Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, September 24, 2012

Amar Farish 12

Farish naik bosan. Fail-fail yang bertimbun di atas meja dipandang sepi. Ikutkan hati rasa macam nak korek hidung tapi tak senonoh la pulak melakukan aktiviti tersebut di ofis.

            Peristiwa berteduh di bawah pokok bersama Zahra di Gunung Nuang beberapa hari lepas mengganggu fikirannya. Dia ingin menyatakan sesuatu kepada Zahra. Tak perlu serabutkan kepala fikir apa yang Farish nak luahkan pada Zahra. Mari kita ikuti flashback…LOL

*************

            “Aku sebenarnya dah lama nak bagitahu kau ni…”

            “Apa?” Huhu…nervouslah pulak aku. Wajah Farish dipandang.

            “Aku sebenarnya nak tanya je…kau pagi tadi makan petai ke?”Soalan Farish mematikan debaran di hati Zahra tiba-tiba.

            “Bukan apa, mulut kau bau petailah. Lain kali gosok gigi pakai Colgate, okeh?” Berderai tawa Farish.

            Zahra ketap bibir. Tak guna rumpai laut. Sempat lagi nak mengenakan aku. Mana ada aku makan petai!

            “Eh, kau ni kalau sehari tak sakitkan hati aku tak boleh ke? Kau pernah makan kasut saiz 8 tak?”ugut Zahra menarik leher baju Farish.

            Farish tersengih. “Wah, kau pakai kasut saiz 8 ke? Bapak bigfoot ke kaki kau? Hahahaha!!”

            “Kau…”

            “Rich! Ara!” Panggilan itu mematikan niat Zahra yang ingin menarik rambut rumpai Farish. Serentak mereka berpaling.

            Rudy berlari-lari anak mendapatkan mereka dengan kepala hanya dilindungi surat khabar.

            “Korang buat apa bawah pokok ni? Rich, bas dah lama tunggu kau tau tak? Eii…menyusahkan aku jelah budak ni!” marah Rudy.

            Zahra terdiam. Untuk pertama kalinya dia lihat Rudy marah sampai merah nak meletup mukanya.

            “Sorrylah, kau kan tahu aku tak boleh redah hujan,”balas Farish.

            “Yelah, yelah, cepat! Kita ni dah lewat hampir setengah jam.”

            Farish terus berlari ke arah Rudy lalu mereka sama-sama beredar meninggalkan Zahra sendirian di belakang. Sebelum pergi sempat Rudy menjeling ke arah Zahra. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya apabila dari jauh lagi dia melihat Zahra berdua-duaan dengan Farish di bawah pokok. Rasa macam nak diamuknya satu hutan, nasib baik dia bukan adik-beradik Incredible Hulk.

**************
Farish tersengih sendiri. Seronoknya tengok muka orang jealous. Haish…Rudy… Rudy…

            Tapi kadang-kadang dia rasa macam nak hempuk kepala sendiri di dinding. Akhir-akhir ini susah sungguh untuk dia melupakan wajah gadis kampung bernama Zahratul Jannah itu. Padahal selama ini bukannya mereka pernah berkawan. Ironinya, setiap kali bertemu Farish selalu mencari jalan supaya Zahra mengamuk dan marah-marah kepadanya.

            “Why? What’s this?” Farish menyoal diri sendiri. Jangan-jangan perempuan kampung tu dah guna-gunakan aku tak? Tapi mana mungkin, dia macam tak suka je dengan aku.

            Tak mungkin dia dah guna-gunakan aku. Memang the biggest mistake in Hawaii la…macam makan kuih lapis cicah budu ar…begitu indah dan sweetnya bagaikan bulan jatuh ke riba…haaa…kait tak?

            Farish menggeleng. Tak, aku tak boleh biarkan perempuan tu kuasai tumpuan aku. Aku kena lawan. Dia tak layak untuk aku. Perempuan kampung hanya untuk lelaki kampung. Bukan dengan aku!

            Tok! Tok! Tok!

            Farish sedikit tersentak apabila pintu ofisnya diketuk. Dia membetul-betulkan posisi duduknya dan berdehem.

            “Masuk.”

            Selepas mendapat arahan itu, seseorang melangkah masuk ke dalam bilik Farish. Seseorang yang membuat Farish tergamam untuk seketika. Syazreen si monyet sewel!

            “Farish, you busy ke? I nak ajak you teman I lunch, boleh tak?”

            “Err…”

            “Ala, jomlah. I tahu you duduk kat office pun tak ada buat apa-apa, kan?” Suara Syazreen yang sengaja dilembut-lembutkan membuat Farish naik menyampah.

            Farish bangkit dari kerusi empuknya dan berdiri memandang Syazreen tanpa secarik senyuman pun.

            “Syazreen, biarlah I terus terang aja dengan you. I tak nak bertunang dengan you.”

            Kata-kata Farish bagaikan petir yang menggegar seluruh sendi Syazreen. Dia terpana.

            “I tak cintakan you. Lagipun I rasa kita berdua masih muda. I tak nak terikat dengan apa-apa komitmen.”

            Syazreen meneguk liur. “Apa maksud you, Farish? You jangan bergurau dalam hal-hal macam ni. Parents kita sama-sama dah restu hubungan kita. I dah tunggu you hampir lima tahun, tau tak?”

            “Hubungan? Can you tell what kind of relationship yang pernah kita jalinkan sebelum ni? Kawan? I rasa kita tak pernah berkawan pun. Bercinta jauh sekali. Lagipun siapa suruh you tunggu I? I study hampir lima tahun kat Sweden, honestly I tak teringatkan you langsung. Planning untuk bertunang tu siapa yang mulakan kalau bukan you? I tak pernah cakap apa-apa kan?”

            Kata-kata langsung tidak bertapis yang keluar dari mulut Farish itu membuat air mata minta simpati keluar dari tubir mata Syazreen.

            “Please Rich, jangan buat I macam ni. All of my friends dah tahu tentang planning kita nak bertunang. Kalau tak jadi, malulah I. Mana I nak letak muka I?”

            “Oh, you fikir perasaan malu you? Perasaan I? Syazreen, kalau you kesiankan I, please stop all this nonsense. Kalau kita bersama pun, I tak rasa kita akan bahagia. Hati I bukan untuk you.” Nada suara Farish mengendur.

            Syazreen mengesat air mata palsunya. Dia melangkah mendekati Farish dan meraih lengan lelaki itu. Farish tersentak.

            “Rich, why not we try? Kita boleh cuba sampai you boleh sayang I. I tak nak kehilangan you!”

            “Hei, you ni dah kenapa? Sawan ke? Lepaskan I!”

            Farish cuba menarik lengannya dari pegangan Syazreen namun gadis itu mencengkam lengannya dengan lebih erat. Huh, dasar perempuan otak masuk air!

            Ketika Farish cuba menarik tangannya, pintu biliknya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Zahra berdiri di muka pintu dengan muka pucat. Dan dia tambah pucat melihat Syazreen yang memaut erat lengan Farish. Melihatkan Zahra, Farish cepat-cepat merentap lengannya membuatkan Syazreen mengaduh kesakitan.

            “Kau nak apa? Tak reti ketuk pintu dulu ke?” marah Farish. Dia sebenarnya marahkan Syazreen, tapi alang-alang Zahra masuk tanpa mengetuk pintu, biar kali ini Zahra menjadi mangsa semburannya.

            “Aku… err… En.Farish…” Zahra membetulkan. Rasanya tidak elok kalau di dalam pejabat dia membahasakan diri sebagai aku, kau dengan majikan sendiri.

            “Saya minta maaf, En.Farish. Saya lupa nak ketuk pintu dulu sebab nak cepat. Saya cuma nak tanya tentang kamera Jue yang En. Farish simpan. Tapi tak apalah, lain kali je. Maaf sekali lagi.”

            Dan selepas itu Zahra terus menutup pintu. Dia tidak tahu kenapa tapi dia merasa hatinya terguris melihat Syazreen memaut lengan Farish. Farish yang tergamam dengan kehadiran Zahra, hanya tersedar semula selepas Zahra berlalu dari situ. Tiba-tiba dia merasa bersalah kerana menengking Zahra tadi. Dia ingin keluar mencari gadis itu semula, tapi pantas tangannya ditarik oleh Syazreen.

            “You nak pergi mana?”

            “None of your business.” Farish cuba menarik tangannya dari pegangan Syazreen namun gadis itu tetap tidak mahu melepaskannya.

            “I tahu kenapa you tak nak bertunang dengan I. Sebab perempuan tu kan?”

            Farish terpana. Dia memandang Syazreen tanpa berkelip.

            “Tolonglah, Farish. Dia tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan I. Dia cuma perempuan kampung dan selama ni pun dia dah banyak cari pasal dengan you, kan? Apa kelebihan dia? Dia terlalu penting ke bagi you?”

            Farish naik geram. Dia menarik kasar tangannya dan merenung tajam ke wajah Syazreen.

            “You jangan nak masuk campur urusan I. I dah katakan apa yang I nak katakan sebelum ni. I tak ada apa-apa perasaan pada you. Bagitahu parents you yang pertunangan kita takkan berlangsung.”

            Usai menghabiskan kata-katanya, Farish terus keluar dari bilik itu. Syazreen meneguk liur. Air matanya kembali menitis. Tapi kali ini bukan kerana sedih, tapi kerana perasaan dendam yang membara.

            “Farish, you buang I sebab perempuan kampung tu? Fine, I akan hancurkan hidup you!”

*************

            “Zahra mana?”

            Jue sedikit terkejut melihat Farish berdiri di sebelah mejanya dengan wajah yang cukup serius.

            “Ara? Err… dia dah keluar. Nak cari bahan untuk artikel katanya.”

            Tanpa mengucapkan terima kasih, Farish terus berlalu keluar dari pejabat itu.

            Jue mengangkat sebelah kening. Tadi sebelum Zahra keluar, dia lihat wajah Zahra sugul. Dia tahu Zahra masuk ke bilik Farish tadi kerana dia yang meminta Zahra untuk bertanya tentang DSLRnya yang disimpan oleh Farish. Dan sekarang selepas Zahra pergi, Farish pula keluar dari pejabat itu dengan wajah yang serius. Apa agaknya yang telah berlaku tadi?

*************
Tuan Rahim memandang Fara macam nak makan orang. Panas betul hatinya saat ini. Fara hanya tunduk merenung meja. Mungkin betul memang dia yang patut disalahkan. Pegawai-pegawai polis lain yang duduk berkumpul di dalam bilik mesyuarat hanya sesekali mencuri pandang ke arah Fara.

            “Macam mana awak buat kerja, Fara? Awak tahu tak, sekarang ni seluruh jabatan tanggung malu dan terpaksa minta maaf pada Tengku Kamal?” Suara Tuan Rahim memecah kesunyian.

            Fara tahu memang tidak ada gunanya kalau dia minta maaf sekalipun. Memang dia yang memberi maklumat Tengku Kamal ada menyimpan stok dadah secara haram. Itu hasil siasatan yang telah dijalankannya setelah mengekori Tengku Kamal beberapa hari yang lalu. Dia mendengar dengan telinganya sendiri Tengku Kamal bercakap-cakap dengan anak buahnya tentang stok dadah yang ingin dijual secara haram kepada peniaga luar negara.

            Selepas mendapatkan waran geledah, Tuan Rahim mengerahkan pegawai-pegawainya untuk menggeledah gudang ZIMAL Medic dan ternyata mereka tidak memperoleh apa-apa melainkan rasa malu semata-mata.

            Semua stok dadah yang ada di gudang Tengku Kamal itu ada permit dan sah. Terpaksa Tuan Rahim menebalkan muka meminta maaf pada Tengku Kamal kerana hampir-hampir merosakkan reputasi businessman berjaya itu.

            “Pandai betul kamu buat kerja, Fara. Ini yang kamu dapat sepanjang jalankan pengintipan ke atas Tengku Kamal? Selama ni apa yang kamu buat sebenarnya? Cuci mata tengok anak pemilik Media Art & Craft yang handsome tu?”

            Berdesing telinga Fara disindir begitu di depan pegawai-pegawai lain. Sepanjang bekerja di Media Art & Craft, dia jarang bertemu dengan Amar Farish kerana selalu ingin mengawasi Tengku Kamal keluar masuk ke pejabatnya. Bagaimana boleh Tuan Rahim melemparkan tuduhan seperti itu kepadanya? Tapi siapalah dia untuk membantah.

            “Maafkan saya, Tuan. Kali ni saya akui kesilapan saya. Saya betul-betul minta maaf. Tolong beri saya peluang sekali lagi. Kali ni saya akan lebih berhati-hati,” ujar Fara.

            Tuan Rahim melepaskan satu keluhan berat. “Baiklah, saya maafkan memandangkan ini kesilapan pertama. Tapi ingat, jangan buat tuduhan macam tu lagi sebelum betul-betul mendapatkah bukti yang sahih. Kalau perkara macam ni berlaku lagi, saya tak ada pilihan melainkan menggugurkan nama kamu dan menggantikan tempat kamu dengan pegawai lain.”

            Fara mengangguk. “Saya faham, terima kasih Tuan.”

            Selepas mesyuarat bersurai, Fara mengemaskan barang-barangnya kerana dia perlu ke Media Art & Craft untuk meneruskan penyamarannya sebagai wartawan majalah. Kali ini dia menyusun strategi baru. Dia tidak memberitahu sesiapa tentang satu rahsia yang didengarinya dari mulut Tengku Kamal tempoh hari kerana takut tiada siapa akan mempercayainya selagi dia belum mendapat bukti yang sahih.

            Amar Farish. Dia tidak pasti pemuda itu tahu tentang identiti sebenarnya atau tidak. Dia betul-betul pasti tempoh hari dia mendengar pengakuan Tengku Kamal yang mengatakan Amar Farish adalah anak kandungnya. Tapi yang penting sekarang dia perlu mendekati pemuda itu pula untuk meneruskan siasatan.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: