dia terpaksa minta maaf.

            “Tidak selagi you tak minta maaf!” tegas Farish.

            Syazreen melarikan anak matanya dari memandang Zahra yang sudah mulai ingin bertukar menjadi The Hulk.

            “Fine, kalau you tak bawa dia keluar, I sendiri akan panggil guard untuk halau dia!” balasnya dan terus meluru keluar dari bilik hotelnya sendiri untuk memanggil pengawal keselamatan.

            Sebaik dia keluar, dia menghempas pintu sekuat-kuat hati. Tinggal Farish dan Zahra berdua sahaja di dalam bilik itu. Segera Zahra menepis tangan Farish yang masih menggenggam tangannya.

            “Tak berbaloi kita bergaduh dengan perempuan macam tu. Dahlah, dia tak nak minta maaf sudah. Aku nak balik,” ujarnya lemah.

            Dia ingin melangkah pergi tapi Farish memegang bahunya.

            “Kau sanggup biarkan macam tu je walaupun dia dah hina mak kau?”

            Zahra mengetap bibir. “Aku belum maafkan dia, tapi kita kena jugak keluar dari sini. Aku dah dihina, aku tak nak dicampak keluar oleh guard pulak.”

            “Oh, betul jugak tu. Jomlah keluar.” Buat pertama kalinya, senyuman Farish begitu menenangkan hati Zahra. Pelik betul, Farish mati-matian mahu membelanya tadi.

            Tidak sampai beberapa langkah mereka berjalan, pintu bilik itu diketuk. Farish dan Zahra saling berpandangan. Aik, takkanlah Syazreen ketuk pintu bilik sendiri?

            Farish segera melangkah ke muka pintu dan Zahra mengekorinya dari belakang. Sebaik daun pintu dikuak, ternganga Farish memandang empat orang lelaki berjubah dan memakai kopiah tercegat di depan pintu.

            “Assalamualaikum.” Salah seorang daripada lelaki itu memberi salam.

            “Waalaikumussalam.” Serentak Zahra dan Farish menjawab. Mereka agak bingung. Siapa lelaki-lelaki itu?

            “Maaf, kami dari Jabatan Agama Islam. Kami ada terima laporan awak bawa masuk perempuan bukan muhrim ke dalam bilik hotel ni tapi kalau awak ada pertalian muhrim dengan perempuan ni, sila tunjukkan buktinya.”

            Zahra dan Farish sudah saling berpandangan. Mereka bagaikan sudah kehilangan kata-kata.

            “Awak berdua je ke ada dalam bilik ni?”

            Longlai kaki Zahra mendengar pertanyaan itu.

            “Ma… maaf encik, encik dah salah faham. Kami tak buat apa-apa. Kami baru je masuk beberapa minit lepas. Itupun sebab nak jumpa kawan kami yang menginap kat sini.” Zahra cuba menerangkan dengan wajah yang sudah pucat.

            Keempat-empat lelaki tersebut seperti enggan menerima penerangannya. Sinis mereka memandang gadis itu.

            “Oh ye ke? Kalau macam tu, mana kawan lagi sorang? Lelaki ke perempuan?” sampuk lelaki berkopiah itu dengan sinis.

            Beberapa titis air mata gugur ke pipi Zahra. Farish serba-salah melihat Zahra yang sudah menangis.

            “Encik, tolonglah percayakan kami. Kami tak buat apa-apa. Tengok, kami masih berpakaian lengkap, pakaian kami tak mendatangkan keraguan. Kawan kami keluar sekejap tadi, encik boleh dapatkan penjelasan daripada dia!” Bersungguh-sungguh Farish cuba menerangkan.

            “Tak kisahlah kamu berdua berpakaian lengkap atau sebaliknya. Pokoknya di sini kamu berdua duduk berdua-duaan di dalam bilik hotel. Agaknya kalau kami sampai lewat sikit, kamu berdua dah sempat pun buat…”

            Kata-kata lelaki berkopiah itu tergantung di situ. Zahra sudah menangis teresak-esak. Sungguh dia tidak dapat menerima penghinaan sebegitu rupa. Wajah mak dan ayah yang berada di kampung bermain di mata. Apa perasaan mereka kalau mereka tahu satu-satunya anak mereka ditangkap khalwat? Ya Allah, dia tidak sanggup!

            Farish hanya mampu meneguk liur. Saat itu dia sedar, walau apa pun cara mereka untuk menerangkan hal yang sebenar, semua itu sia-sia sahaja. Empat orang lelaki tersebut sudah membuat andaian sendiri.

            “Ikut kami sekarang, kami perlu ambil kenyataan awak berdua.”

            Akhirnya mereka akur. Mereka mengekori lelaki-lelaki tersebut menuju ke lif. Syazreen yang baru ingin naik ke biliknya bersama dua orang pengawal keselamatan terkejut melihat Farish dan Zahra turun diiringi empat orang lelaki berkopiah dan berjubah.

            Cepat Syazreen bersembunyi di sebalik tiang. Takut Farish dan Zahra nampak, nanti tak pasal-pasal dia terlibat sama. Dua orang pengawal keselamatan tadi bingung melihat Syazreen yang tiba-tiba menyorok.

            Itu mesti orang-orang dari jabatan agama, detik hatinya.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Sunday, October 21, 2012

Amar Farish 15

“Macam mana, Rudy? Dah fikirkan tentang tawaran uncle tu?” soal Dato’ Sharif.

            Rudy masih diam. Kemudian dia meneguk kopi panasnya yang disediakan oleh setiausaha Dato’ Sharif sebentar tadi. Dia tidak tahu mahu memberi jawapan ya atau tidak kerana dia merasa dia belum layak memegang jawatan setinggi itu.

            “Rudy, dari minggu lepas lagi babah suruh fikir. Takkanlah sampai sekarang belum ada jawapannya.” Giliran En.Suhaimi Seth pula menyampuk.

            “Tak tahulah, babah, uncle. Rudy rasa Rudy tak patut pegang jawatan tu sebab Rudy muda lagi. Biarlah Rudy dengan jawatan sekarang,”putus Rudy.

            Sebenarnya sudah agak lama En.Suhaimi Seth menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif bahagian Kumpulan Percetakan dan mahu anaknya, Rudy yang mengambil posisi itu. Namun Rudy masih berdolak-dalih dan katanya dia tidak layak memegang jawatan setinggi itu pada usia yang muda. Dia masih mahu memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang.

            En.Suhaimi Seth menyangka, selepas diberi waktu seminggu untuk berfikir Rudy akan memberi jawapan positif. Kerana itu hari ini dia mengajak Rudy dan Dato’ Sharif berbincang tetapi Rudy tetap dengan keputusannya.

            En.Suhaimi Seth mengeluh. “Rudy, babah ni bukannya muda lagi. Babah dah penat bekerja, berilah abah bercuti pula. Biar tenaga-tenaga muda yang terajui syarikat ni.”

            Perasaan Rudy berbelah bagi. Patutkah dia menerima sahaja tawaran itu?

            “Macam ni jelah Suhaimi, beri jelah anak kamu peluang untuk berfikir sekali lagi. Untuk memegang jawatan sebesar ni, dia memang perlu berfikir semasak-masaknya,” kata Dato’ Sharif kemudiannya.

            En.Suhaimi Seth hanya mampu mengangguk, sementara Rudy sudah melebarkan senyuman seluas mungkin.

********************
Ternganga. Itu interpretasi paling tepat yang boleh menggambarkan perasaan Zahra sekarang. Tak ada angin tak ada ribut, Farish tinggalkan nota di mejanya pagi itu.

            AKU ADA SOMETHING NAK CAKAP. AKU NAK JUMPA KAU MALAM NI PUKUL 8.30. TUNGGU AKU KAT LOBI                                                            -Farish

            Itu ayat yang tertulis di atas nota tersebut. Ada apa agaknya? Sudahlah lima hari lepas dia ditengking, selepas itu Farish sering mengelak daripada bertembung dengannya dan hari ini tiba-tiba Farish mahu bertemunya semula. Macam ada yang tak kena je.

            “Untunglah orang tu, big boss nak jumpa dia.” Usikan Jue membuat Zahra berpaling 90 darjah ke kanan. Zahra tersengih sinis.

            “Hmm…untunglah sangat. Entah-entah dia nak jumpa aku sebab nak marah aku lagi.”

            Jue mencebik. “Ara, kau terasa lagi ke En.Farish tu tengking kau?”

            Zahra diam. Sejujurnya dia memang terasa, tapi bila difikir-fikirkan semula, memang dia yang bersalah. Dia tidak melayan Farish sebagai seorang ketua dan dia tahu Farish sendiri sudah banyak bersabar dengannya.

            “Tak adalah, memang aku pun yang salah. Takkan aku nak terasa pulak.” Zahra tersenyum.

            “Tapi kan Ara, aku hairan jugak kenapa kau berani sangat dengan En.Farish tu,” ujar Jue lagi dan memandang wajah Zahra. Zahra tidak memberikan respons.

            “Ara, apa kata kau jujur je dengan aku. Sebelum ni semua masalah pun kau boleh kongsi dengan aku, kan? Kau… kau suka En.Farish ek?”

            Tergamam Zahra dengan soalan yang tidak diduga itu. Apa yang dia harus jawab? Suka? Alah…semua perempuan pun sukakan kasanova brazil kuno tu. Aku tak nak jadi salah seorang mangsa dia!

            “Jue… aku…”

            “Ara.”

            Ayat Zahra mati di situ apabila tubuh Rudy sudah tercegat di hadapan mejanya. Jue pura-pura meneruskan kerjanya. Zahra mendongak dan memberikan senyuman paling manis kepada lelaki kacak kacukan melayu-cina itu.

            “Awak busy ke?” Rudy menegur ramah.

            “Ha ‘ah, banyak jugaklah. Kena taip beberapa artikel. Ada apa, En.Rudy?”

            “Oh, macam ni. Tengah hari ni boleh temankan saya lunch? Kebetulan Farish ada meeting so saya tak ada teman.”

            Zahra sudah tidak terkata apa-apa. Dia memandang Jue. Jue juga curi-curi jeling ke arahnya.

            “Err… sorrylah, En.Rudy. Tak boleh, nanti Jue makan sorang-sorang.”

            “Oh, kalau macam tu ajaklah Jue sekali. Kita makan bertiga.” Rudy masih belum mahu mengalah.

            “Eh, tak apalah En.Rudy. Encik keluar jelah dengan Zahra. Saya pun banyak kerja, lepas ni nak pergi makan dengan Fara je.”

            Zahra menjegilkan mata mendengar jawapan Jue itu. Jue, kau memang sengaja nak kenakan aku!

            “Dengar tu, Ara? Temankan saya makan ek? Saya tunggu awak nanti.” Dan Rudy terus berlalu dengan wajah yang cukup ceria. Dia memang jenis suka tersenyum, kerana itu semua staf menyenanginya. Berlainan dengan Farish, selain cara percakapannnya kasar dan tidak berlapik, dia juga jarang tersenyum dihadapan staf-staf. Itu membuatkan dia kelihatan sombong.

            “Wei Jue! Kenapa kau cakap macam tu dekat En.Rudy? Aku terpaksa makan dengan dia tengah hari ni, tau tak?”

            Jue hanya ketawa mengekek apabila Zahra memarahinya.

            “Aku cuma menolong, Ara. Lagipun, En.Rudy tu not bad. Dari gayanya, aku tahu dia sukakan kau. Cubalah buka hati kau untuk suka dia balik. Tak usah mimpikan mat saleh celup tu, tak ada maknanya.”

            Zahra mencebik dan menaip komputer dengan wajah masam. Bila masa pulak aku pernah bermimpi untuk bersama dengan mat saleh sesat rambut macam rumpai laut tu? Tak hinginlah aku! Rudy pun aku tak hingin!

***************
Zahra tak senang duduk. Konsentrasinya mahu mengunyah nasi lauk gulai dihadapannya terganggu kerana dari tadi Rudy asyik merenung dirinya. Haish… mamat ni, inilah antara salah satu sebab kenapa aku tak nak keluar makan dengan dia.

            Zahra cuba untuk tidak mempedulikan renungan Rudy dan mengalihkan pandangannya ke arah orang ramai yang mengunjungi Restoran Kari Kepala Ikan itu. Kerana dari tadi kepalanya memang tidak duduk setempat, sesekali sudu di tangannya tersalah suap ke hidung.

            Rudy tergelak kecil. Nasib baik dia seorang perasan Zahra tersilap menyuap makanan ke hidung. Hujung hidung Zahra melekat dengan lauk gulai. Cepat Rudy mengambil sehelai tisu dan mengesat hidung Zahra. Tergamam seketika Zahra dengan perbuatan lelaki itu.

            “Dah bersih. Lain kali makan hati-hati, jangan makan macam budak umur lima tahun,” tegur Rudy.

            Zahra tersengih macam kerang rebus. Dia sedar yang dia memang agak kebudak-budakan. Kalau makan pun dia akan makan dengan rakusnya tanpa mempedulikan manusia sekeliling. Kadang-kadang dia ada juga terfikir, apakah Rudy tidak malu keluar bersama perempuan sepertinya?

            Sepanjang dia mengenali Rudy, dia sudah membaca segala perwatakan lelaki itu. Rudy bukan sahaja kacak, tetapi juga baik hati dan murah dengan senyuman. Kalau bengang dengan sesuatu perkara pun, Rudy masih boleh bertenang dan menyelesaikannya secara matang. Pendek kata, memang gaya seorang lelaki cool yang mampu mencairkan hati semua wanita. Cewah!

            “Ara, kenapa awak tenung saya pulak?”

            Zahra sedikit tersentak. Wajahnya mula merona merah apabila Rudy memandangnya tanpa berkelip. Dia baru tersedar yang dia sempat merenung wajah Rudy untuk beberapa saat kerana asyik menelaah karakter lelaki itu.

            “Err… saja, habis tadi En.Rudy asyik tenung saya je. Saya tenunglah encik balik.” Zahra meluahkan ayat cover sambil malu-malu unta.

            Rudy meletuskan tawanya. Dia sendiri malu kerana Zahra sedar dia asyik merenung gadis itu dari tadi. Entah kenapa dengan dirinya sejak akhir-akhir ini. Kalau boleh dia ingin selalu menatap wajah Zahra, setiap masa dan ketika.

            “Ara, saya…” Rudy teragak-agak untuk meneruskan bicaranya.

            “Saya tahu ini bukan masa yang tepat tapi awak dah ada jawapan ke tentang apa yang saya cakap hari tu?” Akhirnya terkeluar juga soalan itu dari mulut Rudy. Sudah lama dia menanti dan Zahra pun buat-buat tak reti, sebab itu dia menyuarakan hasratnya sekali lagi.

            Zahra pura-pura memandang ke arah lain. Kalau boleh dia nak biarkan soalan itu berlalu begitu sahaja. Dia faham tapi sengaja buat-buat bingung.

            “Zahratul Jannah, please look at me when I’m talking.” Ambik kau, sekali Rudy panggil nama penuh.

            Zahra pura-pura tersengih dan menggaru-garu kepala.

            “Sorrylah, En.Rudy. Saya ralit sangat perhati suasana restoran ni. Maklumlah, first time masuk restoran lawa macam ni.”

            Rudy tidak memberi respons terhadap dalih Zahra. Dia merenung Zahra tanpa berkelip dan akhirnya gadis itu berhenti memusingkan kepalanya ke arah setiap sudut restoran dan mula memberi perhatian kepada Rudy.

            “Ara, saya minta maaf sebab tak sempat nak sediakan apa-apa hadiah untuk awak. Akhir-akhir ni saya terlalu sibuk but I want you to know that I really love you.”

            Zahra tercengang. Dia seperti tidak mahu percaya apa yang baru didengarinya. Dia yakin dia bukan salah dengar sebab dia baru korek telinga malam semalam. Dan kalau dia korek telinga pakai kapal korek sekalipun, kenyataan itu tidak akan berubah. Rudy sekarang sedang melamarnya!

            “I love you the way you are. Not because you’re beautiful, not because you’re funny. I just… I don’t know, I think you’re different from the other girls that I knew before.”

            Zahra menunduk. Dia sendiri sebenarnya tidak yakin apakah Rudy benar-benar mahukannya. Cara Rudy confess macam tak berperasaan! Tak ada sebarang mimik muka ceria. Dia meluahkan setiap patah perkataan dengan intonasi suara yang mendatar dan serius. Mungkin kerana sifat cool semula jadi yang menjadikannya begitu. Atau dalam erti kata lain, control macho!

            “Saya serius, Zahratul Jannah. Mungkin cara saya agak membosankan tapi saya cuma jadi diri sendiri.”

            “Err… En.Rudy, saya…”

            “Tak perlu beri jawapan sekarang. Saya tak memaksa. Fikirlah dulu.” Potong Rudy. Segaris senyuman menghiasi wajahnya. Hai… mana-mana gadis yang melihat senyuman itu boleh jadi cair. Tapi Zahra pula…

            Zahra tidak menunggu lama. Pantas dia mengambil beg tangannya dan bangkit dari kerusi ketika Rudy baru ingin menikmati makanan tengah harinya.

            “Saya betul-betul minta maaf, En.Rudy. Bukan saya tak boleh temankan encik lebih lama tapi saya baru teringat masih ada artikel yang perlu saya siapkan. Saya kena hantar sebelum pukul dua. Saya pergi dulu.”

            Rudy hanya mengangguk. Apa lagi yang dia mampu lakukan selain mengeluh apabila melihat Zahra pergi meninggalkannya sendiri. Dia memandang nasi yang belum berusik di dalam pinggannya. Seleranya sudah hilang. Pinggan itu ditolak ke tepi.

*****************
Gila! Memang gila! Rudy suka aku? Aku ingat aku yang salah dengar masa kat Gunung Nuang hari tu. Macam mana aku nak cakap aku tak cinta dia, hah? Nak tolak kang kejam sangat nampaknya. Ke aku patut menghilangkan diri je? Tapi nanti kalau Rudy cari aku macam mana? Dahlah dia tahu kat mana rumah aku. Alamat kat kampung pun mungkin dia tahu!

            Zahra runsing memikirkan apa yang diluahkan Rudy kepadanya di restoran tadi. Dia melepaskan satu keluhan kecil dan bersandar di kerusi. Artikel yang belum disiapkan dibiar sepi.

            “Amacam lunch dengan En.Rudy tadi? Best?” Suara Jue memecah kebuntuan.

            Zahra memandang Jue dengan mata kuyu. Best? Bestlah sangat. Kalaulah dia tahu Rudy nak confess, pasti dia akan tolak pelawaan makan tengah hari itu. Tak pasal-pasal balik pejabat kena naik teksi.

            “Hmm… kau keluar makan dengan Fara ke tadi?” Zahra memesongkan topik perbualan.

            Jue mencemik dan menjeling tempat duduk Fara yang kosong. “Wartawan baru tu? Huh, entahlah aku. Tak pun, belum sempat aku nak ajak dia makan, tup-tup dah hilang. Pelik pulak aku dengan dia tu, sibuknya mengalahkan kita.”

            Zahra hanya buat dengar tak dengar cerita Jue itu. Fikirannya berselirat dengan benang-benang masalah. Apa nak buat? Salah dia jugak terlalu rapat dengan Rudy. Tapi sebenarnya bukan rapat sangat pun. Bukannya mereka pernah keluar berdating.

            “Ara.”

            “Hmm…”

            “Kau tak jawab lagi soalan aku tadi.”

            “Soalan apa?”

            “Macam mana keluar dengan En.Rudy tadi?”

            Zahra menyandar malas pada kerusi dan menggosok-gosok wajahnya. Lemas betul dia dengan semua ini.

            “Jue, tolonglah aku…”

            “Kenapa pulak ni? Sawan tenuk ke?” soal Jue sambil mengelip-ngelipkan matanya.

            “Rudy tu… dia… dia confess aku!”

            Jue ternganga. Dia memandang Zahra seperti memandang kambing yang berkata-kata dalam bahasa Uganda. Tapi tidak lama kemudian dia tersenyum pula.

            “See? Kan aku dah cakap, En.Rudy memang dah tangkap cintan dengan kau!”

            Zahra hanya diam dan memejamkan matanya. Jue pula tidak henti-henti tersengih, macam dia pula yang nak bercinta.

            “Haish… untungnya kau, Zahratul Jannah. Kalaulah aku dapat laki macam tu, memang aku tak cari lain dah. Muka Korean tuh!”

            Zahra tergeleng-geleng. Adoi, Jue… Jue… aku tahulah kau hantu K-pop. Walaupun Rudy handsome, tapi entahlah…

            “Terima ajalah, Ara. Bila wedding kau nanti aku dah cop nak jadi pengapit. Ahaks…”

            “Hmm… dahlah, Jue. Aku tak nak fikir apa-apa pasal tu. Aku kena siapkan banyak lagi artikel ni. Dah, dah, kita sambung cerita nanti.”

            Zahra kembali menumpukan perhatian kepada kerjanya. Namun benaknya masih teringatkan lamaran Rudy tadi. Kemudian dia terpandang nota yang ditinggalkan Farish tadi. Rudy… Farish… arghh! Dua-dua masalah!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Tuesday, October 9, 2012

Amar Farish 14

Farish bergolek-golek di atas katil. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nasib baik tak buat lipatan gimnastik berirama. Sesekali mulutnya menguap macam badak air yang berenang-renang tanpa memakai baju renang. Tapi di tangannya tergenggam kemas sekeping gambar. Gambar Zahra.

            Dia dapat gambar itu dari kamera DSLR Jue. Tempoh hari ketika Jue mengadu kameranya ada masalah semasa bercamping di Gunung Nuang, dia meminta untuk memeriksa kamera Jue. Tapi sambil itu dia sempat membelek gambar-gambar yang terdapat di dalam DSLR tersebut dan copy semua gambar yang didalamnya ada muka Zahra. Sekarang, gambar Zahra sedang berposing di sebelah pokok-pokok kayu ditenungnya.

            Melihatkan gambar itu, dia teringatkan Zahra. Sudah empat hari berlalu, selepas kejadian dia menengking Zahra secara tidak sengaja. Dia masih merasa bersalah, tapi terasa mukanya setebal konkrit kalau dia pergi meminta maaf. Jatuhlah egonya. Selama ini dia tidak pernah tunduk pada perempuan. Cuma perempuan yang akan tunduk dan mengikut arahannya.

            Zahra… Zahra… selain rupa, kau tak ada apa-apa. Nak kata kaya, jauh sekali. Kau bukan anak Dato’, bukan anak Tan Sri, tapi kenapa aku boleh teringatkan kau macam ni sekali? Ubat apa kau dah bagi kat aku ni? keluhnya sendiri.

            Tapi takkanlah aku nak berebut dengan Rudy kut. Hello, bergaduh sebab perempuan bukan cara aku, okey? Tapi betul ke aku memang ada hati pada Zahra? Kenapa aku ada hati kat dia pulak? Dia dah banyak sakitkan hati aku. Lagipun dia tak pandai bergaya, dia perempuan kampung!

            Sedang dia mengelamun, telinganya menangkap bunyi pintu biliknya dibuka dari luar. Pantas dia menyembunyikan gambar Zahra di bawah bantal. Datin Aliah masuk sambil menatang segelas susu. Melihatkan ibunya, Farish cepat-cepat bangkit dan duduk bersila di atas katil.

            “Mama tahu Rich belum tidur, sebab tu mama bawakan susu ni,”ujar Datin Aliah sambil duduk di sisi katil Farish.

            Farish mula buat muka bosan. “Ma, mama tahukan Rich tak suka minum susu.”

            “Tapi susu ni baik untuk kesihatan, Rich. Susu boleh bina tulang supaya tulang tak mudah reput,” balas Datin Aliah pula.

            “Ma, mama ingat Farish ni budak umur lima tahun ke? Rich dah nak masuk 25 tahun, susu untuk bina tulang ni untuk budak tadika!”

            Tertawa Datin Aliah mendengar hujah Farish. Walaupun Farish cuma anak angkat, tetapi dia dan suaminya memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak yang dibesarkannya dari kecil tapak tangan itu, hinggakan dia sendiri kadang kala terlupa bahawa Amar Farish sebenarnya bukanlah anak kandungnya.

            Sebenarnya, Farish sendiri tahu dia bukan anak kandung Dato’ Sharif. Dari umur enam tahun lagi dia sudah tahu. Semuanya bermula apabila kawan-kawannya sibuk bertanya kenapa namanya dibinkan dengan Abdullah dan bukan Sharif. Farish sendiri dapat menerima kenyataan itu tapi masih ada satu rahsia yang belum dia ketahui.

            Hingga kini dia menganggap Datin Aliah adalah ibu kandungnya kerana dari kecil Dato’ Sharif dan Datin Aliah memberitahu Farish adalah anak Datin Aliah dengan suaminya yang terdahulu. Melarikan sedikit jalan cerita bukannya susah kerana memang sebelum ini Datin Aliah pernah berkahwin dan bercerai kerana tidak dikurniakan cahaya mata. Selepas itu barulah dia berkahwin pula dengan Dato’ Sharif hinggalah sekarang.

            “Ma, macam mana nak tahu kalau kita dah jatuh cinta?”

            Pertanyaan yang keluar dari bibir Farish secara tiba-tiba itu mengejutkan Datin Aliah dari lamunannya yang tak berapa panjang.

            “Eh, kenapa tanya macam tu pulak? Dah mula angau dengan si Syazreen tu ke?”

            Usikan Datin Aliah langsung tidak menceriakan Farish. Dia menarik muncung panjang dan berbaring manja di riba mamanya.

            “Apalah mama ni, macam dah tak ada perempuan lain. Hurmm… ma, kalau Rich cakap mama jangan marah ek?”

            “Apa dia? Cakap ajelah.”

            Farish bangkit semula dan merenung wajah lembut ibunya.

            “Ma, Rich tak nak kahwin dengan Syazreen!”

            Ada sedikit riak terkejut di wajah Datin Aliah saat Farish menyatakan hasratnya itu.

            “Tapi kenapa, Farish? Bukan ke selama ni Farish suka dia?”

            “Farish suka dia? Euww…” Farish menjuihkan bibir. “Pernah ke mama dengar dari mulut Rich sendiri? Okey, memang selama ni Rich diam je tapi tak bermakna diam tu Rich setuju. Rich tak boleh terima dia! Rich memang tak suka dia!”

            Datin Aliah tersenyum melihat anaknya yang mula menarik muncung 14 hasta. Dia mengusap-usap lembut rambut Farish.

            “Habis tu Rich suka siapa?”

            “Err…”

            Kali ini Farish terkedu. Dia tidak dapat memberikan jawapan sekarang.

            “Rich tak ada calon setakat ni tapi apa yang pasti, Rich tak nak kahwin dengan Syazreen, muktamad!” tekan Farish.

