Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, July 1, 2011

Amar Farish 10

Binawe! Biadap! Biawak! Haa…tak pasal-pasal aku mencarut. Disebabkan malam semalam, teruk aku kena gelak dengan semua staf. Jatuh saham aku kat BSKL. Farish tidak henti-henti membebel sendiri sambil membasuh mukanya dengan air terjun yang terdapat di Gunung Nuang itu. Dia masih terasa jijik membayangkan bagaimana katak sebesar itu boleh melekat di mukanya.

            Selepas dia berjaya membuang katak tersebut dari mukanya, terus dia muntah di dalam semak. Tidak tahan dengan bau katak tersebut yang mengalahkan bau mentibang pulut. Dia berjaya memasukkan katak itu didalam beg Zahra pun dengan berlapikkan beg plastik, nak pegang macam tu je memang geli siot. Paling tak tahan, staf-staf bukan hendak membantunya, malah dia ditertawakan dengan kuatnya. Tengoklah, aku potong gaji masing-masing nanti!

            Kenangan paling memalukan itu memang tidak akan luput diingatannya sampai bila-bila. Bagaimana seorang lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis boleh dibuli seorang gadis kampung? Argh…memalukan!

            “Aku mesti balas dendam. Ingat Farish, tujuan kau adakan company trip ni adalah untuk beri pengajaran pada Zahratul Jannah, bukan untuk membiarkan diri kau dibuli perempuan kampung tu!” Farish bercakap dengan bayangnya di dalam air jernih itu.

            “Talib!”panggil Farish lantang.

            Hanya dengan sekali panggilan, Talib terus muncul.

            “Ya, En. Farish?”

            “Beritahu semua krew bahagian pengiklanan kita akan merakam program dokumentari kat sini untuk mempromosi Gunung Nuang.”

            “Tapi En. Farish, wartawan penyiaran kita kan cuti bersalin. Pengacara pun tak ada,”ujar Talib pula.

            Farish mengangkat kening. “Aku tak kata pun kita akan guna wartawan penyiaran.”

            “Habis?”

            “Kau buat je apa yang aku arahkan. Aku dah sediakan seorang pengacara untuk program ni.”

            Talib mengangguk dan terus berlalu. Farish tersenyum sendiri. Zahra, you’re dead!

***********

            “Kak Yati, kenapa saya pulak yang kena jadi pengacara untuk program dokumentari ni? Carilah orang lain.” Zahra cuba meluahkan ketidakpuasan hati pada penulis skrip. Ada ke patut suruh aku jadi pengacara TV, aku ni wartawan majalah je!

            “Terpaksalah dik, En. Farish arahkan kamu buat. Itulah, kenapa cari pasal dengan dia?” Kak Yati membalas. Huh, bukannya nak sokong aku.

Zahra ketap bibir. Benci! Benci sebenci bencinya! Arghh!!! Rumpai laut ni tak habis-habis nak mengenakan aku. Suka sangat ke tengok aku marah? Bukan aku dulu yang cari pasal. Dia yang nak gaduh sangat dengan aku, aku layan je. Lupa pulak aku yang selain menerbitkan buku dan majalah, syarikat ni pun ada buat program dokumentari untuk dijual ke stesen televisyen.

Ikutkan hati, skrip di tangan nak je dia jadikan pembungkus nasi lemak tapi bila berfikir-fikir secara dewasa, kalau dia buat macam tu kang dia jugak yang dapat susah. Dari awal dia memang cukup tak suka bekerja dibawah mamat perasan bagus itu.

Aku tak peduli. Kesabaran aku pun ada batasnya. Aku akan buat dia pecat aku dari syarikat ni. Aku lebih rela jadi pencuci jamban kat shopping complex daripada jadi kuli dia, tekad Zahra

“Perempuan kampung, dah hafal skrip?”Satu suara yang sumbang lagi sumbing menyapanya. Huh, ingat aku ni tak ada nama ke?

Zahra beri senyuman yang tak berapa ikhlas. “Oh, mestilah dah. Jangan risau. Program TV kau ni akan berjalan dengan sungguh lancar.”

