Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, April 24, 2010

Abang Khai Tomboy? 12

Seorang lelaki berkepala botak daripada Geng 13 mengisyaratkan sesuatu kepada seorang wanita berkulit putih berambut brunette daripada kumpulannya. Wanita itu menghampiri lelaki tersebut. Pek-pek kecil yang mengandungi debu putih seperti tepung ditebuknya hanya dengan menggunakan kuku jari kelingkingnya yang panjang meruncing. Lidahnya menjilat sedikit debu di atas jari.
Wanita tersebut mengangguk-angguk kepada lelaki botak tadi. Kemudian memberi isyarat kepada anak-anak buah yang lain. Datang seorang lelaki bercermin mata, berpakaian serba hitam, membawa sebuah beg bimbit dan diserahkan kepada lelaki botak itu.
Beg bimbit dibuka. Beg yang berisi penuh dengan wang tunai not RM100 ditunjuk kepada lelaki Melayu pertengahan umur yang berada di sisi anak-anak buahnya. Lelaki Melayu tersebut mengambil seikat wang. Dibelek dan dihidunya. Beg berisi tepung ditukar dengan beg wang tunai.
Rashid, pleasure doing business with you,” ujar lelaki botak tadi.
Lelaki Melayu tersebut hanya mengangguk. Mereka saling berjabat tangan. Beg bimbit berisi wang tunai sudah diserahkan kepada anak buahnya. Baru mereka ingin meninggalkan pelabuhan kapal, tempat mereka melakukan urusniaga itu, tiba-tiba…
“Jangan bergerak! Polis!!!” Satu suara dari amplifier tiba-tiba menerjah ke koklea mereka.
Suasana menjadi kacau. Kedua-dua buah kumpulan berlari ke arah yang bertentangan untuk mencari tempat yang selamat kecuali seorang wanita daripada Geng 13. Kumpulan Dato’ Rashid dan anak-anak buahnya yang bersembunyi di satu kawasan. Masing-masing sudah mengeluarkan pistol bagi bersiap sedia.
“Rio mana?” Dato’ Rahid bertanya tentang anak buah yang paling dipercayainya.
“Entah, tengah uruskan polis-polis tu kut...” ujar Sean serkap jarang.
Shit!! Dato’ Rashid mendengus kasar. Hairan juga dia kenapa setiap kali pihak polis mengadakan serbuan, Rio selalu menghilangkan diri dan akan muncul semula beberapa hari kemudian.
“Bos, macam mana sekarang?” Yogi bertanya dengan wajah pucat. Glock 17 setia di tangannya. Anak-anak buah yang lain sudah keluar dari tempat persembunyian untuk mengalihkan perhatian pihak polis agar tidak dapat menangkap bos mereka.
Kumpulan Geng 13 juga saling berbalas tembakan dengan pihak polis yang telah mengepung kawasan pelabuhan dan mula memasuki kapal tempat mereka bersembunyi.
“Aku dah call Leo. Dia tunggu kita dengan bot kat pelabuhan ni jugak. Yang penting sekarang, kau orang mesti kena bawak aku keluar dari kapal ni dengan selamat,” ujar Dato’ Rashid dengan tangannya setia memeluk beg bimbit.
“Bos,macam mana dengan Roxy? Dia cedera parah ni,” tanya salah seorang dari mereka.
“Tinggalkan aja kat situ! Kalau kita bawa pun jadi beban. Lagi payah kita nak lari dari sini.”Briefcase hitam tadi masih utuh dibawa Dato’ Rashid. Dengan berat hati, anak buah Khai meninggalkan lelaki yang bernama Roxy.
“Bos,tolong bawa saya sekali. Saya rayu kat bos. Saya sanggup buat apa pun untuk bos. Saya tak nak masuk penjara,”rayu Roxy. Kaki Dato’ Rashid dipeluk. Dato’ Rashid tersenyum sinis.
“Kalau macam tu,aku nak kau masuk neraka!”Beberapa das tembakan di lepaskan tepat mengenai kepala Roxy. Serta-merta Roxy rebah dengan mata buntang. Peluru tersebut mungkin mengenai cerebrumnya. Anak buah Dato’ Rashid yang lain hanya mampu menahan diri mereka.
“Kalau kau tak cakap banyak tadi, kau still boleh bernafas kat Sungai Buloh sana. What a waste!” sindir Dato’ Rashid lantas menembak lagi sekali ke bahagian jantung lelaki yang sudah tidak bernafas itu.
“Korek keluar kelongsong peluru aku tadi!” arah Dato’ Rashid kepada dua orang pengikutnya.
Polis boleh mengesan jenis pistol yang diguna berpandu kepada kelongsong peluru yang berada di tisu badan mayat yang di tembak. Selalunya apabila polis dapat mengesan jenis pistol, polis akan tahu kumpulan yang terlibat dan langsung mengaitkannya dengan suspek polis. Dato’ Rashid adalah seorang suspek yang berada dalam pemerhatian polis. Kelongsong peluru tadi jika di jumpai polis tamatlah hidup Dato’ Rashid.
“Letakkan senjata,” laung seorang polis dalam jarak tak sampai sekaki. Dia menghampiri Dato’ Rashid dan pengikut-pengikutnya yang berada di sisi mayat.
“Jatuhkan senjata!” arah anggota polis tersebut. Dia menghalakan senjatanya kepada kuncu-kuncu Dato’ Rashid. Mereka berpaling sesama sendiri sebelum meletakkan senjata ke bawah.
Saat anggota polis itu ingin mendapatkan senjata berkenaan, salah seorang dari anak buah Dato’ Rashid menyepak polis tersebut sehingga menyebabkannya tersungkur jatuh. Belum sempat polis itu menarik pistolnya, lelaki berkenaan sudah memetik picu, melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah polis berkenaan. Namun polis tersebut cepat bergolek ke tepi, cuba berlindung menyebabkan tembakan lelaki berkenaan tersasar. Hanya bahu dan paha polis berkenaan yang terkena tembakan.
“Dah. Jom kita blah!” ajak Dato’ Rashid menarik anak buahnya yang sedang memegang pistol.
Kesempatan itu diambil oleh Dato’ Rashid dan konco-konconya untuk melarikan diri.
Polis tersebut mengerang kesakitan. Darah membuak-buak mengalir keluar dari bahu dan pahanya. Dengan sisa tenaga yang masih tinggal, dia melepaskan tembakan ke arah Dato’ Rashid. Tepat mengenai lengan kanan lelaki itu. Spontan beg bimbit yang dipegangnya terlepas.
“Argh! Tangan aku!” jerit Dato’ Rashid.
Sean cuba mengambil beg bimbit itu, tapi Rizal pantas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Sean, menyebabkan Sean terpaksa menghentikan niatnya.
“Tinggalkan beg tu. Lari cepat!” arah Yogi.
Tembakan di bahu polis terbabit menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Membuak-buak keluar. Tak sampai 30 minit, tempat itu di geledah polis. Hanya sebuah kumpulan yang di tangkap. 

*********************************


ASTAGHFIRULLAH… Astaghfirullah… Rizal hanya mampu beristighfar melihat darah yang semakin banyak mengalir keluar dari bahu dan pahanya. Terasa tubuhnya semakin lemah kerana kehilangan darah yang banyak. Dia terbaring lemah di gudang tersebut. Padanya, kesakitan itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kecuaiannya. Kerananya, Geng 23X yang selama ini menjadi buruan dan penjenayah paling dikehendaki, berjaya melarikan diri.
“Adik mimpi abah kena tembak dengan orang jahat!”
Kata-kata adik tempoh hari kembali menerjah fikiran Rizal. Adakah dia abah yang dimaksudkan adik?

Ya Allah… Tubuh Rizal semakin lemah. Di saat ini, hanya anak-anak saudaranya dan Khai yang ada di dalam fikirannya. Along, angah, adik… apa akan terjadi kepada mereka kalau dia dah tak ada? Khai, kenapa dia takut kehilangan ‘lelaki’ itu? Dia sendiri tidak tahu… Mungkin dia sudah jatuh cinta... Ya, aku sudah jatuh cinta. Di saat aku semakin lemah, baru aku mengakuinya. I do love him, ain’t a joke. Aku tak peduli lagi dia lelaki ke perempuan... Ada segaris senyuman di bibir Rizal sebelum pandangannya kelam dan gelap.

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

vioskylet said...

well, nice story.
1st time bce n jumpe blog ni.
keep it up, sis.
sambg cepat eh.