            “Hmm…baiklah, Farish. Kalau dah itu kehendak kamu, mama tak boleh halang.”
Jawapan Datin Aliah benar-benar menggembirakan Farish. Ikutkan hati nak aja dia menari ago-go sambil menyanyi lagu Sayang Menyayang saat itu. Freedom…at last!

            “Tapi ada syaratnya.” Datin Aliah menyambung lagi.

            “Syarat?” Mati terus senyuman di bibir Farish.

            “Beritahu mama siapa perempuan yang berjaya buat Rich angau macam ni.”

            “Hah?” Farish terbata-bata mahu mencari jawapan. Zahratul Jannah? Tolong! Perempuan kampung itu kalau dengan Rudy bolehlah!

            “Tak ada calonlah, ma. Farish nak bebas. Farish tak nak terikat dengan siapa-siapa setakat ni. Farish muda lagilah, kehidupan baru nak bermula. Tolonglah jangan seliratkan kepala Rich dengan benda-benda ni semua. Please… please…please…” Farish sudah separuh merayu kepada mamanya.

            Datin Aliah akhirnya mengalah. “Yalah, tak nak bagitahu sekarang pun tak apa. I’ll be waiting. Dan tentang pembatalan pertunangan tu, mama akan bagitahu papa. Lepas tu parents Syazreen akan datang sini, pandai-pandailah Rich discuss dengan diorang.”

            Farish tersengih lebar dan mengangguk bersungguh-sungguh.

            “Okey, ma. Ditanggung beres! Oh ya, mama… kalau kita dah buat salah kat someone then kita nak minta maaf, macam mana ek?”

            Datin Aliah angkat kening mendengar pertanyaan Farish.

            “Someone? Someone tu lelaki ke perempuan?”

            Farish mengeluh. “Ma, janganlah larikan topik.”

            Datin Aliah tergelak. “Yalah, yalah, sejak kamu dah makin besar ni makin kuat berahsia dengan mama, ya? Hmm… kalau kita dah buat salah, memang kita patut minta maaf. Itu aja penyelesaiannya.”

            “Tapi kalau Rich malu nak minta maaf?”

            Datin Aliah ketawa lagi.

            “Aik, sejak bila anak mama pandai malu ni?”

            Farish mencebik. Datin Aliah mengusap-usap belakang anaknya.

            “Minta maaf aja, dan lepas tu Rich takkan rasa bersalah lagi. As simple as that.”

            “Arghh… ma, sorry seems to be the hardest word,” keluh Farish.

            “Sudah, sudah, tak payah buat lagu Elton John kat sini. Kalau dah rasa bersalah sangat minta maaf je.” Datin Aliah tersengih.

            It’s sad, so sad
            It’s a sad, sad situation
            And it’s getting more and more absurd
            It’s sad, so sad
            Why can’t we talk it over
            Oh it seems to me
            That sorry seems to be the hardest word

            Datin Aliah tergeleng-geleng apabila Farish mula menyanyi lagu Elton John, Sorry Seems To Be the Hardest Word. Hai… apa kenalah dengan anak tunggalnya yang seorang ini.

            “Peninglah mama tengok kamu ni. Dahlah, mama keluar dulu. Pastikan habis minum susu ni. Kalau tak, mama kahwinkan terus kamu dengan si Syazreen tu,” ugut Datin Aliah sebelum melangkah keluar dari kamar tidur Farish.

            Selepas Datin Aliah menghilang, Farish melakukan pelbagai aksi yang menunjukkan dia sendiri gembira sekarang. Tak apalah, minum susu 10 gelas pun aku sanggup daripada terpaksa kahwin dengan si sewel tu!

            Dan kemudian, dia mengeluarkan semula gambar Zahra yang disembunyikannya tadi. Sudah empat hari dia merasa bersalah kerana menengking gadis itu. Yeah, memang susah meminta maaf tapi kalau tak minta maaf rasa bersalah jugak. Dia akan minta maaf dan selepas dia tidak akan berhutang apa-apa lagi. Yes!

********************
Kamal yang sedang memeriksa beberapa fail sedikit tersentak apabila pintu bilik ofisnya diketuk. Selepas dia menyuruh masuk, Key yang segak berjaket kulit hitam masuk sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

            “Hai… dah lewat malam ni, bos. Semua staf dah balik tapi bos masih ada kat ofis,” tegur Key sambil tersengih.

            Namun Kamal hanya mampu menzahirkan senyuman. Apa boleh buat? Dia tiada keluarga. Hidupnya cuma untuk kerjaya dan kegiatan haramnya. Balik rumah pun bukan ada apa-apa. Kosong aja. Baik dia duduk di pejabat dan menyelesaikan urusan kerjanya.

            “Chunk ada bagitahu saya yang bos nak tanya sesuatu tentang Amar Farish,” ujar Key apabila tidak mendapat sebarang respons dari Kamal.

            Kamal tersenyum lagi. Kemudian dia bangkit dan mereka duduk di sofa tamu yang terdapat di dalam bilik itu.

            “Apa perkembangannya selepas beberapa hari kau mengawasi anak aku?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Kamal.

            Key turut tersenyum dan mengeluarkan beberapa keping gambar dari dalam jaketnya.

            “Pada pemerhatian saya, dia baik-baik aja. Baru-baru ni dia join company trip ke Gunung Nuang. Saya dapat tahu dia bergaduh dengan seorang perempuan kat sana,” beritahu Key.

            Kamal mengerutkan kening.

            “Bergaduh dengan perempuan?”

            Key mengangguk. “Saya jugak dapat tahu dia bergaduh dengan perempuan tu bukan sejak camping tapi sejak perempuan tu bekerja di Media Art & Craft. Dengar kata, perempuan tu yang tolak Amar sampai jatuh kolam semasa majlis makan malam syarikat tempoh hari!”

            Berkerut-kerut dahi Kamal mendengar cerita Key.

            “Tapi saya rasa diorang bukannya bergaduh serius pun. Daripada pandangan peribadi saya, Amar sukakan perempuan tu!” sambung Key lagi.

            “Macam mana kau tahu?”

            “Beberapa hari ni saya perhatikan Amar. Dia selalu balik pejabat lambat dan nampak murung. Saya ada jugak ikut dia balik kadang-kadang dan dia ada pergi rumah perempuan tu. Tapi dia cuma memandang rumah perempuan tu dari jauh, tak ada pulak dia singgah. Apa lagi namanya kalau bukan cinta tu, bos? Rasanya seorang majikan tak mungkin akan tenung rumah pekerjanya lama-lama kalau tak ada apa-apa, kan?”

            Kamal mengurut-urut dagu, cuma menganalisis setiap data yang dihantar ke otaknya.

            “Kau kenal siapa perempuan tu?”

            Key mengangguk dan mengeluarkan sekeping lagi gambar dari jaketnya. Gambar itu diserahkan kepada Kamal.

            “Zahratul Jannah binti Yusuf, dia baru bekerja di Media Art & Craft hampir sebulan sebagai wartawan majalah. Orangnya berketinggian sederhana, bertudung dan memang cantik,”ujar Key.

            Kamal merenung gambar gadis bernama Zahratul Jannah itu. Gambar yang diambil sembunyi-sembunyi. Gadis itu tampak ringkas sahaja, dengan berseluar slack, vest dan DSLR yang sentiasa tergantung di lehernya. Tapi dia tetap tidak dapat menyembunyikan kecantikannya. Patutlah Farish terpikat. Tapi kalau dah asyik bergaduh, terpikat apa namanya tu? Hmm…

            “Sejak pergaduhan antara Amar dengan Zahratul Jannah dekat Gunung Nuang, pekerja-pekerja Media Art & Craft dah mula buat gosip. Ada yang cakap Amar dan perempuan tu sebenarnya bercinta, tapi cuba menyembunyikan hubungan mereka dengan cara bergaduh depan staf-staf lain, ada jugak yang cakap Amar memang sukakan reporter tu tapi reporter tu tak suka dia, ada juga yang cakap…”

            “Dah-dah, aku tak nak tahu semua tu.” Cepat Kamal memotong percakapan Key. Dia tadi dia asyik merenung gambar gadis itu.

            Zahratul Jannah ya… gadis itu nampak seperti berasal dari keluarga baik-baik. Dia sebenarnya kurang suka Farish bergaul dengan orang baik-baik kerana suatu hari nanti Farish harus menggantikan posisinya sebagai ketua kumpulan Eagle. Seorang pengedar dadah yang menjadi buruan polis tidak boleh berkahwin dengan orang baik-baik macam Zahratul Jannah.

            “Key, aku nak kau bawa aku jumpa perempuan ni secepat mungkin.” Arahan Kamal itu agak mengejutkan pembantu peribadinya itu.

            “Bos nak jumpa perempuan ni? Bos jangan buat bukan-bukan. Amar bukannya kenal kita, bos,”ujar Key tidak sedap hati.

            Kamal mengerling tajam ke wajah Key.

            “Tak payah mengajar aku. Buat je apa yang aku suruh!”

            Key menunduk.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)