Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Monday, May 2, 2011

Amar Farish 5

           “Okey, ni tempat awak. Kalau awak rasa nak tengok-tengok dulu tugas apa yang perlu dilakukan, awak tanya Jue. Dia rakan setugas awak,” ujar Rudy semasa dia menghantar Zahra ke mejanya.

            Zahra hanya tersenyum sumbing. Baru sekarang dia ingat di mana dia pernah bertemu dengan mamat bernama Rudy ini. Dia adalah lelaki yang bersama dengan lelaki yang secara tidak sengaja dilanggarnya beberapa hari yang lalu.

            Rupa-rupanya dia anak orang kaya, matilah aku…gumam Zahra sendiri. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu semula dengan lelaki bernama Amar Farish itu.

            “Zahratul Jannah.” Zahra tersentak apabila namanya dipanggil. Rudy tersenyum memandangnya.

            “Kenapa senyap je? Ada yang tak kena?”soal Rudy lembut. Zahra tahu, melihat kepada penampilan Rudy sahaja, dia tahu Rudy seorang yang lemah lembut. Rasanya dia memang tidak sama dengan sepupunya, Farish yang perangai mengalahkan mafia busut tu.

            Zahra hanya menggeleng. Rudy sekali lagi tersenyum dan bersuara, “Saya harap awak selesa bekerja di sini. Dan kalau Farish ada marah-marah awak, awak tahan ajelah. Dia memang pantang sesiapa pun cari pasal dengan dia sebab awak pun sebelum ni pernah gaduh dengan dia, kan?”

            Zahra meneguk liur. Mamat ni cam jugak aku rupanya!

            Rudy merenung Zahra untuk seketika. Wajah di sebalik tudung biru lembut itu begitu memukau pandangannya. Dia tidak dapat menafikan Zahra seorang gadis yang cantik. Wajahnya bujur sireh, hidung mancung dan kulit yang putih kemerah-merahan.

            “Woi, Rudy! Yang kau lama-lama tercongak kat situ apahal?”Jerit Farish yang menjulurkan kepalanya dari pintu ofisnya.

            Rudy dan Zahra sama-sama tersentak. Rudy tersengih dan mengangkat tangan pada Zahra, tanda meminta diri. Anak mata Zahra mengekori langkah Rudy hingga Rudy masuk ke dalam ofis Farish.

            Zahra mencebik. Macam manalah agaknya aku nak bekerja di bawah mamat ni? Mesti hari-hari kena buli. Haishh…kenapalah aku tak tolak je tawaran kerja dia tadi? Bodoh! Bodoh! Bodoh!

            Zahra teringat kembali peristiwa di dalam bilik mesyuarat tadi. Nasib baik tidak berlaku kekecohan dan Dato’ Sharif pun tidak dapat mengesan konflik di antara dia dengan Farish.

************

            I’m dead meat…dari tadi ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Zahra. Macam manalah aku boleh jumpa dia lagi? Walau diberi hadiah sejuta rupiah mahupun dinar sekalipun, aku tetap tak nak jumpa dia. Kalau masa tu yalah aku boleh kata, kalau aku jumpa dia sekali lagi, dia makan selipar jepun aku tapi sekarang aku tak pakai selipar jepun tau. Kalau ini syarikat dia, dah sah-sahlah aku tak dapat keje ni, getusnya.

            “Well…well…well…what a small world…” Farish tersenyum memandangnya. Bajet aku tergodalah tu. Zahra mencemik dalam hati.

            “Kenapa? Korang dah saling kenal ke?”soal lelaki pertengahan umur yang diperkenalkan sebagai Dato’ Sharif itu.

            “Mmm…adalah pernah terjumpa tepi longkang suatu hari lepas habis main guli dengan kawan-kawan. Kesian Rich tengok dia pa. Rich bagi makan, kasi tempat tinggal… sejak hari tu, dia suka panggil Rich sayang, manja dia ni. Lepas tu dia lari dari rumah lepas semua makanan Rich dia tibai…hahaha…”Farish bercerita dengan selambanya pada papa kesayangannya.

            Zahra ketap bibir. Aii…mamat ni. Nak kenakan aku lagi. Kalaulah bapak kau tak ada kat sini, aku dah tibai mulut kau tu dengan handbag mak aku yang berjenama Alfio Raldo, mahupun Bata atau kasut Hush Puppies. Tapi mak aku tak ada pakai beg jenama tu. Ni aku reka je. Huhu…

            Zahra berpaling memandang mamat yang diperkenalkan sebagai cousin Farish yang bernama Rudy itu. Dia tutup mulut, menahan gelak. Dia ni pun 2X5 dengan cousin dia. Sama-sama cam mafia busut.

            Dato’ Sharif angkat kening. Tak faham cerita Farish agaknya. Memanglah tak faham. Ingat aku ni kucing ke bleh jumpa tepi longkang? Hello, aku langgar kau kat McD la sengal! pekik hati Zahra.

            “Tak adalah, pa. Rich gurau je. Let me see your resume.” Farish kembali serius. Tanpa banyak soal Zahra terus menghulur fail di tangannya. Ikutkan hati memang dia nak blah je tapi demi menjaga hati, jantung dan usus besar Farish, layan ajelah.

            Zahra tunduk tapi kadang-kala dia curi-curi pandang ke arah Farish yang sedang berbincang sesuatu dengan Rudy. Cepatlah weh, aku nak blah ni.

            “Ok Zahratul Jannah ya? Tahniah. Awak diterima bekerja di sini sebagai wartawan majalah. Harap kita boleh bekerjasama dengan lebih baik lepas ni,”kata Farish sambil menutup fail Zahra.

            Zahra dah terlopong kat situ. Aik, macam ni je ke temuduga? Apa plan mamat ni sebenarnya? Tidak, katakan ini mimpi! Tidak!!!

            Dato’ Sharif nampak terkejut. Padanya Farish terlalu cepat membuat keputusan tanpa bertanya lebih lanjut. Tapi Dato’ Sharif cepat-cepat berdehem.

            “Ehem…well Cik Zahratul, congratulation!”

            Zahra melebarkan mulut dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Dia tahu dia sepatutnya gembira kerana diterima bekerja tapi…tapi…

            “Rudy, kau tolong temankan dia. Tunjuk mana meja dia dan lepas tu balik sini semula. Aku ada benda nak discuss dengan kau,”arah Farish tersenyum. Senyuman mengejek!

            Semasa Farish menyerahkan semula fail Zahra, dia sempat berbisik. “Lebih baik kau berhati-hati mulai hari ni. You’re in my game!”

            Zahra teguk liur. Mamat ni memang nak cari gaduh nampak!

***********

            “Woit! Tahniahlah, kau dah dapat keje sini. Amacam bos baru kita, handsome kan?” Sapaan Jue yang entah datang dari ceruk mana menyedarkan Zahra dari lamunan.

            Zahra buat muka bosan, kemudian tersenyum sambil mengelip-ngelipkan mata. “Ha’ah, handsome. Handsome sangat. Macam selipar jepun atok aku!”

            Jue angkat kening. “Apahal kau ni? Tak cukup handsome ke Encik Farish tu? Muka ala-ala mat saleh macam tu, alahai…buat aku rasa cam nak koma je. Tak bangun-bangun pun tak apa…”

            Zahra mencebik. Uwek…nak muntah aku. Muka cam mat saleh sesat. Handsome konon! Tapi kalau difikir-fikirkan semula, dia rasa pelik juga. Kenapa muka Farish tak macam bapak dia pun? Ke mak dia minah saleh?

            “Wei Jue, kau nak tahu satu hal tak? Encik Farish yang kau kata handsome sangat tu, mamat tu lah yang aku cerita hari tu. Yang secara tak sengaja aku langgar kat McD sampai kotor jaket mahal dia tu. Sampai sekarang dia marah kat aku lagi, tau tak? Memang masaklah aku lepas ni!”

            “Ala, sabar jelah. Dia tak boleh buat apanya kat kau. Kau kan sekarang dah jadi wartawan kat sini, bukannya selalu jumpa dia pun.”Jue cuba tenangkan Zahra yang memang malas nak tenang masa-masa camnih.

            Dia ketap bibir. Cuba memikirkan apa dia patut buat. Dia lebih rela cari kerja ditempat lain daripada dibuli.

            “Tapi cepat sangat kau temuduga, sekejap je dapat. Kalau aku dulu, memula sekali kena edit artikel, pastu jawab soalan ala-ala pshychology sikit dan yg terakhir translateken artikel. Kau tak kena ke?” tanya Jue lagi.

            Zahra geleng kepala. Macam tu ke temuduga? Tapi memang betul, memang dia tak kena buat pun tugasan seperti yang Jue cakapkan. Dia memang dah agak. Si kerek tu sengaja mahu dia bekerja di sini kerana ada agenda tersembunyi. Tak guna punya mamat!

            “Aku nak berhenti kerjalah!”

            “What? Tak bolehlah camtu, Zahra. Kang tak pasal-pasal aku kena tinggal sorang-sorang lagi kat rumah tu. Tak naklah aku, sunyi tak tak?”

            “Sorry beb, aku memang tak leh tengok muka mamat tu. Sebelum muka dia tu cium tapak kaki aku ni, baik aku blah dulu. Aku dah sain surat tawaran, jadi maknanya aku kena tunggu 2 minggu baru boleh letak jawatan. Tak pe, tak pe, sabar untuk 2 minggu je.”

            Zahra cuba sedapkan hati. Sambil tersengih sorang-sorang macam kerang masin, dia ternampak perempuan melayu berambut perang jagung tadi masuk dalam bilik mafia busut yang merancang nak kenakan dia tu. Siapa lagi kalau bukan Amar Farish Dato’ Sharif. Aishh…banyaklah pulak gelaran dia bagi kat mat saleh celup ni.

            “Girlfriendlah tuh…”Zahra memuncungkan bibir ke pintu ofis Farish. Padan sangatlah tu, si perempuan rambut perang, bajet nak jadi minah saleh walaupun muka melayu tulen, si lelakinya pulak mat saleh celup. Seswai sesangat. Macam pinang dibelah sampai hancur lebur.