Farish diam sekejap. Kemudian dia tersenyum sinis. “Jaga kau kalau kau buat hal!” Eleh, rumpai laut kasi warning tak ganaslah. Pigiiidahh!!

Semua sudah bersedia. Zahra siap berdiri dihadapan kamera. Kau tunggu jela Amar Farish. Hehehe…

Action!

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita akan meninjau kawasan Gunung Nuang yang dikatakan satu kawasan perlancongan yang boleh menarik ramai pengunjung untuk berkhemah dan ekspidisi mendaki gunung.

Sebelum kita mulakan program hari ini, biarlah saya berikan satu peribahasa. Dimana ada cempedak, disitu ada pagar. Hahaha…hebat tak peribahasa saya yang tak berkait sebagai permulaan? Tak apa, kalau sukar untuk memahami ayat-ayat atau perkataan ini, silalah rujuk ketua kampung masing-masing. Tertanya-tanya apa kaitannya? Tiada kaitan sebenarnya. Hahaha…”

Cut!

Muka Farish merah. Zahra tetap selamba sambil tayang gigi. Cameraman dari tadi dok tahan ketawa. Mungkin tak sangka Zahra akan tuturkan peribahasa tak berkait. Farish melangkah mendekati Zahra. Tiga…dua…satu…dan…

“Woi, perempuan kampung!” Ayat yang selalu dikeluarkan oleh Farish. Zahra dah tak heran pon. Jari telunjuk Farish dituding ke muka Zahra. Entah apa-apalah mamat ni, tercucuk lubang hidung aku kang baru tahu.

“Siapa suruh kau pandai-pandai tukar skrip? Ni bukan program raja lawak. Kau ni memang sengaja nak bikin aku bara, kan?”

Zahra berpeluk tubuh sambil tersenyum. “So, apa boleh kau buat? Kau tak puas hati? Jadi pecatlah aku sekarang.”

Muka Farish memang betul-betul sudah merah. Bagi Zahra itu satu kemenangan. Itulah, siapa suruh cari gaduh dengan aku? Siapa berani cari pasal dengan aku memang tension tahap gambang dan bambang pamungkas punya. Pecatlah aku cepat, Encik Amar Farish oii!

            “Kau ingat semudah tu kau boleh lari?” Farish merenung Zahra tajam.

            “Kau ingat aku ni apa, Mister Rumpai Laut? Aku bukannya pelari pecut 100 km mahupun 4X100, buat apa pulak aku nak main lari-lari? Akai ada ka?”

            Farish mengetap gigi. Perempuan yang seorang ini memang tak sah kalau tak menyakitkan hatinya. Ikutkan hati nak aja dilenyek-lenyek buat capati.

            “Stop calling me like that, aku bukan rumpai laut!”pekik Farish geram.

            Tercengang-cengang staf yang berada di situ. Memanglah mereka tahu Zahra suka sangat melawan Farish tapi tak sangka pula mereka boleh bergaduh ditempat terbuka seperti ini.

            Zahra tersenyum lebar sambil memandang staf-staf lain. “Korang, kalau nak tahu kenapa aku panggil dia ni rumpai laut, korang tengok jelah fesyen rambut dia. Tak ke macam rumpai tu? Hello Farish, kau tak reti balik tengok cermin ke?”

            Ternganga masing-masing mendengar kata-kata berani mati Zahra. Memang minah tak sayang mulut. Ada ke sesiapa berani cakap macam tu pada majikan sendiri? Kalau orang lain mesti dah kena pecat tapi kenapa sampai sekarang Farish masih boleh bertahan dengan mulut tak ada insurans Zahra?

            “Hei, stupid village girl! Berani you cakap rambut tunang I macam rumpai laut! You ingat you tu cantik sangat ke?” Syazreen tiba-tiba datang menyampuk. Dia sudah memaut lengan Farish.

            Zahra tersenyum sambil menyilang tangannya.

            “Oh, tunang kau ek? Aku tahulah aku ni orang kampung tapi kadang-kadang tu aku ikut jugak perkembangan fesyen artis. Apa kata kau suruh tunang kau ni pergi salun potong rambut cantik-cantik, dah macam mat gian je aku tengok. Berserabai, kesian kan?”

            Syazreen mencerlungkan biji matanya. “You…”

            Belum sempat Syazreen meneruskan kata-katanya, Rudy lebih pantas menarik tangan Zahra pergi dari situ. Takut lebih lama Zahra di situ makin banyak ayat kurang ajar yang dituturkan Zahra untuk menyakitkan hati Farish. Yang Farish ni pun satu, pekerja bawahannya kurang ajar macam tu boleh lagi dia terpacak macam tiang gol je.

            Farish terdiam. Sebaik Zahra meninggalkan tempat itu, terus dia menarik lengannya dari pegangan Syazreen. Dia berpaling memandang staf-staf yang masih merenungnya.

            “Apa tengok-tengok?!”jerkahnya tiba-tiba.

            Kelam kabut masing-masing bila Farish menjerkah. Cepat-cepat mereka berpura-pura sibuk melakukan tugas masing-masing.

************
 “Ara, apa awak buat ni, hah?” soal Rudy tidak puas hati.

            Zahra buat muka selamba sambil bersandar pada pokok. “Buat? Buat apa?”

            “Kenapa awak cakap macam tu pada Farish? Awak sedar tak yang awak dah menjatuhkan air muka dia di depan staf-staf?”

            Rudy mengeluh. Memang kadang-kadang dia memuji Zahra yang enggan membiarkan dirinya dibuli sesiapa pun tapi rasanya Zahra agak keterlaluan tadi. Adakah patut seorang pekerja menjatuhkan martabat majikan sendiri? Belum pernah ada dalam sejarah walaupun dicari dalam World Book of Records sekalipun.

            “En.Rudy cakaplah pada dia. Kalau saya ni sangat kurang ajar, jadi berhentikan saya dari company. Senang, kan?”

            “Ini bukan tentang kurang ajar, tapi cara awak bercakap dengan dia depan staf-staf lain. Macam mana lepas apa yang awak cakap, staf-staf lain pun hilang hormat pada Farish? Sekarang cuba bagitahu saya, apa yang awak marah sangat pada Farish sampai sanggup bercakap macam tu dengan dia?” Rudy mula berpeluk tubuh.

            Zahra terdiam. Marah? Kenapa dia marah pada Farish sebenarnya? Ya, dia tahu! Dia hanya mahu Farish memberhentikannya kerana dia tidak mahu bekerja di bawah lelaki itu.

            “Saya rasa saya tahu kenapa.” Rudy bersuara lagi. “Sebab awak suka dia, kan?”

            Zahra tersentak macam terkena elektrik belut. “Mana ada!”

            “Kalau awak tak suka dia, habis kenapa awak asyik melayan dia dan kenapa awak macam suka sangat bila dia naik angin pada awak? Bukan sebab awak sengaja nak cari perhatian dia ke?”

            “Stop your nonsense, En.Rudy. Saya sengaja kurang ajar sebab saya nak dipecat. Dua minggu saya bekerja, saya beri surat perletakan jawatan tapi dia koyak. Bila saya bagitahu saya dah beri surat untuk berhenti kerja, dia cakap dia tak dapat sedangkan sebenarnya dia bakar surat tu. Kalau dia tak terima saya nak berhenti, jadi saya akan buat dia pecat saya,”ujar Zahra tegas. Aku suka rumpai laut? Uwek!!

            “Tapi saya tak nak awak berhenti!”

            “Kenapa pulak?”

            “Sebab saya suka awak!”

            Ternganga Zahra untuk seketika. Rudy sukakan dia? Mengarut!

            “Apa En.Rudy cakap tadi? Cuba ulang balik.”

            Rudy mengeluh. “Rasanya tak perlu saya ulang banyak kali, kecualilah kalau awak tak korek telinga sebulan.”

            Dan Rudy terus berlalu begitu sahaja. Zahra masih kaku di situ. Rudy suka aku? Tak, mesti aku berangan! Aku tak dengar apa-apa. Lalalala…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: