Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, September 17, 2012

Amar Farish 11

Farish duduk di sebelah khemahnya sambil menguis-nguis tanah dengan ranting tanpa sebarang tujuan. Bosan giler dowh…staf-staf sumer tengah bersiar-siar dalam hutan. Nak ambik gambar untuk majalah la, kenangan la, cuma Farish yang tidak mahu menyertai mereka. Memang tak ada mood langsung. Si Rudy tu asyik nak berkepit je dengan Zahra. Naik bernanah mata ni. Kalau laki bini tu takpe jugak! Aku ni macam giler je lepak sorang-sorang.

Tengah dia dok membebel dalam hati, dia ternampak Jue lalu dihadapannya sambil memeriksa DSLRnya. Hah, ada pon jin terlepas sekor, getusnya. Hilang jugak rasa bosan terlampau ni.

“Jue!”

“Ya, En.Farish?”

“Meh sini kejap!”

Jue menurut arahan Farish. Dia melangkah mendekati Farish dan duduk bersila di hadapan majikannya itu.

“Apasal kau tak join diorang ambil gambar?”

“Saya dah jalan-jalan area sini dengan Ara semalam. Sempat jugak amik gambar sikit. Hari ni entah kenapa kamera saya buat hal pulak. Tu yang kena cek apa yang tak kena ni,” jelas Jue sambil tangannya terus membelek-belek DSLR.

“Kamera buat hal? Meh aku tengok.”Farish menghulurkan bantuan. Tanpa banyak soal terus Jue menyerahkan kameranya kepada Farish.

Mak aih, baikla pulak rumpai laut ni. Biasa perangai macam pelesit je aku tengok, detik hati Jue. Kalau dilihat betul-betul, Farish sebenarnya baik, cuma bahasanya agak kasar. Dengan pekerja-pekerja pun cakap aku, kau je. Tapi Jue cuba sedapkan hati, maybe sebab Farish masih muda jadi tentulah gaya bahasanya pon tak berapa dijaga.

“Wei, aku nak tanya kau something.”Farish memulakan bicara dengan mata masih tertumpu pada kamera Jue.

“Apa?”

“Member ko tu dah ada pakwe ke belum?”

“Siapa?”

“Ala, member kau yang mulut cakap lepas tu.”

“Owh…Ara…hehe…kenapa encik tanya pulak?” Jue tersengih-sengih.

“Aku tak suka soalan aku dijawab dengan soalan jugak,”balas Farish tegas dan keras. Serta-merta senyuman di bibir Jue mati tiba-tiba.

“Err…takde kut, encik. Dia tak pernah fikir nak berpakwe-pakwe ni.”

“Owh…dah tu kenapa dia rapat dengan cousin aku?”

“Rapat ke? Biasalah encik, kan kita semua ni rakan sekerja. Kita kena rapat dengan semua orang.”

“Tapi aku tak suka dia rapat dengan cousin aku.”

Jue tergamam mendengar kata-kata Farish. Tak suka? Tak suka ke jeles? Bibir Jue mengukir senyuman nipis. Farish dapat menebak apa maksud disebalik senyuman Jue itu.

“Wei, kau tak payah pikir benda lainla. Aku tak jealous, ok? Kau cuma pesan dekat member kau tu supaya sedar diri. Rudy tu cousin aku so tau-tau jela kan…kalau boleh aku nakla Rudy dengan perempuan yang lebih sofistikated, bukan dengan pompuan yang…mmm… I think I don’t have to finish it. Harap kau boleh faham-faham sendiri. Kamera kau ni biar aku tengok dulu, salah setting kot.”

Kemudian Farish terus bangkit meninggalkan Jue dengan membawa bersama kamera Jue. Jue meneguk liur. Apa maksud Farish? Adakah hanya kerana Zahra gadis kampung, Zahra tidak layak bergaul dengan orang kaya? Benarlah kata Zahra tentang Farish. Farish memang hanya memandang darjat dan keturunan. Dasar rumpai laut busuk!

***********

Zahra duduk bawah pokok sambil memikirkan apa fakta tentang kucing yang dia tahu. Dia tak faham apa kena dengan rumpai laut tu. Nak sangat Zahra tulis pasal kucing. Pencinta kucing ke dia ni?

Okey yang pertama, kucing ada 100 vokal sound, anjing pulak ada 10 je. Ini bermakna suara kucing jauh lebih enak dari Celine Dion mahupun Mr.Bean. Mungkin juga enak dari Enrique Iglesias. Huhuhu…

Second, kucing boleh tido 16 jam sehari. Itu maksimum kot. Terkejut tak? Haa…beliau tido lebih lama dari aku. Itu aku terkilan. Hahaha…

Belum sempat dia fikirkan fakta ketiga, Rudy yang entah muncul dari mana duduk di sebelahnya.

            “Tak habis-habis buat kerja. Cubalah enjoy sikit, kita ni tengah camping,”ujar Rudy and as usual, his smile always looks charming.

            “Terpaksa En.Rudy, si Farish tu tak habis-habis nak suruh saya tulis pasal kucing. Saya asyik lawan dia je, biarlah kali ni saya ikut arahan dia.”

            Rudy ketawa. “Ara, kalau luar pejabat janganlah panggil saya encik. Kita kawan, kan? Panggil saya Rudy. Sedangkan dengan Farish awak siap boleh beraku, kau. Inikan pulak dengan saya.”

            Zahra senyum senget. Mamat ni betul ke tak? Macam mana kalau staf-staf lain dengar? Nanti dia orang fikir aku dengan si Rudy ni ada apa-apa pulak. Tapi takpelah, bila berdua camni je aku panggil dia Rudy.

            “Ara, saya nak tanya something.”

            “Tanyalah.”

            “Kenapa awak single lagi?”

            Zahra terdiam. Wah, mencabar minda punya soalan. Kenapa aku single? Yelah, takkan aku double pulak. Kembar siamlah jadinya nanti.

            “Ala En. Rudy…err…I mean Rudy, mmm…”Aiseh, canggung pulak rasanya. “Pompuan ni biasalah, cepat terpengaruh dengan drama-drama kat TV sampai ada yang tak caye kat lelaki. Orang tengokla citer Supernatural ke, Prison Break ke, baru boleh hilang perasaan tu. Hahaha…”

            “Takkan awak pun macam tu?” Rudy angkat kening.

            “Saya ek?” Garu kepala. “Saya takla…saya orang kampung, saya datang bandar nak keje. Tak nak pikirlah couple-couple ni.”

            Rudy terangguk-angguk. “Awak percaya tak yang kawan boleh jadi couple?”

            “Mestilah percaya, sebab kita masih berkawan dengan manusia. Kalau kita berkawan dengan troli pasaraya Giant ke memang tak leh ar jadi couple. Memang manusia ditakdirkan untuk bersama dengan manusia. Tapi janganlah sesama jenis pulak. Huhuhu…”Cepat jawapan itu keluar dari mulut Zahra. Logik pe hujah tu.

            Zahra tengok Rudy dah tergeleng-geleng.

            “Kelakarlah awak ni, Ara. Boleh masuk acara lawak berganti-ganti tanpa insaf. Hahaha…”

            Zahra kerutkan kening. Ada ke acara lawak berganti-ganti? Setahu aku Raja Lawak ada larh…maybe itu acara waktu merentas desa mahupun sukaneka versi ketua kampung cawangan Palembang kot.

            Dia mengalihkan pandangan ke arah Rudy. Rudy sedang merenung ke langit seperti sedang menghayati sesuatu. Tiba-tiba Zahra teringat apa yang Rudy ucap kepadanya semalam. Dia tidak pasti sama ada dia betul-betul dengar Rudy confess atau tidak. Harap-harap tidak. Dia berhijrah ke bandar bukan untuk mencari cinta.

            Tapi kalau dia betul-betul cakap dia suka aku pun, rasanya tak salah. Yalah, tak pelik pun orang atasan nak suka pekerja bawahannya. Hari ni dia tak cakap apa-apa pun tentang semalam, tu maknanya dia bukannya ada hati kat aku. Dahlah Zahratul Jannah weh, berangan je kau ni…

***********

            Akhirnya selepas 3 hari berkhemah di Gunung Nuang, semua staf akhirnya boleh jugak balik. Zahra menarik nafas lega. Tak tahan dia nak mengadap muka rumpai laut tu hari-hari. Menyakitkan hati, jantung dan usus besar je.

            Zahra sudah siap mengemas barang-barangnya dan sudah pun dimasukkan ke dalam bas, tunggu bas gerak je. Sementara itu dia membantu staf-staf membersihkan sampah sarap di tapak perkhemahan. Si bulu jagung Syazreen pula duduk berehat sahaja di bawah pokok. Siap posing lagi tu. Ingat ni agensi modeling ke?

            Tapi mana perginya si Farish ni? Takkan sanggup tinggal girlfriend sendiri sorang-sorang kut. Ah, biarkan! Dia nak pergi dangdut ke, gimnastik berirama pop yeh yeh ke, bukan hal aku, gerutu Zahra sendiri.

            Beberapa minit berlalu, tapak perkhemahan selesai dibersihkan. Zahra duduk di bawah pokok hinggalah tiba-tiba hujan turun rintik-rintik. Huh, nape pulak tiba-tiba hujan ni?

            “Okey, attention please! Cepat semua masuk dalam bas, takut hujan makin lebat. Bawa semua barang,”arah Rudy pada semua staf.

            Zahra tak banyak bunyi. Terus dia masuk ke dalam bas yang sedia menunggu di tepi jalan. Dia dah cop tempat tepi tingkap, nak tengok pemandangan. Staf-staf yang lain sudah mula masuk dan mengambil tempat masing-masing. Sementara tunggu bas gerak, Zahra pandang ke luar tingkap sampai dia rasa mengantuk.

            Dah hampir 10 minit tunggu tapi bas tak gerak-gerak jugak. Apa cerita ni?

            “Weh, nape tak gerak lagi?” Zahra bertanya pada Jue yang hampir tertidur disebelahnya.

            Terpisat-pisat Jue bangun. “Manalah aku tahu, ingat aku ni kaunter pertanyaan ke?”

            Zahra mendengus. Cinabeng punya member. Ada ke bagi jawapan cenggitu.

            “Sorry semua, kita terpaksa tunggu sikit masa lagi. En.Farish belum balik sampai sekarang. Saya dan beberapa orang staf akan cuba cari dia.”

            Kata-kata dari Rudy membuat Zahra tersentap. Farish hilang? Pergi mana pulak mamat ni? Nak kata sesat, Gunung Nuang ni takdelah besar mana pun. Staf-staf yang lain saling berpandangan, ada jugak yang risau.

            “Ish, mana pergi si Farish ni, I takutlah. Macam mana kalau jadi apa-apa pada dia? Tolonglah suruh someone cari dia.” Syazreen mula tergedik-gedik. Alah, overacting la kau minah. Kalau kau risau sangat kenapa tak kau je yang pergi cari?

            Zahra memandang ke luar tingkap. Hujan yang tadinya cuma rintik-rintik semakin lebat. Aduh, mana pergi rumpai laut ni? Pergi terjun laut ke? Mentang-mentanglah asal usul dia dari sana. Huhu…terkutuk pulak.

            “Jue, bak aku pinjam payung kau!” Zahra sekali lagi menggoyang badan Jue yang sudah lena. Hee…minah ni. Orang lain dok pikir pasal Farish hilang, dia bantai buat taik mata.

            “Carila dalam beg tu, janganlah kacau…”

            Cepat Zahra menggeledah beg pakaian Jue. Yes, jumpa jugak payung berwarna black metal. Macam nak pegi majlis pengkebumian pun ada.

            Dia terus turun dari bas dengan berpayung untuk mencari Farish. Tak ada niat lain, dia mahu mencari Farish kerana terpaksa. Selagi Farish tak dijumpai, selagi itulah semua orang pun tak boleh balik. Ye ke tak ada niat lain? Hehe…

*********
Hampir jatuh Farish apabila disergah tiba-tiba dari belakang. Cepat dia mengimbangi badannya. Kalau tidak, dah jatuh ke dalam sungai Gunung Nuang itu. Sudahlah dia berdiri di bawah pokok yang jaraknya tak sampai satu meter dari sungai.

            “Kau apahal? Nak kena terajang?” jerkah Farish pula. Nasib baik Zahra yang datang. Kalau cik ponti agaknya dah sawan ago-go kat situ.

            “Banyak cantik kau punya bahasa. Aku sumbat seaweed dalam mulut kang baru tahu! Wei, yang kau dok tepi sungai layan blues ni apahal? Kau tahu tak dah nak dekat 10 minit kitorg tunggu kau? Patutnya sekarang ni aku tengah buat air liur basi dalam bas, tau?” bidas Zahra pula. Farish, anak orang kaya berlagak yang tak tahu menghargai orang lain!

            Farish buat muka Mr.Bean time ngantuk. “Zzzz…”

            Zahra mengetap gigi. Tak guna punya Mr.Seaweed! Aku membebel punyalah panjang kau balas zzzz je? Arghh!!! Aku benci gila tahap 5 per 78 ganda kuasa 3 kat kau!

            Dan lepas tu, masing-masing tidak mengeluarkan sebarang suara. Zahra berpayung bersama dengan Farish. Sebenci-benci dia pada Farish pun, takkan dia tergamak berpayung seorang diri dan biarkan Farish basah kuyup.

            “Kau nak tahu macam mana aku boleh terkandas bawah pokok ni?” Farish bersuara tiba-tiba.

            Zahra memalingkan mukanya ke arah timur laut sedangkan Farish berada di sudut barat daya. Mesti korang tak paham kan? Takpe, abaikan :P

            “Aku tadi saja je nak tengok-tengok kawasan sungai ni. Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir aku datang sini sebab aku tak pernah camping sebelum ni dan aku rasa aku takkan ada masa untuk camping lagi dan…”

            “Wei, kau nak mukadimah sampai berapa perenggan ni? Straight to the point jelah, nak terberak aku tunggu lama-lama!”potong Zahra tanpa langsung rasa segan menyebut benda-benda sensitif macam tu depan majikan sendiri.

            “Yelah, yelah, aku cakap! Tadi masa aku survey area ni, tiba-tiba hujan turun. Aku duduklah bawah pokok ni. Aku ingat hujan sekejap je sebab rintik-rintik tapi makin lama makin lebat pulak. Aku tak rela redah hujan, reti? Aku ni mudah jatuh sakit,”jawab Farish laju mengalahkan kelajuan Kereta Api Tanah Melayu mahupun hero dalam citer The Flash.

            “Haa…cakap jela camtuh senang. Ingat aku ada masa nak layan kuliah selepas subuh kau?” Zahra membidas. Dia pandang ke langit. Bila hujan ni nak berhenti? Naik kematu aku dok sini dengan rumpai laut ni.

            Walaupun ada payung tapi nak ke dia ni redah hujan dengan aku? Kang jadi macam dalam citer Hindustan pulak, bisik Zahra sendiri.

            “Zahra…” Kedengaran perlahan suara Farish.

            Zahra berpaling. Teguk liur. Apa kena dengan mat saleh sesat sorang ni? Buat suara ala-ala cik ponti jantan.

            “Kau nak tahu something tak?”tanya Farish.

            Zahra angkat kening. Tiba-tiba hatinya dihempap debaran. Sebelum ni tak pernah pulak dia berdebar tengok muka mangkuk ayun ni. Menyampah aderlah.

            Zahra mula rasa tak sedap limpa. Jarak mereka agak rapat seolah-olah mahu menanduk bola ke dalam gol. Dengan nada yang agak suram-suram misteri, Farish berkata, “Aku sebenarnya dah lama nak bagitahu kau ni…”

            “Bagitahu apa?”pantas Zahra mengajukan soalan.

            Farish tersenyum. Mereka saling balas membalas pandangan dan akhirnya mereka menjadi blur. Haha…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: