Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Friday, July 1, 2011

Amar Farish 10

Binawe! Biadap! Biawak! Haa…tak pasal-pasal aku mencarut. Disebabkan malam semalam, teruk aku kena gelak dengan semua staf. Jatuh saham aku kat BSKL. Farish tidak henti-henti membebel sendiri sambil membasuh mukanya dengan air terjun yang terdapat di Gunung Nuang itu. Dia masih terasa jijik membayangkan bagaimana katak sebesar itu boleh melekat di mukanya.

            Selepas dia berjaya membuang katak tersebut dari mukanya, terus dia muntah di dalam semak. Tidak tahan dengan bau katak tersebut yang mengalahkan bau mentibang pulut. Dia berjaya memasukkan katak itu didalam beg Zahra pun dengan berlapikkan beg plastik, nak pegang macam tu je memang geli siot. Paling tak tahan, staf-staf bukan hendak membantunya, malah dia ditertawakan dengan kuatnya. Tengoklah, aku potong gaji masing-masing nanti!

            Kenangan paling memalukan itu memang tidak akan luput diingatannya sampai bila-bila. Bagaimana seorang lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis boleh dibuli seorang gadis kampung? Argh…memalukan!

            “Aku mesti balas dendam. Ingat Farish, tujuan kau adakan company trip ni adalah untuk beri pengajaran pada Zahratul Jannah, bukan untuk membiarkan diri kau dibuli perempuan kampung tu!” Farish bercakap dengan bayangnya di dalam air jernih itu.

            “Talib!”panggil Farish lantang.

            Hanya dengan sekali panggilan, Talib terus muncul.

            “Ya, En. Farish?”

            “Beritahu semua krew bahagian pengiklanan kita akan merakam program dokumentari kat sini untuk mempromosi Gunung Nuang.”

            “Tapi En. Farish, wartawan penyiaran kita kan cuti bersalin. Pengacara pun tak ada,”ujar Talib pula.

            Farish mengangkat kening. “Aku tak kata pun kita akan guna wartawan penyiaran.”

            “Habis?”

            “Kau buat je apa yang aku arahkan. Aku dah sediakan seorang pengacara untuk program ni.”

            Talib mengangguk dan terus berlalu. Farish tersenyum sendiri. Zahra, you’re dead!

***********

            “Kak Yati, kenapa saya pulak yang kena jadi pengacara untuk program dokumentari ni? Carilah orang lain.” Zahra cuba meluahkan ketidakpuasan hati pada penulis skrip. Ada ke patut suruh aku jadi pengacara TV, aku ni wartawan majalah je!

            “Terpaksalah dik, En. Farish arahkan kamu buat. Itulah, kenapa cari pasal dengan dia?” Kak Yati membalas. Huh, bukannya nak sokong aku.

Zahra ketap bibir. Benci! Benci sebenci bencinya! Arghh!!! Rumpai laut ni tak habis-habis nak mengenakan aku. Suka sangat ke tengok aku marah? Bukan aku dulu yang cari pasal. Dia yang nak gaduh sangat dengan aku, aku layan je. Lupa pulak aku yang selain menerbitkan buku dan majalah, syarikat ni pun ada buat program dokumentari untuk dijual ke stesen televisyen.

Ikutkan hati, skrip di tangan nak je dia jadikan pembungkus nasi lemak tapi bila berfikir-fikir secara dewasa, kalau dia buat macam tu kang dia jugak yang dapat susah. Dari awal dia memang cukup tak suka bekerja dibawah mamat perasan bagus itu.

Aku tak peduli. Kesabaran aku pun ada batasnya. Aku akan buat dia pecat aku dari syarikat ni. Aku lebih rela jadi pencuci jamban kat shopping complex daripada jadi kuli dia, tekad Zahra

“Perempuan kampung, dah hafal skrip?”Satu suara yang sumbang lagi sumbing menyapanya. Huh, ingat aku ni tak ada nama ke?

Zahra beri senyuman yang tak berapa ikhlas. “Oh, mestilah dah. Jangan risau. Program TV kau ni akan berjalan dengan sungguh lancar.”

Farish diam sekejap. Kemudian dia tersenyum sinis. “Jaga kau kalau kau buat hal!” Eleh, rumpai laut kasi warning tak ganaslah. Pigiiidahh!!

Semua sudah bersedia. Zahra siap berdiri dihadapan kamera. Kau tunggu jela Amar Farish. Hehehe…

Action!

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita akan meninjau kawasan Gunung Nuang yang dikatakan satu kawasan perlancongan yang boleh menarik ramai pengunjung untuk berkhemah dan ekspidisi mendaki gunung.

Sebelum kita mulakan program hari ini, biarlah saya berikan satu peribahasa. Dimana ada cempedak, disitu ada pagar. Hahaha…hebat tak peribahasa saya yang tak berkait sebagai permulaan? Tak apa, kalau sukar untuk memahami ayat-ayat atau perkataan ini, silalah rujuk ketua kampung masing-masing. Tertanya-tanya apa kaitannya? Tiada kaitan sebenarnya. Hahaha…”

Cut!

Muka Farish merah. Zahra tetap selamba sambil tayang gigi. Cameraman dari tadi dok tahan ketawa. Mungkin tak sangka Zahra akan tuturkan peribahasa tak berkait. Farish melangkah mendekati Zahra. Tiga…dua…satu…dan…

“Woi, perempuan kampung!” Ayat yang selalu dikeluarkan oleh Farish. Zahra dah tak heran pon. Jari telunjuk Farish dituding ke muka Zahra. Entah apa-apalah mamat ni, tercucuk lubang hidung aku kang baru tahu.

“Siapa suruh kau pandai-pandai tukar skrip? Ni bukan program raja lawak. Kau ni memang sengaja nak bikin aku bara, kan?”

Zahra berpeluk tubuh sambil tersenyum. “So, apa boleh kau buat? Kau tak puas hati? Jadi pecatlah aku sekarang.”

Muka Farish memang betul-betul sudah merah. Bagi Zahra itu satu kemenangan. Itulah, siapa suruh cari gaduh dengan aku? Siapa berani cari pasal dengan aku memang tension tahap gambang dan bambang pamungkas punya. Pecatlah aku cepat, Encik Amar Farish oii!

            “Kau ingat semudah tu kau boleh lari?” Farish merenung Zahra tajam.

            “Kau ingat aku ni apa, Mister Rumpai Laut? Aku bukannya pelari pecut 100 km mahupun 4X100, buat apa pulak aku nak main lari-lari? Akai ada ka?”

            Farish mengetap gigi. Perempuan yang seorang ini memang tak sah kalau tak menyakitkan hatinya. Ikutkan hati nak aja dilenyek-lenyek buat capati.

            “Stop calling me like that, aku bukan rumpai laut!”pekik Farish geram.

            Tercengang-cengang staf yang berada di situ. Memanglah mereka tahu Zahra suka sangat melawan Farish tapi tak sangka pula mereka boleh bergaduh ditempat terbuka seperti ini.

            Zahra tersenyum lebar sambil memandang staf-staf lain. “Korang, kalau nak tahu kenapa aku panggil dia ni rumpai laut, korang tengok jelah fesyen rambut dia. Tak ke macam rumpai tu? Hello Farish, kau tak reti balik tengok cermin ke?”

            Ternganga masing-masing mendengar kata-kata berani mati Zahra. Memang minah tak sayang mulut. Ada ke sesiapa berani cakap macam tu pada majikan sendiri? Kalau orang lain mesti dah kena pecat tapi kenapa sampai sekarang Farish masih boleh bertahan dengan mulut tak ada insurans Zahra?

            “Hei, stupid village girl! Berani you cakap rambut tunang I macam rumpai laut! You ingat you tu cantik sangat ke?” Syazreen tiba-tiba datang menyampuk. Dia sudah memaut lengan Farish.

            Zahra tersenyum sambil menyilang tangannya.

            “Oh, tunang kau ek? Aku tahulah aku ni orang kampung tapi kadang-kadang tu aku ikut jugak perkembangan fesyen artis. Apa kata kau suruh tunang kau ni pergi salun potong rambut cantik-cantik, dah macam mat gian je aku tengok. Berserabai, kesian kan?”

            Syazreen mencerlungkan biji matanya. “You…”

            Belum sempat Syazreen meneruskan kata-katanya, Rudy lebih pantas menarik tangan Zahra pergi dari situ. Takut lebih lama Zahra di situ makin banyak ayat kurang ajar yang dituturkan Zahra untuk menyakitkan hati Farish. Yang Farish ni pun satu, pekerja bawahannya kurang ajar macam tu boleh lagi dia terpacak macam tiang gol je.

            Farish terdiam. Sebaik Zahra meninggalkan tempat itu, terus dia menarik lengannya dari pegangan Syazreen. Dia berpaling memandang staf-staf yang masih merenungnya.

            “Apa tengok-tengok?!”jerkahnya tiba-tiba.

            Kelam kabut masing-masing bila Farish menjerkah. Cepat-cepat mereka berpura-pura sibuk melakukan tugas masing-masing.

************
 “Ara, apa awak buat ni, hah?” soal Rudy tidak puas hati.

            Zahra buat muka selamba sambil bersandar pada pokok. “Buat? Buat apa?”

            “Kenapa awak cakap macam tu pada Farish? Awak sedar tak yang awak dah menjatuhkan air muka dia di depan staf-staf?”

            Rudy mengeluh. Memang kadang-kadang dia memuji Zahra yang enggan membiarkan dirinya dibuli sesiapa pun tapi rasanya Zahra agak keterlaluan tadi. Adakah patut seorang pekerja menjatuhkan martabat majikan sendiri? Belum pernah ada dalam sejarah walaupun dicari dalam World Book of Records sekalipun.

            “En.Rudy cakaplah pada dia. Kalau saya ni sangat kurang ajar, jadi berhentikan saya dari company. Senang, kan?”

            “Ini bukan tentang kurang ajar, tapi cara awak bercakap dengan dia depan staf-staf lain. Macam mana lepas apa yang awak cakap, staf-staf lain pun hilang hormat pada Farish? Sekarang cuba bagitahu saya, apa yang awak marah sangat pada Farish sampai sanggup bercakap macam tu dengan dia?” Rudy mula berpeluk tubuh.

            Zahra terdiam. Marah? Kenapa dia marah pada Farish sebenarnya? Ya, dia tahu! Dia hanya mahu Farish memberhentikannya kerana dia tidak mahu bekerja di bawah lelaki itu.

            “Saya rasa saya tahu kenapa.” Rudy bersuara lagi. “Sebab awak suka dia, kan?”

            Zahra tersentak macam terkena elektrik belut. “Mana ada!”

            “Kalau awak tak suka dia, habis kenapa awak asyik melayan dia dan kenapa awak macam suka sangat bila dia naik angin pada awak? Bukan sebab awak sengaja nak cari perhatian dia ke?”

            “Stop your nonsense, En.Rudy. Saya sengaja kurang ajar sebab saya nak dipecat. Dua minggu saya bekerja, saya beri surat perletakan jawatan tapi dia koyak. Bila saya bagitahu saya dah beri surat untuk berhenti kerja, dia cakap dia tak dapat sedangkan sebenarnya dia bakar surat tu. Kalau dia tak terima saya nak berhenti, jadi saya akan buat dia pecat saya,”ujar Zahra tegas. Aku suka rumpai laut? Uwek!!

            “Tapi saya tak nak awak berhenti!”

            “Kenapa pulak?”

            “Sebab saya suka awak!”

            Ternganga Zahra untuk seketika. Rudy sukakan dia? Mengarut!

            “Apa En.Rudy cakap tadi? Cuba ulang balik.”

            Rudy mengeluh. “Rasanya tak perlu saya ulang banyak kali, kecualilah kalau awak tak korek telinga sebulan.”

            Dan Rudy terus berlalu begitu sahaja. Zahra masih kaku di situ. Rudy suka aku? Tak, mesti aku berangan! Aku tak dengar apa-apa. Lalalala…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Amar Farish 9

Tepat jam 5.00 petang, mereka baru tiba di puncak Gunung Nuang. Zahra keletihan, sudah lama dia tidak mengikuti ekspedisi mendaki gunung seperti ini. Bukan sudah lama, sebenarnya memang tak pernah ikut pun. Huhuhu…

            Nasib baik semua staf ikut, sekurang-kurangnya Zahra ada juga Jue sebagai teman. Fara? Tak payah cakaplah. Perempuan itu agak pendiam dan misteri nusantara. Jenis tak suka bercampur dengan orang kut. Cuma dia satu-satunya staf yang menarik diri daripada menyertai perkhemahan tersebut.

            Agak menghairankan kerana walaupun Fara seorang wartawan sama sepertinya, Fara sering dikecualikan dan boleh menolak jika dia tidak mahu menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini. Fara staf kesayangan Dato’ Sharif kah? Atau Fara dengan Dato’ Sharif tu ada apa-apa? Whoaa…tak baik buat gosip, mengamuk datin nanti.

            Semasa staf-staf lelaki sibuk memasang khemah, staf-staf wanita pula menyiapkan tempat untuk memasak. Ketika Zahra baru mengeluarkan segala peralatan memasak dari beg, dia terdengar suara bapuk kepit.

            “I tak kira, I tak nak balik. Kenapa you selalu nak mengelak? You tu bakal tunang I, tau tak? Tak kira! Tak kira! Tak kira! I nak camping dekat sini dengan you!”

            Zahra berpaling. Seorang wanita berambut perang sedang merengek-rengek dihadapan Farish. Larh…ingatkan bapuk tadi. Suara cam langsuir jantan.

            Zahra angkat kening. Macam pernah ku tengok minah saleh sesat ni, tapi kat mana ek? Errmm…hah, dah ingat! Dia perempuan yang aku nampak masa interview hari tu. Dah lama tak nampak dia datang ofis, tetiba menggatal nak camping sama.

            Farish meneguk liur. Ikutkan hati nak je dia sepak muka Syazreen yang bermekap tebal 6 inci itu. Buat bising sana sini macam hutan ni dia yang punya. Eh lupa pulak, Syazreen kan memang monyet sewel.

            Entah siapa beritahu dia syarikat anjurkan company trip minggu ini, tiba-tiba sahaja dia sudah terpacak di depan ofis dengan beg pakaian yang banyak. Katanya dia akan turut serta sama ada Farish suka atau tak. Manalah tahu Farish menggatal dengan perempuan lain.

            “Boleh tak you pergi main jauh-jauh? You tak nampak ke I tengah sibuk ni?” bisik Farish menahan geram.

            Mukanya sudah merah bila staf-staf mula memandangnya dan berbisik sesama sendiri. Dia pura-pura sibuk dengan membantu staf-staf lelaki memasang khemah.

            “You janganlah tinggalkan I sorang-sorang kat sini. Sampai hati you…” Syazreen dah mula merengek macam nak menangis.

            Zahra tersenyum sinis. Tak sangka perempuan macam ni rupanya taste Farish. Bermekap tebal, berpakaian macam kera jadian dan suara rengekan yang dibuat-buat. Ada ke patut masuk hutan dia pakai baju tak ada lengan dan jeans ketat tiga suku. Sungguh memalukan bagi yang memandang. Caution, pencemaran mata!

            “Eh, I mana lari mana-mana. You pergilah tolong staf-staf perempuan tu mengemas. Kejap lagi nak masak makan malam pulak,”suruh Farish dengan suara yang sehabis mungkin dilembutkan.

            Syazreen mencebik. Dia menjeling tajam staf-staf wanita yang sedang memandangnya.

            “Ish, tak naklah. Ada ke you suruh I bergaul dengan diorang? Euww!!”

            Farish mengeluh. Sabar jelah. Ingat dia terhormat sangat ke? Nasib baik kau anak orang kaya, kalau tak haram aku nak melayan kerenah sewel kau.

            Zahra menjeling. Kau ingat kau tu mulia sangat ke? Meh aku try campak kau dalam lombong, busuk jugak nanti!

            “Okey, kalau you tak nak duduk dengan diorang, you duduk bawah pokok sana sampai kerja I selesai, okey?” Farish akhirnya beralah.

            “Mmm…okeylah, tapi janji cepat tau.” Syazreen tersenyum manja dan dengan gaya catwalknya melangkah ke bawah pokok yang rendang untuk berteduh. Memang tak berhati perut, orang lain sibuk bekerja dia bersenang-lenang ambil angin.

            “Ara.”Panggilan Weena, setiausaha Farish menyentak Zahra.

            “Ya, kak?”

            “Mmm…alat-alat masak semua dah siap, cuma kita perlukan kayu api untuk memasak malam ni. Boleh tolong carikan kayu api? Kalau Ara takut pergi sorang, akak suruh sesiapa temankan. Akak nak sembahyang Asar ni,”ujar Weena lembut.

            “Errmm…takpe kak, saya pergi sendiri. Lagipun saya orang kampung jugak, mestilah saya kenal kayu api.” Zahra mengenyit mata.

            Dia meninggalkan seketika barang-barangnya untuk melaksanakan arahan Weena. Dia boleh dikatakan rapat juga dengan Weena kerana Weena sering menasihatinya agar jangan selalu melawan kata-kata Farish kerana Farish jenis mulut laser. Nasib baiklah Weena dah kahwin. Farish tu bukan boleh kira. Silap hari bulan setiausaha sendiri disambarnya.

            “Zahra.”

            Zahra menoleh. Rudy berlari-lari anak mendapatkannya.

            “Awak nak pergi mana sorang-sorang masuk hutan ni?”

            “Oh, saya nak pergi cari kayu api. Kak Weena cakap untuk masak malam ni. Saya tak naklah ajak orang lain temankan sebab saya tengok semua busy je.”

            “Larh…kenapa tak ajak saya? Kerja saya dah habis, staf-staf lelaki semua dah rehat dalam khemah. Saya boringlah, saya temankan awak boleh?”

            Zahra mengangguk. Bagus jugak ada orang nak temankan. Hari pun nampak hampir gelap, buatnya jumpa…err…dalam hutan mulut tak boleh celupar.

            Farish mengetap gigi gerahamnya bila melihat Zahra dan Rudy berjalan beriringan masuk ke hutan. Terasa bernanah matanya melihat kemesraan Zahra dan Rudy.

            Cis, dasar perempuan kampung! Tak dapat orang kaya, cousin aku pun dia nak bedal. Ingat aku heran ke? Aku tak heranlah! Farish menggerutu sendiri.

            Dia ternampak beg sandang Zahra yang disangkut pada dahan pokok. Segaris senyuman tiba-tiba terbit di wajahnya. Hehehe…takpe, takpe, aku nak buat jenayah kecil-kecilan sikit kat beliau. Wait and see, Zahratul Jannah!

****************
Usai solat Isyak berjemaah, semua staf duduk mengelilingi unggun api sambil menikmati makan malam. Zahra duduk berbual bersama Jue dan Rudy. Mereka bergelak ketawa tanpa menyedari Farish yang mukanya sudah merah macam nak meletup melihat mereka.

            Farish menyuap nasi ke dalam mulut dengan rakusnya. Tidak tahu apa yang dia geram sangat. Sama ada geram Rudy meninggalkannya atau geram Rudy rapat dengan Zahra.

            “Rich, you tolong ambilkan lauk untuk I. I nak lauk gulai, tak nak lauk kicap, okey?”pinta Syazreen manja disebelah Farish.

            Farish teguk liur. Lupa pula dia yang dia sebenarnya bukan ditinggalkan berseorangan sekarang kerana monyet sewel ada disebelahnya.

            “Kenapa you suruh I pulak? You ada kaki, ada tangan. Bukannya OKU, ambillah sendiri,”sela Farish boh-layan.

            Syazreen memuncungkan bibir. Akhirnya dia makan sahaja hidangan yang tersisa di pinggannya. Dia tahu kalau pun dia merajuk, Farish tidak akan memujuk. Jadi lebih baik diam.

            Kau ketawalah sekarang budak kampung, sekejap lagi kau akan histeria. Farish ketawa jahat dalam hati.

            “Woi, Zahra!”panggilnya.

            Zahra memandang Farish. Huh, ada je pengganggu ketenteraman!

            “Walaupun ini company trip, tak semestinya kau kena bercuti sepenuhnya. Ambil kamera kau sekarang dan ambil gambar staf mengelilingi unggun api sebagai kenangan,” kata Farish lebih kepada bentuk arahan.

            Zahra mencebik. Nak tak nak kena buat jugak. Nama pun arahan. Malas dia nak bertekak dengan Farish malam-malam buta begini. Terus dia bangun dari tempat duduk dan masuk ke dalam khemah untuk mengambil kamera.

            Ketika dia meraba-raba isi beg sandangnya untuk mencari DSLR kesayangannya, tiba-tiba dia terasa terpegang sesuatu yang melekit. Rupa-rupanya…

            Katak? Terbeliak biji mata Zahra melihat saiz katak yang agak besar berada di dalam beg sandangnya. Tapi sejak bila? Kali terakhir dia meninggalkan beg sandang tersebut ketika dia keluar bersama Rudy mencari kayu api siang tadi. Rasa-rasanya dia tahu siapa yang berani mengenakan dia seperti ini.

            Huh, aku memang dah agak. Dia ni tak habis-habis nak pedajal aku. Silap oranglah bhai…kau tunggulah pembalasan aku sebentar lagi. Zahra tersenyum lalu mengambil katak yang berada di dalam begnya itu.

            “Kesian kau, Putera Katak. Tak pasal-pasal kau disumbat dalam beg aku ni. Hai rumpai laut…mesti kau ingat aku akan terpekik terlolong sebab geli, kan? Kau dah lupa ke? Aku ni orang kampung. Katak ke, pacat ke, lintah ke, semua aku selamba je pijak.” Zahra berkata-kata dengan nada perlahan kepada katak hijau ditangannya itu.

***************
“Aaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!” Seperti yang dijangka, bergema satu hutan dengan jeritan Zahra. Farish melebarkan senyuman. Yes, rancangannya mengena!

            Zahra berlari ke kawasan unggun api dengan muka cemas tapi dia menyembunyikan tangan kirinya yang sedang memegang katak tersebut.

            “Kenapa, Ara?” Jue bertanya pelik.

            Belum sempat dia menjawab, tiba-tiba Farish ketawa dengan kuatnya.

            “Macam mana, Ara? Lawa ke katak tu?”sindirnya tanpa menyedari Zahra juga ada rancangan sendiri.

            Rudy angkat kening. Katak? Staf-staf lain juga kebingungan, tidak faham dengan kata-kata Farish.

            Zahra tersenyum. “Eh, mestilah lawa. Kalah muka kau. Tak percaya? Hah, tengoklah!”

            Tidak semena-mena Zahra melemparkan katak tersebut ke arah Farish macam melempar bola ragbi. Jangan tiru aksi tersebut ya, tak baik menganiaya binatang.

            Katak itu terus mendarat cantik ke dalam pinggan nasi Farish. Merecik lauk gulai ke baju Farish. Kotor giler!

            Syazreen yang duduk di sebelah Farish apa lagi, terpekik macam gila meroyan seolah-olah katak itu masuk ke dalam bajunya. Melihat Syazreen menjerit, staf-staf wanita juga menjerit panik.

            “Eii…takutnya! Takutnya!” Zahra pura-pura geli dengan gaya tergedik-gediknya.

            Farish membeliakkan biji mata. Hilang terus seleranya. Siapa boleh makan kalau tengok dalam nasi ada katak? Euuww!!

            Belum sempat Farish membuang pinggannya, katak itu melompat ke atas muka Farish pula. Tergelak besar Zahra melihat Farish sudah kegelian sambil menepis kasar katak yang mendarat di mukanya.

            “Uwek!!” Farish naik loya. Betapa gelinya dia katak itu berada di atas muka machonya.

            Zahra ketawa berdekah-dekah sampai nak tercabut urat kentut rasanya. Rasakan kau Amar Farish. Kau kenakan aku, aku akan balas 10 kali ganda!

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Amar Farish 8

“Ara, En.Farish suruh kau masuk bilik dia sekarang.”

            Zahra terdiam. Pandangannya dikalih ke muka Jue yang nampak macam cacing kepanasan. Apahal pulak minah ni? Aku yang akan kena hukum, dia pulak risau.

            “Okey, thanks…” Zahra mengenyitkan mata pada Jue dan ingin melangkah ke bilik Farish tapi tiba-tiba Jue menarik tangannya.

            “Err…Ara, jalan terbaiknya kau minta maaf jelah kat dia. Kata yang kau tak sengaja tolak dia jatuh swimming pool,ek? Ek? Ek?”

            Zahra tergelak. “Kau janganlah serius sangat. Setakat si rumpai laut tu, apa dehal? Kau ni sikit-sikit nak emo. Emo dengan serius tu macam virus. Dia makan semua jenis kegembiraan yang ada dalam diri. Bila perasaan gembira takdak, mesti kau buat muka tak best. Kau bagi semua orang sekeliling kau rimas. Kalau aku rimas, aku tendang orang. Kau nak kena tendang?”
            Jue terdiam. Tak sangka kut, dalam keadaan genting camni boleh lagi Zahra buat muka selamba dan menuturkan ayat macam tu. Gangster tak ayat tu? Haha...
            Terus dia ke bilik Farish. Bila disuruh masuk, dia menguak daun pintu. Dia nampak Farish sedang berbincang sesuatu dengan Dato’ Sharif dan heronya malam semalam, Rudy.
            Waktu dia tak sengaja tolak Farish sampai jatuh dalam swimming pool, Rudy terus menghantarnya pulang. Rudy mahu Zahra lari dahulu kerana dia tahu malam itu Zahra juga yang akan disalahkan. Tapi pagi ini, nak tak nak Zahra terpaksa juga mengadap muka Farish. Zahra tahu mesti Farish mesti nak pecat dia punya. Tak heran...
            “Zahratul, please have a seat.” Farish mempelawa. Zahra angkat kening. Apahal mamat ni? Dia dah lupa ke dengan kenangan sewel malam tadi?
            Zahra tak banyak bunyi, terus duduk. Farish tersenyum. Huh, nampak sangat ada agenda jahat. Senyum pun macam dukun Degawan je.

            “This is for you.” Dia meletakkan sekeping sampul surat depan Zahra. Yes aku dah tahu, surat untuk memberhentikan aku dari syarikat ni!

            “Bukalah,”sampuk Rudy dengan wajah tenang.

            Zahra buat muka blur. Terus sampul surat dibuka. Ku sangkakan surat pemecatan tapi rupa-rupanya…

            “Tolong bagitahu staf-staf yang lain. Minggu depan syarikat akan menganjurkan company trip ke Gunung Nuang. Pastikan semua maklum, semua diwajibkan menyertai perkhemahan ni.”
            Zahra dah ternganga mendengar kata-kata Farish. Kenapa aku pulak yang kena maklumkan pada semua staf tentang company trip? Dan kenapa aku tak dipecat? Kenapa? Kenapa???!!!!!!

*************
            “Rich, what’s your plan? Kita sepatutnya berhentikan dia sebab dah mempermalukan kamu malam semalam,”ujar Dato’ Sharif sebaik Zahra keluar dari bilik tersebut.

            Farish tersenyum. “No, pa. Farish tak setuju kita berhentikan dia sampai dia dapat pengajaran dia. Tak apalah, tak keluar surat khabar pun pasal Rich jatuh swimming pool tu, kan? Relax, everything is under control.”

            “Rich, aku harap kau tak kenakan dia lebih-lebih. Dia perempuan dan lagipun, dia tak sengaja tolak kau,kan?” sampuk Rudy. Dia sebenarnya lega bila Farish tidak memberhentikan Zahra, tapi risau juga kalau Farish ada niat jahat. Sebut jahat kejam sangat, nakal okey kut.

            Farish angkat kening. “Yang kau bela dia ni apasal? Kau dah tangkap cintan dengan dia ke?”
            Rudy terdiam. Dia mengalihkan pandangan kepada Dato’ Sharif yang buat muka toya di depannya. Cepat dia berdehem.

            “Kalau ya pun kenapa? Ada masalah?”

            Riak wajah Farish berubah mendadak. Dia ternganga sikit. Tapi kemudian ketawa pulak macam tak cukup kasih sayang.

            “Kau nak buat lawak pun agak-agakla Rudy oii…macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni…”

            Rudy sekadar tersenyum. Kata-kata Farish langsung tidak berbekas dihatinya.
            “Tak apalah, sekurang-kurangnya kalau aku tahu cuma aku sorang yang sukakan dia, lega sikit hati aku ni sebab tak ada pesaing. Haha…okey aku tak nak buang masa kat sini. Aku nak pegi buat keje aku. Uncle, saya keluar dulu.” Rudy tersenyum pada Dato’ Sharif dan terus keluar dari bilik itu.

            Farish mencebik. Ala si Zahra tu, harap muka je cantik tapi masih kalah dengan kehidupan kota. Dia sesuailah kot dengan Rudy, sama-sama blur. Hahaha…
*************
Kamal tersenyum sendiri. Atmosfera bahagia tidak henti-henti menyerbu masuk ke dalam peparunya. Dia benar-benar bahagia saat ini. Padanya,  hanya dengan dapat melihat wajah anaknya dari dekat malam tadi sudah memadai. Tapi kalau boleh dia ingin menyentuh wajah anaknya, memeluk dan mendengar anaknya memanggilnya dengan panggilan ayah, gelaran yang dirinduinya sejak 25 tahun yang lalu.

            Selepas Farish berlalu meninggalkannya malam tadi, dia terus pulang kerana perlu menguruskan dadah yang ingin diseludup secara haram ke China. Dia ada juga mendengar rakan-rakan pelabur memberitahu Farish jatuh kolam renang malam semalam, nasib baik tak masuk surat khabar.

            “Bos.”

            Kamal mendongak memandang anak buahnya, Chunk. Baru dia tersedar sekarang dia berada di markas rahsia, tempat dia menyembunyikan kegiatan jenayahnya sejak bertahun-tahun dahulu.
            “Ada apa bos panggil saya?”

            Kamal tersenyum. Dia mengeluarkan sekeping gambar dari kotnya dan menghulurkan gambar tersebut kepada Chunk. Chunk menyambutnya tanpa banyak soal.
            “Siapa ni, bos?”

            “Cuba kau tengok mukanya macam siapa?”

            Chunk terdiam. Dia meneliti wajah lelaki di dalam gambar itu. Kulit yang putih kemerahan, tak macam melayu sangat. Bertubuh tegap dan tinggi lampai.

            “Saya rasa dia ni bekerja dekat Media Art & Craft, syarikat buku dan majalah tu, kan? Member saya bagitahu malam semalam dia jatuh swimming pool, bos dengar tak cerita tu? Lawak kan? Hahaha…”

            Chunk galak bercerita sambil ketawa tanpa menyedari jelingan tajam Kamal. Pantas Kamal merampas kembali gambar itu dari tangan Chunk. Chunk terdiam.

            “Kalau kau berani gelak lagi, aku tembak halkum kau dengan senapang gajah. Biar bersepai leher kau!”ujar Kamal keras. Dia sangat menyayangi Amar Farish. Dia tidak suka sesiapa pun memperlekehkan anaknya atau berkata buruk tentang anaknya walaupun dalam nada bergurau.

            “Sorry bos…err…tapi siapa dia ni bos? Apa kaitannya dengan bos?” Chunk memberanikan diri untuk bertanya.

            Dia tahu bosnya itu sebenarnya bukan jenis cepat marah. Kamal cuma naik angin bila ada sesuatu yang benar-benar tidak kena di matanya sahaja. Kerana itu dia dikenali sebagai penjahat berdarah sejuk.

            Maksud berdarah sejuk disini bukanlah maknanya dia berdarah binatang reptilia yang bertelur, tapi dia memiliki jiwa yang tenang dan penyabar kalau nak dibanding dengan penjahat lain yang berdarah panas atau dalam erti kata lain panas baran. Tapi jika urus niaga gagal kerana serbuan polis, itu memang membuat Kamal naik baran dan Kamal tidak akan teragak-agak untuk menamatkan riwayat hidup anak buahnya yang dirasakan bersalah.

            “Kau nak tau dia siapa?”
            Chunk mengangguk.
            “Dia…anak aku!”

            Chunk ternganga luas macam rahangnya dah jatuh ke tanah. Tidak tahu pula dia selama ini Kamal mempunyai anak. Maklumlah dia masih muda, baru 28 tahun. Jadi tidak banyak tentang kisah hidup bosnya yang dia tahu.

            “Kau tak percaya,kan? Kau ingat dia anak kepada pemilik Media Art & Craft kan?”
            Chunk menggaru-garu kepala. Sepatah haram pun tidak difahaminya.

            “Aku tak kesah kalaupun orang lain tak nak percaya. Yang penting aku tahu dia anak aku, darah aku mengalir dalam badannya. Kau ada nampak Key?”

            Chunk tersentak mendengar soalan yang tiba-tiba itu. “Err…dia keluar. Bos nak pesan apa-apa? Biar saya bagitahu dia.”

            “Okey, sampaikan pada dia tambahkan budak-budak untuk mengawasi anak aku. Amar Farish anak aku, aku tak nak sesiapa pun apa-apakan dia. Lepas tu kau hubungi ketua Geng Black Scorpion, diorang nak stok dadah tu secepat mungkin. Pastikan tiada kesilapan, understood?” 
            Chunk mengangguk mendengar arahan tegas yang keluar dari mulut Kamal. Setelah itu dia terus berlalu.

            Kamal di tempatnya terus kaku termenung. Tidak jemu-jemu dia menatap gambar wajah Farish yang diambil sembunyi-sembunyi oleh salah seorang anak buahnya itu. Tanpa disedari, seseorang yang tidak dikenali terhendap-hendap di luar markas rahsia Kamal dan telah mendengar segala perbualan Kamal dengan anak buahnya tadi.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

Sunday, June 19, 2011

Amar Farish 7

“Boringnya aku. Benci betul aku kalau dah masuk majlis orang-orang VIP nih. Ingat aku suka ke duduk sorang-sorang ni. Bila dah geram macam-macam rasa ada. Rasa macam nak berenang di kutub Utara, tak pun rasa nak panjat Gunung Everest atau nak delete akaun facebook.” Zahra membebel meraban seorang diri. Majlis makan malam orang-orang besar ni memang membosankan.

            Si Rudy ni pun satulah. Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Nak main nyorok-nyorok dengan aku ke? Aku tahulah aku ni wartawan je. Dapat masuk ke majlis makan malam dikalangan VIP ni pun sebab kena buat laporan, desis hatinya lagi.

            Zahra pandang ke sekeliling. Tak kira lelaki perempuan kelas atasan semua berbual sesama sendiri sedangkan dia terkontang kanting seorang diri. Jue memang tak boleh temankan dia malam ini kerana dia pun ada tugas lain.

            Nak tak nak, terpaksalah tebalkan muka. Dia datang sebab tugas, bukan nak mengorat VIP. Lensa kamera dihalakan ke sekumpulan VIP yang sedang berbual sambil bergelak ketawa. Sekejap hahaha…lepas tu hehehe…pastu kihkihkih…apa yang lawak ntah. Lantaklah, ambik je gambar buat syarat.

            Snap! Done. Nak ambik gambar siapa pulak ek?? Lensa kamera dihala ke sudut lain pula. Tengah-tengah dia zoom kamera untuk dapatkan shoot terbaik, lensa kameranya menangkap tubuh seorang lelaki dari jauh. Lelaki tu? Amar Farish? Arghh…dia lagi!

            Zahra buat muka blur. Dia tahu lelaki itu memang pandai menggunakan aset yang dia miliki untuk goda perempuan. Macam sekarang, dia sibuk berbual dengan sekumpulan gadis-gadis cantik dan seksi. Mestilah anak-anak orang kaya semuanya. Gila glamour betulla dia ni.

            “Assalamualaikum, Zahra. Tengok apa tu?” Cepat Zahra menoleh bila ada seseorang menyapanya.

            Zahra cuma mengawal diri. Rudy berdiri dibelakangnya, bertuxedo dengan rambut lurus bersisir kemas. Dia memang handsome, muka ala-ala Korean walaupun tidak dapat menandingi wajah pan Asian Farish.

            “Eh En. Rudy, tak de…saya perhati dewan ni. Cantik jugak, pertama kali saya sertai majlis-majlis besar macam ni.”Zahra memberitahu, padahal dia langsung tak rasa teruja datang ke sini. Lebih baik balik makan maggi kat rumahlah brader…

            “Mari, saya kenalkan awak dengan parents saya,”kata Rudy lagi.

            Zahra tergamam. What? Parents? Kenapa nak perkenalkan aku dekat parents dia pulak? Aku tak ada pilihan bila Rudy dah buat muka lima sen berkulat. Tak apalah, lebih baik kenal parents dia daripada duduk sorang-sorang kat sini ibarat unta di padang pasir. Huhu…

            “Ibu, babah, kenalkan ini Zahratul Jannah, wartawan baru Media Art & Craft. Zahra, ini ibu dan babah saya, Puan Sara dan Encik Suhaimi Seth.”

            Zahra bersalam sopan dengan ibu Rudy dan cuma senyum pada babahnya. Suhaimi Seth? Patutlah Rudy ala-ala cina sikit,Korean pon ada, ayah dia memang cina rupanya. Wah, anak kacukan rupanya dia ni. Dahlah handsome, baik pulak tu. I loikkee! Zahra tersengih dalam hati. Macamlah Rudy suka kat aku, perasan pulak.

            “Err…Ara, babah saya ni abang kepada ibu Farish, so sebab tu saya dengan Farish pangkat sepupu. Babah saya salah seorang pengarah Media Art & Craft tapi dia jarang ada kat ofis sebab selalu bertugas kat luar. Kalau tak faham apa-apa, boleh tanya okey?” beritahu Rudy lagi.

            Zahra mengangguk bersungguh-sungguh. Tapi dalam hati dia sedikit tertanya-tanya. Kalau ayah Rudy adalah abang kepada ibu Farish, mestilah muka ibu Farish pun macam Cina tapi kenapa si Farish ni ada rupa mat saleh? Nak kata Dato’ Sharif tu macam mat saleh, jauh panggang dari api. Memang muka melayu tulen, habis si Farish tu ikut muka siapa? Takkan kenan mat saleh sampai jauh sangat beza kot. Hmm…

            Sedang dia mengusha-usha keadaan sekeliling, dia ternampak seseorang. Bukan Farish, mamat tu nak buat apa. Dia nampak Fara, wartawan yang baru sehari bertugas di Media Art & Craft. Apa dia buat kat sini? Buat liputan ke? Tak pentinglah, yang penting aku dah ada geng.

            “Okey En.Rudy, sorry saya kena jalankan tugas sekarang. Pergi dulu.” Zahra meminta diri. Lama-lama kat sini nanti kerja tak jalan pulak. Sekali lagi dia bersalam dengan ibu Rudy dan terus berlalu dari situ untuk mengusha Fara pula.

*************

            “Dia cantik!” Itu komen pertama yang keluar dari mulut Puan Sara sebaik Zahra berlalu meninggalkan mereka tiga beranak.

            Rudy tersenyum. “She is…dia cukup pakej, cantik, tinggi, petah. She should be our model for muslimah fashion magazine.”

            “Aii…lain macam je bunyinya kamu ni, Rudy. Ingat sikit, dia tu wartawan company.” Encik Suhaimi Seth mengingatkan.

            Rudy angkat kening. “So what, babah? Sebab dia wartawan jadi Rudy tak boleh puji dia?”

            “Kamu betul, Rudy. Dia cantik tapi pakaian yang dia pakai untuk ke majlis malam ni agak…”Ayat Puan Sara tergantung di situ.

            “Rudy dah tanya dia kalau dia perlukan baju sponsor atau tak tapi dia tolak. Dia kata dia cuma reporter dan datang sini sebab tugas. Jadi tak perlu nak melawa sangat,” terang Rudy sambil matanya tidak lepas dari memandang Zahra yang sedang berbual dengan Fara.

            Betul. Zahra memang tidak bergaya malam ini. Cuma memakai tudung dengan kemeja serta vest dan berseluar slack. Di leher pula tergantung kamera, peralatan asas yang diperlukan sebagai wartawan. Walaupun boleh dikatakan tak bersiap, tapi Rudy tetap rasa Zahra yang paling cantik malam itu.

            Haii…orang kalau dah angau, kawan tu serba comot pun dah tak nampak.

*************

            Fara meminta diri untuk ke tandas bila dia sendiri dah naik rimas mendengar Zahra merapu meraban tanpa diketahui apa yang cuba disampaikannya. Dia ke majlis makan malam ini atas arahan pihak atasan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tengku Kamal akan turut menghadiri majlis makan malam ini kerana dia adalah salah seorang pemegang saham walaupun baru membeli saham seminggu yang lalu.

            “Di sini Inspektor Fara, setakat ini saya belum nampak Tengku Kamal tapi saya akan terus mengawasi keadaan sekeliling,”ujar Fara perlahan kepada cip yang sudah terpasang di badannya itu.

            “Baiklah, laporkan kepada kami dari semasa ke semasa,”respons satu suara dari cip tersebut.

            Fara mengangguk, walaupun tahu petugas yang mengarahkannya melalui cip tersebut tidak dapat melihat anggukannya. Nasib baik tak ada orang dalam tandas, kalau tak mesti orang ingat otak Fara masuk air pulak.

            “Acara apa sekarang?” Fara menyapa Zahra sebaik keluar dari tandas.

            “Tu, rumpai laut nak bagi ucapan atas pentas,”jawab Zahra selamba.

            Fara angkat kening. Dia memandang Farish yang baru naik ke pantas untuk menyampaikan ucapan untuk perasmian majlis.

            “Rumpai laut? Kenapa you panggil dia macam tu?”

            Zahra tersengih. “Suatu hari nanti awak akan tahu.”

            Fara terdiam. Ketika dia khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Farish, matanya tetap liar mencari kelibat Tengku Kamal. Dia tidak tahu sama ada cuma dia atau orang lain juga perasan, wajah Tengku Kamal hampir seiras dengan Farish. Adakah itu cuma satu kebetulan?

            Zahra pun dah bosan tahap 5 kuasa 2 exponent 56. Daripada dia mendengar ucapan syok sendiri Farish, lebih baik dia keluar ambik angin tepi kolam renang.

            “Hai cantik, sorang je?” Satu suara menyapa Zahra.

            Zahra menoleh. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak tersenyum kepadanya. Dia malas berbahasa dan turut tersenyum.

            Dengan gaya berpakaian Zahra sekarang pun, masih ada lelaki yang mahu mendekatinya. Walaupun tidak pandai bergaya, tapi Zahra tetap tidak dapat menyembunyikan kejelitaan yang dimilikinya. Dia mewarisi kecantikan ibunya. Kalau tidak masakan ibunya pernah menjadi antara gadis kegilaan teruna di kampung suatu ketika dahulu.

            “By the way, I Adruce. Your name?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

            “Panggil Ara je,”sahut Zahra buat-buat ramah. I say man, mamat sesat mana pulak ni? Punyalah banyak pompuan malam ni, aku jugak yang dia tegur, gerutu Zahra tak selesa.

            “Okey…Ara, why you dress up like this? Bertudung bukan alasan tak boleh bergaya, tau tak?” Adruce sudah memulakan ceramah tak berbayarnya.

            “Saya wartawan je,”beritahu Zahra terus terang. Yalah, bukan dia yang dapat perhatian pun malam ni. Lainlah kalau dia tu anak Dato’ ke, Tan Sri ke. Setakat cucu kepada atuk takde sape pandanglah…

            “Owh…I’m sorry, kerja kat Media Art & Craft ke? My dad cuma pemegang saham kompeni tu. Malam ni I cuma temankan dia.”Adruce mula membuka cerita.

            Zahra sekadar menjadi pendengar. Haish, macam mana nak lari ni? Tak ada siapa berminat nak dengar cerita kau lah. Aku nak balik tidur pulak ni. Sakit pankreas betolla…

****************

            Seusai menyudahkan ucapannya, Farish turun dari pentas. Ketika itu juga dia melangkah mendekati papanya yang ingin memperkenalkannya dengan beberapa orang kenamaan.

            “Rich, kenalkan Tengku Kamal, antara pemegang saham company kita. Dia baru beli saham kita seminggu yang lepas,”beritahu Dato’ Sharif.

            Ketika itu juga Kamal tergamam. Buat pertama kali dia melihat Farish dari dekat. Terlalu dekat. Anakku…rintihnya dalam hati.

            Farish tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Kamal namun Kamal diam tidak berkutik. Dia asyik merenung Farish hingga membuat Farish tidak selesa.

            Dato’ Sharif berdehem, mengembalikan Kamal ke dunia nyata. Kamal tersenyum dan menyambut huluran tangan Farish. Setelah berpuluh-puluh tahun, baru hari ini dia dapat menyentuh anaknya semula. Selama ini dia cuma memerhati dari jauh.

            Menurut pembantunya, Farish telah menjawat jawatan tinggi di Media Art & Craft. Kerana itu dia membeli sebahagian saham syarikat tersebut, agar dia dapat menemui anaknya dalam acara-acara majlis begini, walaupun tidak selalu.

            Farish betul-betul tidak selesa. Dia cuba menarik tangannya dari pegangan Kamal tapi Kamal menggenggam tangannya seolah-olah ini kali terakhir dia dapat menggenggam tangan lelaki itu.

            “Errmm…Tengku, I have to go now,”ujar Farish menggoyangkan sedikit tangannya, berharap Kamal mengerti.

            Cepat-cepat Kamal melepaskan pegangan tangannya. Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia memegang tangan Farish.

            Farish mengangguk sopan tanda pamitan dan terus berlalu. Ish, pelik betulla orang tua tu. Takkanlah tua-tua nak jadi gay lagi kut, getus Farish geli.

            Dia melangkah mendekati Rudy yang sedang makan kek coklat sambil berdiri. Tak senonoh betulla.

            “Woit!”


            “Ish, kau ni. Dahla datang tak bagi salam, aku cucuk lubang hidung kau dengan sudu ni kang.” Rudy menghalakan sudu di tangannya ke muka Farish.

            Cepat Farish menepis. “Woi, perempuan tu mana?”

            “Perempuan mana pulak?”

            “Bila aku sebut ‘perempuan tu’ sepatutnya kau tahu perempuan mana aku maksudkan.”

            “Yela kau tu kenal ramai perempuan, tak sempat aku nak hafal satu-satu,”balas Rudy sambil mengesat mulut dengan belakang tapak tangan.

            “Zahratul Jannah la, ngek!” Farish ketap gigi. Pengotor betulla budak ni, makan macam budak lima tahun. Tengok, tak pasal-pasal jatuh reputasi budak lima tahun.

            “Oh, dia kat kolam renang rasanya. Tengah sembang dengan Adruce,”beritahu Rudy selamba. Kalau setakat Adruce, rasanya dia belum rasa tergugat. Adruce tak adalah handsome sangat, perangai macam buaya tembaga pulak tu. Dia tahu Zahra bukan jenis melayan semua orang.

            Farish meneguk liur. Darahnya dirasakan menyerbu ke muka. “Ada jugak ke lelaki nak ajak dia sembang?”

            “Kenapa pulak? Ara tu comel jugak.” Rudy tersenyum sambil menayangkan giginya yang sudah comot dengan coklat. Dia tahu dia menyatakan yang sebenarnya.

            Farish tersenyum sinis. “Comel? Teruknya tahap penglihatan kau!”

            “Pandangan aku suka hati akulah nak kata apa. Alah, setakat si Adruce tu apalah sangat. Kaki betina. Kalau boleh gadis penjual burger pon dia nak sapu. Kau try ar usha, aku nak makan ni. Dah, blah-blah!”

            Farish mendengus. Tak pasal-pasal kena halau pulak. Dia melangkah keluar dari dewan untuk ke kolam renang. Huh, teruknya cita rasa Adruce. Kalau ya pun nak jadi buaya, flirt la yang ada kelas sikit. Ini reporter.

            Selama ini Farish tidak pernah rasa tergugat dengan Adruce. Siapa tak kenal Adruce Dato’ Hashim? Lelaki yang malas bekerja, hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa. Tapi kenapa pula dia perlu ambil peduli si buaya itu mendekati Zahra? Bukankah dia sendiri merasa tidak tergugat?

            “Zahra.” Farish menyapa.

            Zahra dan Adruce menoleh hampir serentak.

            “Well…well…well… En.Farish, tak duduk kat dalam layan tetamu-tetamu you?” Adruce berlagak ramah.

            “Tak apalah, nak ambik angin kat luar. Duduk lama-lama dalam ruang aircond tu rasa nak terkencing pulak.” Farish tersenyum walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa menyampahnya dia pada Adruce saat ini. Nak ber I, you dengan aku konon. Sekolah pun tak habis.

            “Owh…okeylah En.Farish, I pun tak nak ganggu you. Mungkin you nak berbual-bual dengan reporter you yang cantik jelita ni. I pergi dulu.” Adruce pamit meminta diri.

            Sebaik Adruce menoleh, Farish buat mimik muka mengejek di belakang Adruce. Buat suara menggoda, konon-konon berlagak gentleman. Depan pompuan bolehlah.

            Zahra simpan je rasa nak tergelak dalam hati. Betapa hodohnya muka Farish bila dia buat macam tu. Memang ekslusif, laris kalau jual sebagai cover majalah.

            “Wei Zahra, kau tau tak…”

            “Tauhu kat kedai.”Potong Zahra selamba.

            “Hahaha…lawaknya. Dengar sini perempuan kampung, aku nak kau tulis lagi sekali artikel tentang kucing tu. Fakta, bukan karangan budak darjah satu!”Suara Farish bertukar tegas.

            Zahra tersengih-sengih macam malaria tapioka. “Kalau aku tak nak buat, kau nak buat apa?”

            Farish ketap bibir. Dia memang tiada modal untuk mengugut Zahra. Ugutan pecat? Zahra langsung tidak takut, bahkan itulah yang dinanti-nantikan Zahra selama ini. Tapi dia tidak mahu memecat Zahra sekarang. Dia masih menyimpan perasaan tidak puas hati kerana Zahra pernah menumpahkan kopi di jaket kesayangannya dan melawan kata-katanya.

            Di pejabat pun hanya Zahra seorang yang berani berkasar dengan Farish. Tujuannya cuma satu, dia hanya mahu Farish memecatnya dari syarikat itu. Tak hingin dia bekerja di bawah Farish. Staf-staf lain memang tabik dengan perangai Zahra yang terlebih berani bila berdepan dengan ketua mereka yang bermulut laser dan kononnya macho tu.

            “Aku tetap nak kau tulis, sama ada kau suka atau tak!” Farish mula merentap kasar lengan Zahra.

            Zahra tersentak. Ini dah lebih!

            “Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!” Zahra menarik lengannya dari pegangan Farish. Sesedap jiwa nak ugut-ugut aku. Korek lubang idong kang baru tau.

            “Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

            “Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat saleh celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat korea. Macam rumpai laut je aku tengok!” Akhirnya terkeluar juga kata-kata yang selama ini tidak berkesempatan untuk dihamburkannya. Rasanya rumpai laut adalah gelaran yang paling sesuai untuk Farish. Rambut dia memang macam rumpai laut, tak tipu punya.

            Farish ternganga. Speechless. Buat pertama kalinya sepanjang dia hidup selama 25 tahun, baru kali ini seorang gadis berani mengutuk fesyen rambutnya terang-terangan. Padahal selain wajah, gaya rambut inilah yang menjadi kegilaan para gadis. Ramai yang memuji dan mengatakan gaya rambut itu sesuai dengannya. Dan sekarang ada orang menggelar rambutnya sebagai rumpai laut??

            “Perempuan yang tak pernah sedar betapa handsomenya aku ni memang pelik. Mengikut pengalaman aku, perempuan macam kau ni memang tak pernah ada boyfriend pun, betul tak?” sindir Farish. Sarkastik.

            Zahra ketap bibir. Kenakan aku balik nampak. Tapi memang aku tak pernah ada boyfriend pun.

            “Hahaha…kesian kau, umur dah tua still single.” Farish terus-terusan mengejek Zahra. Kita kasi dia bara. Hehe…

            “Diamlah kau, rumpai laut! Kasanova brazil kuno!”pekik Zahra kuat. Tanpa sedar dia menolak tubuh Farish. Farish hilang imbangan dan…

            Debushh!!! Macam badak berendam Farish terjatuh dalam kolam renang tersebut.

            Zahra ternganga. Serius dia memang tak sedar langsung. Habislah…esok mesti keluar surat khabar ‘RUMPAI LAUT JATUH KOLAM RENANG DITOLAK WARTAWAN SYARIKAT SENDIRI’.

            Orang ramai mula mengerumuni Farish yang basah kuyup di dalam kolam.

            “Woi perempuan gila, apa kau buat ni hah?!” Farish memekik.

            Zahra teguk liur. Ada orang disekeliling yang mula memandangnya dan berbisik antara satu sama lain. Habislah…habislah…

            “Zahra, apa awak buat ni?”bisik Rudy dari belakang.

            Zahra berpaling memandang Rudy dengan muka pucat. Rudy menarik lengan Zahra, seakan menyuruh Zahra mengikutnya. Buat masa ini baik lari dulu. Bahaya kalau Farish tiba-tiba bertukar jadi The Hulk.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)