Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Wednesday, April 20, 2011

Amar Farish 3

“Bila sampai?”Itu soalan pertama yang keluar dari bibir Dato’ Sharif ketika Farish baru pulang selepas keluar bersama Rudy.Langkah Farish yang melintasi Dato’ Sharif di ruang tamu itu terhenti.

            “Err…pagi tadi,”jawab Farish perlahan.

            “Pagi tadi?”Nada suara Dato’ Sharif menekan. “Baru balik dari oversea pagi tadi dan terus keluar jumpa Rudy sampai sekarang pukul 9.30 malam baru balik?”

            Farish mengeluh.Pantas dia duduk di sofa empuk bertentangan dengan Dato’ Sharif. Datin Aliah yang duduk di sebelah suaminya hanya memerhati dengan ekor mata tanpa sebarang reaksi.

            “Sorrylah,pa. Farish seronok sangat jumpa Rudy tadi. Banyak yang kitorang borakkan. Yalah,dah dekat 4 tahun tak jumpa dia. Farish bukan sengaja. Farish minta maaf,ek? Lain kali Farish tak buat lagi?”

            Dato’ Sharif terdiam seketika. Dia memandang Datin Aliah. Inilah salah satu kelemahannya yang mudah dieksploitasi oleh si anak. Sebaik mendengar permohonan maaf daripada Farish, hatinya mudah lembut dan sejuk. Farish anak tunggalnya, pencair hati kerasnya.

            “Hmm…yalah. Papa maafkan. Papa sebenarnya nak bincang sesuatu dengan Farish. Tapi memandangkan Farish baru balik, lebih baik kita bincang esok aja,” ujar Dato’ Sharif.

            “Bincang? Bincang pasal apa,pa?” soal Farish tidak sabar-sabar.

            “Rasanya kamu pun,kan?Tentang pertunangan kamu dengan Syazreen.”Kata-kata Dato’ Sharif membuatkan jantung Farish terhenti berdenyut tiba-tiba.Bertunang?No way!

            “Err…Farish letihlah,pa. Farish masuk bilik dulu. Nak tidur,goodnight!”

            Tanpa menunggu lebih lama terus Farish mengangkat punggung dan berlari ke tingkat atas menuju ke biliknya. Gila! Sampai bila-bila pun aku takkan kahwin dengan si gedik tu!

            Dato’ Sharif dan Datin Aliah membatu seketika. Sangka mereka Farish masih malu untuk membicarakan hal itu tanpa mengetahui hal sebenar kenapa Farish mengelak dari mereka. Bibir mereka mula mengukir senyuman.Semakin lama semakin lebar.

*****************************

            Ketukan yang kuat di muka pintu membangkitkan Rudy daripada tidur. Dia baru saja berniat untuk melelapkan mata selepas solat Subuh tadi. Tapi belumpun sampai 15 minit matanya terpejam, ketenteramannya sekali lagi diganggu.

            Nak apalah ni. Tak reti nak tidur ke? Baru pukul 6.30, buat apa datang rumah orang pagi-pagi buta camnih? Rudy membebel seorang diri di dalam hati.

            “Hish,siapalah nih. Dahla tak bagi salam. Ketuk pintu macam…”Kata-katanya terhenti di situ. Bulat matanya memandang seseorang yang tercegat berdiri di muka pintu rumahnya itu.

            “Farish?”Rudy kaget.

            “Er…sorry aku kejutkan kau pagi-pagi buta ni. Boleh tak pagi ni aku tumpang mandi dengan breakfast kat rumah kau?” tanya Farish mendatar. Di tangannya sudah ada sehelai T-shirt dan seluar jeans.Dari gayanya macam baru bangun tidur.

            “Err…okey.”Jawapan Rudy benar-benar menggembirakan hati Farish. Dengan selambanya dia terus meluru masuk ke dalam rumah.

****************************
Farish cuba menahan geram yang bersarang di dada. Dia tengah serius si Rudy ni boleh gelak macam sawan hippopotamus. Memang nak kena mamat poyo nih!

            Dia cerita pada Rudy yang dia terpaksa keluar rumah selepas sembahyang Subuh untuk mengelak daripada bersarapan dengan ibu bapanya kerana malam semalam papa memberitahunya ingin membincangkan tentang pertunangannya dengan si Syazreen gedik itu. Tolonglah,setakat minah tu, kasi free pun aku tak nak tau? Farish meneguk liur.

            “Wei,apala lu! Cuma sebab tu kau sanggup datang sini? Hahahaha!!!”Tawa Rudy masih belum surut.

            “Yeah,very funny. Hahaha…stop it,Rudy! This is not a joke!” Bam!!Farish mengetuk meja makan. Automatik tawa Rudy terhenti. Farish buat muka serius sambil mengunyah roti bakar.

            “Hehe…okey, okey, pada aku semua ni tak masuk akal tau tak? Farish,parents kau cuma nak ajak berbincang, bukannya terus nak tunangkan kau dengan minah tu!”selar Rudy cuba menahan tawa.

            “Itu aku tahulah tapi macam mana kalau diorang terus nak tetapkan tarikh pertunangan. Gila! Kalau macam nilah gayanya, aku tak balik Malaysia pun takpe!”

            “Okeylah, mungkin papa dengan mama kau cuma nakkan yang terbaik untuk kau. Diorang pun risau gak kau ni dah handsome tapi still takde girlfriend.Maybe diorang ingat kau ni...” Rudy naikkan kening. Dari gayanya,Farish tahu dia sedang fikirkan apa.

            “Kau kepala hotak mereng! Aku normal tau tak?” Roti bakar di tangan dicubit sedikit dan dilempar ke muka Rudy. Rudy ketawa terkekeh-kekeh. Macamla aku ada buat lawak. Kurang cell body tol mamat keding nih! Farish ketap bibir.

            “Itulah kau, buat perangai player kau tu lagi. Asyik nak main-main dengan perempuan. Aku rasa dah tiba masanya kau fikir tentang calon isteri.” Cadangan Rudy membuatkan mata Farish macam nak tersembul keluar. Calon isteri? Tolonglah!!

            “Hello kawan,cakap tu biar masuk akal. Aku baru lepas study,baru balik oversea. Kepala aku ni tengah berasap lagi dok pikir segala macam teori sepanjang aku belajar kat sana dan sekarang tiba-tiba nak suruh aku tambah satu lagi beban? Tolonglah, aku malas nak pikir benda-benda tu semua!”jawab Farish sambil menunjal-nunjal kepala sendiri.

            Memang Farish tahu bukan Rudy seorang saja yang menganggapnya playboy. Tapi baginya, dia bukannya main-mainkan perasaan perempuan. Rasanya sikap peramahnya yang terlebih itu yang boleh buat perempuan perasan.

Dan rasanya tak salah kalau aku berseronok dulu.Masa muda hanya sekali, kan? Sekurang-kurangnya aku takdelah nakal giler-giler sampai bawak perempuan ke bilik tidur.Aku masih ada pegangan agama,tau tak? Hehe...tetiba nak tukar jadi ustaz pulak! Farish senyum senget.

            “Okeylah, maybe pagi ni kau boleh lepas. Tapi macam mana dengan hari-hari berikutnya? Takkan tiap-tiap hari kau nak datang mandi dengan breakfast kat rumah aku? Kalau hari-hari camnih, tokeh balak pun kering tau tak?”

            “So maknanya kau tak sukalah aku datang sini? Okey takpe,aku blah!” Farish buat-buat merajuk. Baru nak angkat punggung...

            “Weh,nanti!Nanti!Takkan baru cakap cam tu sikit dah nak merajuk?Hati tisu tolla kau nih!”

            Farish tersengih. “Cis,tahu takut.Kau belum tengok lagi aku merajuk camner...”

            “Tak payahla…buruk bebenor aku tengok.Haha…”

            “Buruk pun sekurang-kurangnya hensem dari kau!”

            “Hmm…yalah tu.Kau hensem,aku buruk.Saperla aku ni…”Ambik kau,drama sebabak baru je bermula.

            “Kau tak yah buat dramala kat sini.Sikit pun aku tak kesian. Haha…weh,kau sekarang kerja kat mana?” Farish cuba alih topik.

            “Biasa ar,tanam anggur. Haha…biasa kalau aku takde duit,aku minta je dengan parents aku tapi kadang-kadang tu segan gak.Aku pandai berjimat,” ujar Rudy sambil kunyah roti bakar.

            “Kau ni memangla,kikis duit mak bapak je yang kau tau.Suruh kerja dengan bapak aku tak nak.Dah tau takde duit,sibuk menggatal nak duduk sorang-sorang.”Ambik kau Farish dah start membebel pulak.

            Farish memang kenal benar si Rudy ni, nak hidup berdikari kononnya. Sebab tu dia tak tinggal dengan parents dia, konon nak menyewa rumah tapi last-last kalau takde duit, duit Farish jugak kadang-kadang yang jadi mangsa. Tapi tak kisahla kan, susah jugak kalau tak tolong cousin sendiri.

            “Ala…aku dah terima pun tawaran kerja dengan bapak kau tu. Esok lusa aku kerjala. Kau pulak camner? Tak kerja?”Giliran Rudy pula menemuramah Farish.

            “Aku baru balik oversea semalam kau dah sibuk tanya pasal kerja. Apala… tunggula dalam seminggu dua lagi. Aku nak enjoy dulu. Hehe…so apa kerja part time kau sekarang selain tanam anggur?”

            “Tak ada apa, keje yang memboringkan bagi kau tapi best bagi aku, tulis puisi.” Jawapan Rudy meledakkan tawa Farish.

            “Mak aih, aku ingat lepas dah lama tak jumpa kau, kau dah lupa tabiat pelik kau tu. Kau ni tak habis-habis nak buat aku gelak la.”

            “So what? Setiap orang ada hobi masing-masing. Kalau hobi kau melayan perempuan, aku pulak tulis puisi. Apa bezanya?” Rudy mempertahankan diri.

            Farish tersenyum penuh sinikal. “Yalah, yalah, engkau kalau bercakap tak pernah nak kalah. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Wakakaka!!”

            Rudy menjelir lidah. Peduli apa aku. Dalam hati ada taman ke, sarang lebah ke, memang dah ini minat aku dari dulu. Memang agak pelik, seorang lelaki muda yang berkelulusan tinggi minat tulis puisi tapi selagi aku rasa hobi aku ni tak menyakitkan pandangan sesiapa, lantaklah.

**************
Kamal merenung jauh ke luar tingkap sambil menghisap cerut. Pemandangan dari tingkat 14 bangunan ZIMAL Medic Sdn. Bhd. kelihatan begitu tenang dan persekitaran yang tidak terlalu sesak membuatnya selesa melayan perasaan.

            Dia mencapai bingkai gambar di atas meja. 25 tahun. Sudah 25 tahun berlalu. Namun peristiwa itu seakan baru kelmarin terjadi. Sampai bila-bila pun dia tidak akan melupakan arwah isterinya yang sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan suami dan anak mereka.

            Kamal bernasib baik kerana walaupun sudah berpuluh-puluh tahun menjalankan urus niaga dadah secara haram, dia masih terlepas dan tiada polis yang berjaya mengecam wajahnya hingga ke hari ini. Oleh kerana dia mempunyai syarikat membekalkan ubat-ubatan ke luar negara secara sah, itu sedikit sebanyak mengaburi mata pihak luar bahawa dia tidak terlibat dalam sebarang dunia jenayah. Apa yang pihak polis tahu, kumpulan Eagle adalah salah satu pengedar dadah yang digeruni di Malaysia, cuma mereka sampai sekarang tidak dapat mencari siapa ahli kumpulan Eagle.

            Bunyi ketukan di muka pintu mematikan lamunan Kamal. Selepas dibenarkan masuk, Key terus membuka pintu dan melangkah mendekati bosnya itu. Sudah bertahun-tahun Key berkhidmat dengan Kamal, tanpa ada rasa untuk keluar dari kumpulan Eagle. Kerana itu Kamal sangat mempercayai Key dalam apa jua hal sekalipun.

            “Dapat apa yang aku nak?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Kamal.

            Key mengangguk. Dia mengeluarkan sekeping sampul surat dari jaket kulitnya. Pantas Kamal mencapai sampul surat itu. Beberapa keping gambar dikeluarkan. Segaris senyuman terbit diwajahnya saat meneliti gambar-gambar di tangannya.

            “Dari pemerhatian saya, Amar sekarang sejak balik dari oversea makin putih dan kacak. Rupanya sebiji macam bos masa muda-muda dulu,”kata Key sambil tersenyum.

            Kamal turut tersenyum. Matanya dari tadi tidak lepas-lepas merenung gambar-gambar di tangannya. Sejak Key memberitahunya bahawa anaknya sudah tamat pengajian di luar negara dan baru pulang semalam, dia menyuruh Key ke vila tempat dia meletakkan Amar 25 tahun yang lalu. Dia menyuruh Key mengawasi segala gerak geri Amar dan mengambil gambar dari jauh. Kalaupun dia tidak dapat mendekati Amar, sekurang-kurangnya dia tahu anaknya itu kini membesar menjadi seorang lelaki yang kacak dan gagah.

            “Key, anak aku dah besar sekarang. Umurnya pun dah hampir 25 tahun. Rasanya ini masa yang tepat untuk bawa dia balik. Dia patut dah gantikan tempat aku sebagai pengarah ZIMAL Medic!”ujar Kamal teruja.

            Key mengeluh. Dia menggeleng-geleng. “Rasanya itu bukan idea yang bijak, bos.”

            “Kenapa pulak?”

            “Amar tak pernah kenal siapa kita, bos. Kalau bos tiba-tiba mengaku ada hubungan dengan dia, mesti dia akan terkejut dan tension. Saya yakin keluarga angkat yang jaga dia selama ni tak pernah bagitahu dia hal sebenar yang dia bukan anak kandung mereka. Setahu saya, orang panggil dia dengan nama Farish, bukan Amar,”jelas Key tenang.
           
            Kamal meneguk liurnya yang kering. “Jadi,apa yang patut aku buat? Takkan nak duduk macam ni je? Aku tetap perlukan anak aku semula!”

            “Bos, dalam hal ni kita tak boleh terburu-buru. Lagipun, Amar masih muda. Kita ada banyak masa. Dia perlu tahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit, bukan secara mendadak macam ni. Bos jangan risau, tinggal beberapa bulan lagi Amar akan genap berusia 25 tahun. Dan pada waktu itu,saya sendiri yang akan bawa dia balik. Saya janji!”

            Terdiam Kamal mendengar kata-kata penuh keyakinan daripada Key. Kalaulah isterinya masih ada sekarang, pasti segalanya lebih baik. Kerana kehilangan isteri, dia juga hilang semangat untuk memelihara anak kandungnya sendiri. Bodohnya...

****************

            “Wei, kau ni tak nak balik lagi ke? Cam kekura air je aku tengok kau ni, asyik bertempek kat aku.” Rudy merungut semasa dia sedang beratur di kaunter McDonald untuk membeli makanan. Petang-petang begini dia lebih suka lepak di McDonald untuk makan makanan ringan. Sebenarnya dia lebih suka lepak berseorangan. Tapi kali ini terpaksalah dia bawa Farish sekali. Farish mati-mati tak nak balik, takut Syazreen datang mencarinya di rumah.

            Rudy hairan tahap petala ke lapan. Dengan Syazreen pun nak takut. Bukan nenek sihir Rika Sumanto pun. Cun pe minah tu walaupun otak kureng sikit.

            “Ala Rudy, kau ni kedekut taik hidung masinlah. Petang ni je. Aku bukannya ajak kau gusti lengan, apatah lagi beradu dalam acara merentas desa. Aku nak teman kau makan je.” Farish tayang muka lima sen setengah.

            Rudy mengecilkan mata. “Yelah!Yelah! Papejela kau ni, petang ni je. Esok kau datang rumah aku, aku tendang kau dalam tong sampah!”

            Farish buat thumbs-up. Eleh, pandailah kau ugut aku Rudy oii...nak tendang aku dalam tong sampah konon. Body aku ni 2 kali ganda body kau, tak tak? Kau tu keding je, takkan boleh challenge body aku yang tough ni. Silap hari bulan kau tu yang akan aku humban dalam tong sampah.

*****************
“Hello mak, Zahra dah selamat sampai KL ni.” Sebaik saja turun dari bas yang membawanya dari Melaka ke Kuala Lumpur, Zahra terus menelefon ibunya di kampung menggunakan public phone berdekatan.

            “Alhamdulillah, dah telefon Jue? Kata nak menumpang rumah dia,kan?”tanya Mak Cik Nurul.

            “Tak tahu lagi mak, bukannya boleh menumpang lama pun sebab Jue pun tinggal kat rumah yang company tempat dia kerja kasi. Kalau Zahra dapat kerja satu company dengan Jue bolehla Zahra tinggal dengan dia.”Zahra menjelaskan panjang lebar.

            “Hmm...yalah, kalau dah dapat kerja tu bagitahu mak ye. Mak nak tutup telefon ni, takut jugak pinjam telefon Mak Esah kau lama-lama, dia mengamuk pulak. Hahaha... kirim salam kat Jue ye.” Mak Cik Nurul mengakhiri bicara.

            “Insya-Allah, mak. Zahra letak telefon dulu. Assalamualaikum.” Dan ganggang telefon terus diletakkan.

            Zahra pandang ke sekeliling. Mana aku nak pergi, hah? Jue cuma boleh keluar ambik aku waktu makan tengah hari dengan balik kerja je. Sekarang pukul 4 petang. Apa boleh buat? Aku bukannya kenal area KL ni. Baik aku dok je sini sampai Jue datang, bisiknya sendiri.

            Jue. Nama sebenarnya Juliana. Bekerja sebagai wartawan di syarikat majalah. Zahra dapat tawaran temuduga sebagai wartawan di syarikat yang sama kerana rakan setugas Jue berhenti kerja sebab nak kahwin. Zahra dan Jue sekampung dan membesar bersama. Jue pernah berak dalam kasut arwah opah Zahra pada usia 5 tahun.

            Beberapa minit memerhati kawasan sekeliling, dari jauh dia ternampak restoran McDonald. Perutnya pun dah berirama elektronika. Dia dah malas serabut nak boikot itu ini. Dah lapar semua pun boleh dibedal. Mata dah tak nampak makanan yang nasi-nasi. Apatah lagi yang ada nama cucur dengan kuih.

            Dah sampai McDonald, Zahra parking meja belakang, dok relax-relax dulu. Orang tengah ramai. Dia bet 84.5% orang dalam McD tu tak mandi. Termasuklah dia. Macam mana nak mandi? Dalam bas tak ada paip yang keluar air hujan tu.

            Sampai giliran dia kat kaunter tu, jejaka kaunter bertanya penuh yakin, “Hai selamat petang, makan sini atau bawa balik?” Zahra rasa mesti tiap-tiap malam dia berlatih cakap macam tu. Silap-silap masa dia nak makan pun dia cakap macam tu jugak. Tapi tak ada pulak dia tanya nombor telefon aku, Zahra tergelak dalam hati.

            Dia minta kentang goreng dengan kopi. Mulanya dia minta Coke tapi jejaka kaunter tu cakap, “Maaf dik, Coke dah habis...” Eleh kedekut.

            Masa tengah makan, dia perhati lagi sekeliling. Kolumpo ni weh, mesti ramai artis punya. Kalau ternampak Fahrin Ahmad ka, Fizow Sarip Dol Kampung Dusun ka, boleh jugak bergambar sepam dua. Balik nanti boleh kerek dengan orang kampung. Tapi kalau ternampak Fasha Sandha tu, tak payahla bergambar. Dia orang perempuan. Dalam erti kata lainnya, dia nak bergambar dengan artis lelaki je. Hahaha...
            Masa teguk kopi tu, Zahra rasa lain macam. Pahit. Macam hempedu. Tapi dia tak pernah makan hempedu. Pahit la kot. Brader iklan kopi cap kapal pon tak sampai ke bulan kalau macam ni punya gaya rasa. Jadi dia berhenti minum secara profesional. Buat-buat kopi panas. Lepas tu dia minum lagi. Rasa kopi jugak. Pahit. Tak tukar jadi Coke pun. Apa cerita pahit ni? Orang kencing manis pon tak reti minum kalau macam ni.

Zahra pun susun ayat, nak lancar serangan molotov cocktail berpenjuru ke arah kaunter. Dia mengangkat cawan kopi sambil melangkah ke kaunter dengan penuh dedikasi dan ketatasusilaan. Tengah susun ayat, ada sorang brader lalu dengan awek dia. Steady je dia angkat paket kecil-kecil warna krim tulis 'sugar/gula'. Dan barulah Zahra perasan, ilmu makan mekdi tak cukup lagi rupanya.

Hai… tak reti nak cover langsung gaya kampung aku ni. Macam mana aku boleh tak terfikir gula dengan kopi dia letakkan berasingan, Zahra mengutuk diri sendiri. Dengan muka setebal konkrit, dia nak berpaling balik semula ke meja tapi tiba-tiba…

Bukk!! Dia terlanggar tubuh seorang lelaki yang agak sasa dihadapannya. Cawan kopi yang dipegang jatuh. Tapi nasib baik cawan plastik je. Zahra teguk liur. Jaket kulit yang dipakai lelaki itu terkena air kopinya. Baju Zahra pun kena jugak tapi takdelah banyak macam baju mamat tu. Habisla…

*******************

            Wajah Farish bertukar merah. Bagai nak meletup lagaknya. Rudy disebelahnya membulatkan biji mata. Bukannya dia tidak tahu Farish memang sayang giler-giler dengan jaket yang dibelinya di Sweden itu, tapi sekarang jaket itu sudah terpalit dengan air kopi.

            “Woi minah, mata letak mana hah?!”jerkah Farish tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhatikan gelagatnya.

            “Sorrylah brader, saya tak sengaja,”balas Zahra dengan nada suara yang masih terkawal. Dia tahu memang dia pun yang salah.

            “Apa Sorry Sorry? Kau ingat ni lagu Super Junior ke? Dasar perempuan kampung! Kau ingat baju aku ni murah? Aku beli kat oversea tau tak? Gaji kau sebulan pun belum tentu boleh ganti balik baju aku ni!”

            Wajah Zahra bertukar merah. Ikutkan hati dia mahu menyelesaikan pertelingkahan ini tanpa sebarang pertumpahan darah tapi nampaknya mulut mamat ni macam tiub bocor pulak.

            Farish mengibas-ngibas jaketnya yang kotor. Dia tak tahu betul ke tak minah ni perempuan kampung. Betullah kut...pakai tudung dengan T-shirt lengan panjang, seluar track dan berselipar jepun. Gila selekeh!

            “Brader, saya dah mintak maaf, brader tak puas hati apa lagi? Betullah, memang saya tak mampu pon nak ganti jaket brader ni. So ada apa-apa masalah lagi?”balas Zahra tersenyum sinis.

            Farish membulatkan matanya. “Kurang asam punya perempuan kampung! Harap muka cantik mulut macam longkang!”

            “Kalau mulut saya macam longkang, mulut brader pulak macam loji kumbahan najis ke?”

            Kali ini Rudy turut terlopong. Beraninya perempuan kampung ni melawan Farish. Serius, perempuan ni memang cantik tapi mulut boleh tahan jugak.

            “Rich, dahlah. Benda kecik je. Janganlah buat kecoh kat sini, orang semua pandang kau, tau tak?”bisik Rudy perlahan. Mukanya terasa dah setebal bedak opera cina.

            Farish pandang ke sekeliling. Dia baru menyedari yang dia sekarang berada di tempat awam. Pantas Rudy menarik tangannya pergi dari situ. Sebelum melangkah keluar dari restoran McDonald itu, Farish masih sempat menjerit, “Woi pompuan, kalau aku jumpa kau sekali lagi siaplah kau!”

            Zahra mencebik. Ingat aku takut ke? Kalau aku jumpa kau sekali lagi, kau makanlah selipar jepun aku ni!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

2 comments:

Unknown said...

adehhh, kne sawan hippopotamus baca... Caiyok, Zahra... Lap yo character...! ^_^

E-la jjang!
Wink2, haha~

E-la Adiey said...

haha.. thanks roxalynna. bacala yg lain2 jugak :P