Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Thursday, April 1, 2010

Abang Khai Tomboy? 9

“WOI, apa hal kau ni? Muka macam ayam berak cair aje!”
Tersentak along apabila bahunya ditepuk kuat. “Isy, kau ni Liya, buat terkejut aku aje. Kalau aku ni ada sakit jantung, dah lama jalan.”
Liya tersengih. “Tapi, kau tak ada, kan?”
Along malas mahu membalas. Sebenarnya dari tadi dia asyik menyumpah seranah kebodohan dirinya sendiri. Kalaulah dia tak keluarkan buku bank tu dari beg, mesti sampai sekarang rahsianya masih selamat. Tapi, nak menyesal pun tak guna. Semuanya dah terlambat. Tadi angah telefon dan memberitahu pak su mahu berjumpa dengannya bila dia balik nanti sebab pak su dah jumpa buku bank dia.
Tak boleh jadi. Aku mesti kena dapatkan semula buku bank tu. Kalau tak, susah aku. Macam mana aku nak cari duit untuk melepak kat bandar? bisik hati along sendiri. “Aku tengah risau ni. Pak su aku dah tahu,” adu along pada rakan-rakannya.
“Pasal kita lepak dan kau kencing pak su kau yang kita ada kelas hari ni?” teka Hana.
“Bukan pasal tulah. Hal tu kalau dia dah tahu pun, aku peduli apa? Lagipun, aku yakin dia takkan peduli ke mana aku pergi. Mungkin dia lagi suka kalau aku tak balik.” Hanya ayat itu yang keluar dari mulut along setiap kali bercakap tentang pak sunya. Bagaikan berjauh hati. Selama dalam penjagaan pak sunnya, belum pernah pak sunya menegur kenapa dia selalu balik lewat. Belum pernah pak sunya melarang dirinya memakai baju-baju yang mencolok mata. Dan, belum pernah juga pak sunya menegur akan sikapnya selalu bersikap endah tak endah serta kurang ajar.
Sebenarnya, sampai sekarang along belum dapat menerima kehadiran Rizal dalam hidupnya. Dia sering tertanya-tanya apakah Rizal ikhlas mahu menjaganya adik-beradik. Dia yakin, kalau tidak kerana wasiat arwah abah, mungkin sampai sekarang Rizal takkan ke sini.
“Habis tu apa masalahnya?” Syaza pula bertanya.
“Pak su aku dah jumpa buku bank aku. Adik aku cakap dia marah bila dapat tahu aku dah keluarkan 700 semalam. Lepas ni mesti aku dah tak boleh nak keluarkan duit lagi.”
Ray tersenyum dan memeluk bahu along. “Sayang, itu masalah kecillah. Apa you ingat kita orang semua ni ada duit ke? Walaupun parents kita orang punyai harta yang melimpah-ruah, tapi kita orang selalu pokai, betul tak?”
Kawan-kawan along yang lain-lain hanya mengangguk menyetujui kata-kata Ray.
Along angkat kening. “Tapi kenapa I tengok you semua macam banyak duit aje?”
“Oh, jadi kau ingat parents kita orang kasi kita orang berbelanja dengan kad kredit  ke? Helo... langsung tak mencabar minda, tau tak?” sela Eriu pula.
Along angkat kening. Belum cukup faham dengan kata-kata Eriu.
“Sayang, sebelum you masuk ke kumpulan kita orang, kita orang berbelanja mengikut cara kita orang sendiri. Cara ni lebih menyeronokkan
“Maksud you?”
Rakan-rakan along saling berpandangan dan tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan sesiapa pun.
*******************************
ALONG tetap selamba walaupun wajah Rizal jelas tegang. Langsung tidak menunjukkan rasa takut. Malahan, dia masih mampu tersenyum ketika Rizal mencampakkan buku bank di hadapannya.
Melihatkan kemarahan Rizal, angah cepat-cepat mendukung adik dan berlalu dari ruang tamu itu.
“Apa ni?” Suara Rizal memecah kesunyian.
“Buku bank.” Along menjawab selamba.
Rizal menarik nafas dalam-dalam. Rasa geram di hati cuba ditahan. Dia tahu, dia harus bersabar dalam menghadapi kerenah along. Dia tidak boleh bertindak melulu walaupun along bersikap kurang ajar dengannya. “Kau dah keluarkan 300 minggu lepas dan semalam 700. Kau buat apa dengan duit tu?” soal Rizal tanpa berkias-kias lagi.
“Apa hak pak su nak tahu? Ibu dan abah saya sendiri tak pernah mempersoalkan apa yang saya buat dengan duit saya.”
Rizal ketap bibir. Nampaknya budak ni dah makin melampau. “Itu ibu dengan abah kau, tapi sekarang kau di bawah pengawasan aku. Aku berhak tahu ke mana duit tu pergi,” ujar Rizal tegas. Kalau dengan angah, dia boleh membahasakan dirinya sebagai pak su, tapi dengan along, dia terpaksa lebih tegas sebab along merupakan anak sulung dan along sepatutnya paling bertanggungjawab dalam rumah ini, bukan angah.
“Aku tahu kenapa ibu dan abah kau tak pernah mempersoalkan ke mana duit tu pergi. Dulu kau baik dan bertanggungjawab, tapi semenjak dia orang tak ada, kau jadi semakin liar dan sekarang pandai cakap bohong!”
“Cukup, pak su, cukup!” Along mengangkat tangannya. “Pak su tak berhak menilai saya. Pak su tak pernah kenal saya dan saya tak kenal pak su. Kalau bukan disebabkan surat wasiat abah, rasanya sampai sekarang pun pak su takkan datang sini dan pak su takkan sudi jaga kita orang. Bila pak su datang aje, pak su nak kontrol hidup saya.” Along terus berlalu meninggalkan Rizal sendiri di ruang tamu itu.
Rizal tergamam mendengar luahan along. Jadi, dirinya hanya tak lebih daripada seorang pengacau? Sekarang, baru dia tahu siapa dia di mata along. Dia terduduk. Maafkan Riz, bang. Riz gagal bimbing anak-anak abang. Maafkan, Riz...
“Rizal...” Terdengar satu suara lembut menyapa dari belakang. Ada tangan halus memegang bahu.
“Khai...” Tercetus nama itu dari mulut Rizal. Sejak bila Khai datang sini?

********************************


WHAT? No way! Aku tak setuju dengan cadangan kau!” Terpekik Khai mendengar kata-kata Rizal tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di restoran itu.
Rizal bersahaja sambil memeluk tubuh. Kedinginan malam bagaikan terasa hingga ke tulang sum-sum.
Tak, Rizal tak boleh tinggalkan along, angah dan adik macam tu aje. Takkanlah disebabkan along lawan cakap, dia dah nak pindah dari rumah tu? Aku rasa itu idea paling bodoh yang pernah diutarakan Inspektor Gadget, pekik hati Khai.
“Kau ni nama aje lelaki, tapi kuat merajuk. Baru kena sound dengan budak mentah yang baru nak masuk 20 tahun, kau dah merajuk sampai macam ni...” ujar Khai tidak puas hati. Sebenarnya, kalau angah tak beritahu, tentu sampai sekarang dia tidak tahu yang Rizal dan along sebenarnya ada konflik.
Angah menelefon Khai supaya datang ke rumah mereka malam ini, takut-takut berlaku pertengkaran yang tidak diingini antara Rizal dan along, tapi rupa-rupanya lepas habis along dan Rizal bergaduh, baru dia sampai. Alang-alang dah sampai, terus saja dia mengajak Rizal keluar minum. Harap-harap boleh sejukkan hati Rizal yang tengah panas. Tapi sekarang, Rizal bukannya tengah panas, tapi tengah merajuk. Aduhai...
“Perangai dia makin menjadi-jadi. Dia kurang ajar dengan aku, aku masih boleh terima, tapi dia tipu aku. Dia cakap pagi tadi dia ada kelas, tapi sebenarnya dia keluar lepak dengan kawan-kawan tak guna dia tu!” luah Rizal.
“Kau cubalah bincang baik-baik dengan dia. Kau taukan macam mana sifat remaja, hatinya cepat panas. Remaja macam along, kita tak boleh terlalu berkeras, tapi tak boleh terlalu berlembut,” balas Khai seolah-olah seorang ahli psikologi.
“Macam mana aku nak dekati dia? Dia tak pernah cuba untuk terima aku kat rumah tu. Bila aku tegur sikit, dia balas dengan tengkingan. Bila aku ajak berbincang, dia dah lari sebatu,” keluh Rizal.
“Habis tu macam mana pulak dengan cara layanan kau pada dia?”
“Maksud kau?”
“Macam mana cara kau layan dia? Adakah sama macam cara layanan kau pada angah dan adik?”
Rizal termangu mendengar soalan itu. Khai seolah-olah mengetahui bagaimana cara dia melayan anak saudaranya yang paling sulung itu. Dia tidak membahasakan dirinya sebagai pak su, tapi aku.
“Err… aku…”
“Tak, tak perlu jelaskan apa-apa. Aku dah tahu. Pada pandangan aku, kau terlalu kasar dengan along, tapi tidak dengan angah dan adik. Itu sebabnya dia orang dengar kata. Kau fikir dengan cara kau sekarang ni, dapat buat along berubah? Kau salah, Riz. Aku tak rasa macam tu. Aku rasa, cara terbaiknya adalah ajak dia lakukan aktiviti bersama. Contohnya, beriadah kat taman atau makan kat luar. Cuba ambik hati dia dulu.
“Jangan ambil hati kalau dia masih simpan rasa prasangka pada kau. Kau kena faham yang sebelum ni kau tak pernah wujud dalam hidup dia. Jadi, bila tiba-tiba kau masuk campur urusan hidup dia, tentu dia rasa tersentap. Kesedihan sebab kehilangan mama dan papanya belum hilang, muncul pulak orang baru nak atur-atur dia, tentu dia rasa nak memberontak.”


Rizal mengangguk-angguk mendengar kata-kata Khai. Malam ini buat pertama kalinya dia mendengar Khai berhujah secara matang, tak merapu-rapu macam selalu. Tak tahu kenapa, tapi dia rasa puas setelah meluahkan perasan kepada Khai. Baru hari ini dia tahu bahawa Khai sebenarnya seorang pendengar yang baik dan dapat mengutarakan pendapat secara rasional. Entahlah. Kalau tak ada Khai, mungkin sekarang dia sudah mengemas-ngemaskan barangnya untuk keluar dari rumah itu. Comelnya kau, Khai… luahnya tanpa sedar.

****************************************


“BANGUN! Bangun! Solat subuh!” Rizal bertempik sambil mengetuk-ngetuk belakang periuk menggunakan lesung batu. Dia tidak kira, selama ni dia dah cukup berlembut dengan anak-anak saudaranya, tapi sekarang, dah tiba masanya dia mengajar anak-anak saudaranya mengikut caranya.
“Aduh, siapa pulak buat konsert tengah-tengah malam ni?” bebel angah dengan mata tertutup.
“Banyak cantik kau punya malam. Dah subuh ni. Bangun! Bangun!” Rizal ketuk-ketuk belakang periuk di tepi telinga angah.
Angah bangun dan tenung pak sunya dengan matanya yang bulat.
“Woi, jangan tengok aku dengan mata macam tulah. Seram pulak aku melihatnya. Bangun cepat, kita solat subuh berjemaah.”
“Alah, pak su, angah biasa solat pukul 6.45...” kata angah sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Tak baik melengah-lengahkan solat. Pak su nak kau bangun sekarang dan duduk kat ruang tamu dengan pakai kain telekung, faham?”
Angah mengangguk dengan mata pejam. Kemudian, dia kembali merebahkan tubuhnya ke katil semula.
“Masya-Allah, bertuah punya budak. Aku suruh bangun, dia tidur semula. Angah, bangunlah! Kalau kau tak bangun dalam kiraan tiga, pak su mandikan kau dekat sini.”
Tiada respons.
“Satu…” Rizal mula mengira. Kakinya sudah melangkah ke bilik air yang berada di dalam bilik angah untuk mengambil sebaldi air. “Dua…” Amboi, dia sedap lagi berdengkur. “Ti…” Tangan Rizal yang memegang baldi sudah dihalakan ke muka angah.
“Yalah, yalah... Angah bangunlah ni. Nak main-main sikit pun tak boleh.” Angah terus bangun dan menuju ke bilik air.
Isy, potong stim betullah. Aku baru ingat nak buat gurauan kasar pagi-pagi ni. Tapi tak apa, ada seorang lagi. Rizal sudah mengukir senyuman nakal. Dia sudah melangkah ke bilik along dengan membawa sebaldi air yang diambilnya tadi. Dipulasnya tombol pintu bilik along. Alamak! Dia kunci pintulah pulak. Kena ambil kunci pendualah pula, keluh Rizal berat.
Setelah mendapat anak kunci yang dicari dan pintu bilik along pun dah terbuka luas, Rizal mula menjalankan operasinya. “Along, bangun! Kita solat subuh sama-sama.”
“Isy, memekak betullah!” Along tutup telinga dan kembali menyelesakan diri di tilam empuknya.
 “Baik kau bangun. Pak su bilang sampai tiga, kalau tak, pak su simbah dengan air ni...” Rizal mengugut.
Along masih diam tidak berkutik.
“Satu… Dua… Ti…” Isy, budak ni... Kang aku simbah betul-betul, mengamuk pulak. “Along, bangun, solat subuh.”
Masih tiada respons. Aik, budak ni betul-betul mencabar aku... Nanti kau.
Shuu… Selesai! Pasti akan ada gunung berapi yang bakal meletuskan lavanya sebentar nanti.  Tiga… dua… satu… dan…
What the hell are you doing?” Along terus bangun dari katilnya yang sudah basah. Seluruh tubuhnya juga habis basah. “Apa kena dengan pak su ni, hah? Sengaja nak cari gaduh dengan saya ke?”
“Baguslah along dah bangun. Pak su nak ajak solat jemaah sekali,” ujar Rizal penuh selamba. Hidup mesti selamba.
“Saya tak boleh solatlah hari ni. Cuti!” bentak along.
“Oh, ya... Pak su takkan percaya dengan begitu mudah. Lepas ni pak su suruh angah cek betul ke tak along cuti,” ugut Rizal.
Mata along membulat tiba-tiba.
Rizal buat bodoh. Dia takkan patah semangat. Kata-kata Khai akan dijadikannya panduan supaya dia tak mudah berputus asa. Along, angah dan adik adalah titipan buatnya dan dia harus bertanggungjawab untuk membimbing mereka.
Along mendengus kasar dan terus ke bilik air. Pintu bilik air dihempas kuat. Tanda memberontak. Astaghfirullah… Sabar, Rizal…

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

epy elina said...

hohohoho....
along 2 mkin kras kpala je....
hmmmm...
bila la rizal thu khai 2 pmpuan....
x sbr nk tnggu saat 2...