            “Hmm…hari ni pompuan rambut bulu jagung, esok rambut merah pulak,”kata Jue mencebik.

            “Kenapa? Pompuan tu hari-hari tukar warna rambut ke?”Zahra menyoal bingung.

            “Ish bukanlah, maksud aku hari ni perempuan lain yang datang, esok perempuan lain pulak. Dari cerita yang aku dengar, Encik Farish tu playboy. Walaupun baru lagi kerja kat sini, dah beberapa orang pekerja perempuan kat ofis ni dia ajak keluar. Aku je dia tak pernah ajak lagi. Hahaha…”cerita Jue dengan muka poyo dengan tergelak-gelak macam kena sawan berbuih.

            Zahra hanya tersenyum mengejek. Mamat tu playboy? Mak aii…tak padan muka macam mat saleh celup. Dia ingat dia hensem sangat ke? Yang pompuan-pompuan kat ofis ni pon satu, dah tau mamat tu playboy, yang diorg setuju jugak bila dia ajak keluar apahal? Haa…aku dah fikirkan satu gelaran baru aku nak bagi kat dia. Kasanova versi brazil kuno. Harharhar…

**************
Berubah wajah Farish sebaik seorang wanita berambut perang jagung menjulurkan kepala ke dalam ofisnya. Rudy yang melihat Farish terlopong turut berpaling ke pintu. Syazreen!

            Perempuan itu melangkah mendekati Farish tapi cepat Farish bangun dari kerusinya dan berdiri di belakang Rudy. Tak rela aku digoda si bulu jagung ni!

            “Rich sayang, dah banyak kali I call you tau tak? I pergi rumah you tadi but your mom cakap, you ada kat ofis. You tak bagitahu pun you dah start keje. Kecik hati I tau,”ujar Syazreen dengan suara yang terlentok-liuk. Tergedik-gedik macam monyet. Rudy teguk liur. Sedangkan si buaya Farish pun tak nak dekat dengan minah ni, apatah lagi lelaki normal macam aku.

            “Cakap English berbelit-belit, padahal sumer orang tahu masa skolah dulu dia tak pernah pun lulus BI,”bisik Farish kepada Rudy. Dia tahu sangat sebab dia pernah satu sekolah bahkan satu kelas dengan minah bernama Syazreen ini. Pelajarannya terkandas sampai SPM je, nasib baik anak orang kaya. Kalau tak jawatan pencuci jamban Petaling Street pon belum tentu dia dapat.

            Rudy sempat tersengih mendengar kata-kata Farish. Dia cuba menahan tawanya dan bersuara, “Syazreen, boleh tak you keluar dulu? I dengan Rich busy sangat hari ni. Kitorang kena discuss something. Lain kali fix appointment dulu, boleh?”

            Syazreen mencebik. “Hmm…oklah. I’ll call you back, sayang. Pastikan you angkat tau. Daa…”

            Syazreen menghadiahkan satu flying kiss kepada Farish sebelum meninggalkan bilik itu. Farish cepat-cepat mengelak. Fuh, nasib baik tak kena flying kiss dia. Tak hingin aih aku!

            “Tu lah kau, buaya konon. Apa citer sekarang? Buaya takut dengan monyet? Hahaha…”sindir Rudy.

            “Weh, ni monyet bukan sebarang monyet. Ni monyet sewel terlepas dari zoo,” sela Farish sambil menyeka peluh di wajahnya. Dia kembali duduk di kerusi empuknya.

            “Eh, kau dengan pompuan lain bukan main gatal, dengan si Syazreen tu kau anti pulak.”

            “Habis kalau perangai tergedik-gedik cam monyet siapa tak anti? In fact, bukan Syazreen je aku anti tau, sekarang si Zahratul Jannah budak kampung tu termasuk dalam senarai.” Farish mengenyitkan mata.

            Rudy buat kening Ziana Zain. “Kalau kau anti dengan budak tu, kenapa kau ambik dia keje kat sini? Papa kau pun tak faham tadi. Kita tak habis lagi interview dia, tetiba je kau dah setuju ambik dia keje.”

            Farish terdiam seketika. Dia mengambil fail yang tersusun di mejanya. Fail yang mengandungi biodata Zahratul Jannah berserta dengan gambar gadis itu ditatap dengan wajah mengejek.

            “Aku ingat kau dah kenal aku, Rudy. Sebenarnya aku still boleh maafkan dia masa dia tumpahkan kopi atas jaket aku yang sekarang ni terpaksa dijadikan makanan tong sampah tu. Yang aku hanginnya, dia melawan cakap aku. Pada aku, tak ada perempuan yang boleh melawan atau mempertikaikan apa aja yang aku cakap dan aku akan huru-harakan hidup dia. Biar dia suspek sikit kat aku ni.”

            “Err…Rich, bukan suspek. Respect lah.”Rudy membetulkan. Mentang-mentang baru balik oversea, cakap melayu pun tak betul.

            “Errk…pape jelah!”cover Farish dengan muka merah-merah pink. Baru nak buat muka ganas macam dalam drama, tak jadi pulak.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

No comments: