Puan Penulis




Followers

Official FB Group

Official Page

Muhammad Qayl Sufi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Kutemui Cinta (2010)

Kutemui Cinta (2010)
klik gambar untuk beli on9

Abang Khai Tomboi (2011)

Abang Khai Tomboi (2011)
PM FP untuk pembelian

Amar Farish (2012)

Amar Farish (2012)
klik gambar untuk beli on9

Zikir Cinta (2014)

Zikir Cinta (2014)
klik gambar untuk beli on9

Melodi Cinta (2015)

Melodi Cinta (2015)
Himpunan cerpen & mini novel

KhaiRizal : A Love Story (2015)

KhaiRizal : A Love Story (2015)
klik gambar untuk beli on9

Kau Bidadariku...

Kau Bidadariku...
manuskrip yang akan diperam. takkan diterbitkan dalam masa terdekat

No Highlight. Left click + ctrl to open new tab

Tuan tanah kedaung

Assalamualaikum and hi. I'm Nuraqilah Syuhaida a.k.a E-la Adiey :)

Love pastel | Love cosmetics | Love clothes | Unicorn & Mermaid freaks

I'm just planning, putting faith in Allah SWT ;)

Saturday, April 17, 2010

Abang Khai Tomboy? 11

“ASSALAMUALAIKUM...”
“Waalaikumussalam...” Rizal menjawab sambil menoleh ke arah suara yang memberi salam. Seorang wanita muda sedang tersenyum kepadanya. Comel siot! Kulitnya putih bersih dan berhidung mancung. Nampak sopan dengan mengenakan baju kurung dan bertudung litup. Tapi, kalau nak dibandingkan siapa lagi comel antara cikgu ni dengan Khai, tentulah Khai pemenangnya.
“Maaf, lama menunggu?”
Cikgu ni macam tahu-tahu aje yang aku dah lama tunggu dia. Dahlah semalam suruh aku datang sekolah, balik-balik aku pulak kena tunggu dia dulu. Sampai peluh kat ketiak pun tak sempat nak lap. Tapi, memandangkan cikgu ni comel, aku maafkanlah. Rizal senyum sendiri.
“Mmm… Cikgu…”
“Suri...” Pantas Suri menyebut namanya.
“Err… apa puncanya angah… maksud saya, Syafiqa bergaduh?” Rizal membetulkan bicaranya. Terasa canggung pula apabila angah dipanggil Syafiqa. Syafiqa? Nama yang lembut, tapi orangnya pula kasar mengalahkan lelaki.
“Budak-budak, biasalah Encik Rizal. Sebagai remaja, dah tentu mereka cukup sinonim dengan kes cinta monyet.”
Rizal terpanar. Cinta monyet? Angah pun dah pandai bercinta ke? Tapi, setahunya, angah memang ada ramai kawan lelaki berbanding perempuan.
“Sharifah menuduh Syafiqa rampas kekasih dia, tapi Syafiqa pulak tak nak mengaku. Jadi, berlakulah sedikit salah faham. Saya percaya Syafiqa tak salah, dia cuma nak mempertahankan dirinya. Saya sendiri pun dah lama kenal Syafiqa,” ujar Suri.
“Cikgu dah lama kenal Syafiqa?”
Suri mengangguk. “Ya. Arwah abahnya, Cikgu Razlan, mengajar di sini dulu.”
“Oh, jadi cikgu ni dulu kawan dialah?”
“Ya. Saya tak sangka yang adik kepada Cikgu Razlan sangat mirip dengan Cikgu Razlan,” kata Suri sambil senyum simpul. “Dulu, lepas Cikgu Razlan meninggal, saya selalu jugak ke rumah untuk ambil tahu pasal keadaan mereka adik-beradik. Yalah, mereka pun dah jadi yatim piatu, tapi memandangkan ibu saudara mereka sendiri yang nak jaga mereka, sejak tu saya cuma ambil berat tentang Syafiqa di sekolah saja,” tutur Suri.
Tak tahu pulak aku yang Cikgu Suri ni rapat dengan anak-anak saudara aku. Kalaulah ibu saudara dia orang tak kacau daun, mesti dah lama aku kenal dengan Cikgu Suri ni. Tapi… Ibu saudara?
“Cop! Cop! Cop! Ibu saudara? Setahu saya anak-anak saudara saya tak ada ibu saudara. Dia orang cuma ada dua orang ayah saudara iaitu saya dan Khai, pelakon tu. Siapa ibu saudara yang cikgu maksudkan?”
Suri terdiam. Nampaknya macam sedang fikirkan sesuatu. Tak lama kemudian dia ketawa pulak.
Aisy, apa hal pulak cikgu ni? Tadi serius sangat, tiba-tiba pulak boleh ketawa. Kesian, muka cun, mental pulak kurang cun.
“Encik Rizal, saya rasa Encik Rizal ni dah salah faham,” kata Suri apabila ketawanya reda.
Rizal mengerutkan muka. Tanda tidak faham.
“Khai tu…”
“Nanti! Nanti!” Ada satu suara memberi amaran di muka pintu.
 Serentak Rizal dan Suri menoleh.
Khai? Buat apa dia datang sini? Rizal menyoal diri sendiri. Dahinya berkerut-kerut memikirkan kemungkinan Khai di situ.
Khai melangkah mendekati Rizal dan Suri. Wajahnya pucat.
“Err…ya?” Suri kebingungan. Yalah, dahlah tak ketuk pintu. Suka hati mak bapak tiri sebelah nenek saudara dia aje main terjah macam Nas Ahmad.
“Maaf, Cikgu Suri. Saya nak pinjam dia kejap. Eh, bukan, nak bawak dia balik terus. Kalau ada apa-apa pasal Syafiqa, saya akan jumpa cikgu nanti. Jom Riz, ikut aku,” ujar Khai laju macam kartun dan terus tarik tangan Rizal untuk keluar dari situ.
Rizal bagaikan terkena kejutan elektrik bila jari-jemarinya bersentuhan dengan jari-jemari Khai. Jantungnya berdegup makin kencang, rasa macam dah nak meletup dah ni. Hisy, kes parah ni! Tolonglah, aku tak nak jadi gay!
“Kau nak apa? Sesedap hati, jantung dan usus besar kau aje nak tarik-tarik aku. Tak nampak ke aku tengah usha cikgu tu tadi?” kata Rizal sambil menarik tangan daripada pegangan Khai apabila mereka sudah sampai di luar bilik guru.
Khai terdiam.
Apasal pulak ni? Cemburu ke aku nak ngurat Cikgu Suri? Aku manalah tahu mengurat orang. Menembak orang tahulah.
“Wei, kau nak usha ke, nak mintak nombor telefon dia ke, aku peduli apa? Sekarang ni aku hanya nak mintak tolong sesuatu dengan kau.” Tegas Khai.
“Apa hal?”
“Along hilang!!!”
What?” Pandangan Rizal rasa dah berpinar-pinar. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Ya Allah, apa lagi cubaan yang akan Kau beri lepas ni?

******************************************
“HILANG kepala otak kau berjambul!”

Khai tersengih selamba sebaik saja mendengar jerkahan Rizal.
Memang marah gila Rizal dengan Khai hari ni. Buat penat aje dia cari along keliling KL. Sampai naik sasau Rizal memikirkan keselamatan anak saudaranya itu. Tapi, bila balik rumah malam tu, along tengah syok aje baring atas katil empuknya.
“Aku ni separuh mati cari si along tu sepanjang hari ni dan minta cuti setengah hari, kau sedap-sedap aje kata saja nak bergurau dengan aku. Pergi mampuslah dengan gurauan bodoh kau tu!” seranah Rizal sepuas-puas hatinya.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Along, angah dan adik sudah tidur dari tadi. Kalau mereka semua masih berjaga, mana mungkin Rizal akan menyeranah Khai seperti ini. Satu contoh yang tidak elok terutamanya untuk adik.
“Alah, relakslah… Aku dah minta maaf, kan... Kau nak apa lagi?” jawab Khai selamba yang selesa duduk di atas sofa ruang tamu.
“Oh, kau tak nak aku marah. Habis tu nak suruh aku buat apa? Ketawa hahaha… macam tu? Simpan ajelah lawak kau tu untuk April Fool nanti!”
Khai sekadar tersengih. Tapi, dia sendiri sebenarnya menyangka along lari dari rumah. Waktu dia datang ke rumah siang tadi, adik berkata along sudah keluar sejak pukul 8.00 pagi. Kak Leha pula memberitahunya along membawa sebuah beg pakaian besar. Kerana itulah dia tergesa-gesa pergi mencari Rizal di sekolah angah kerana Kak Leha mengatakan Rizal dipanggil guru kelas angah kerana angah bergaduh di sekolah.
Bila dia sampai di bilik guru, dia sempat mendengar sedikit perbualan antara Rizal dan Suri. Berdebar-debar jantungnya apabila Suri menyebut namanya dan menyebut perkataan ibu saudara. Nyaris-nyaris rahsianya terbongkar. Kerana itu dia dengan selambanya menerjah masuk ke bilik guru dan menarik Rizal keluar. Kerisauannya tentang kehilangan along hanya 10.57 peratus dan selebihnya, takut rahsia tentang jantina sebenarnya terbongkar. Entahlah… dia masih belum cukup bersedia untuk memberitahu Rizal tentang dirinya.
Sepanjang hari dia dan Rizal pergi mencari along di sekitar KL dan kolej. Apabila along tidak ditemui, mereka pulang dengan kehampaan dan bercadang untuk membuat laporan polis esoknya.
Semasa Rizal mahu ke bilik along untuk mengutip baju-baju kotor along sementara Khai menonton TV di ruang tamu. Bila masuk ke bilik along, ternganga mulut Rizal bila melihat along sedang nyenyak tidur di katil. Apa lagi, mengamuk sakanlah dia. Dia terus mengejutkan along dan bertanyakan ke mana along pergi sepanjang hari. Dalam keadaan mamai, along memberitahu dia pergi menghantar baju-baju kotor ke dobi dan terus ke kuliah hingga ke petang. Kemudian, tidur semula. Ceh! Patutlah bawak beg besar!
“Kau ni memanglah, Khai… Sejak pertama kali aku jumpa kau sampai sekarang, kau tu memang Mamat Yakuza paling blur kat planet ni.”
“Ya, dan aku jugak Mamat Yakuza paling maco sekali kat planet ni.”
“Maco? Aku rasa tiub basikal tu lagi maco kut. Kau tu bukan maco, tapi hancur.” Rizal ketawa besar.
“Apa? Kau ni memang cekadak kering!” Khai tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan melangkah mendekati Rizal.
Rizal ingin melarikan diri, tapi Khai dengan pantas mengepit kepala Rizal di bawah ketiaknya. Ala-ala pautan The Rock, WWE tu.
“Oit, apa ni Khai? Busuklah...” Rizal berusaha melepaskan diri, tapi pautan Khai semakin kuat. Sampai berpeluh Rizal dibuatnya.
“Pak su dengan Abang Khai buat apa ni?”
Pantas Rizal dan Khai menoleh ke arah suara yang menyapa. Angah sedang berdiri di tangga. Kebingungan memandang mereka. Khai dan Rizal saling berpandangan. Tidak lama kemudian Khai melepaskan pautannya.
“Err… kita orang tengah berusaha untuk memantapkan tae kwan do.” Khai cuba mengawal rasa malu. Adeh, di mana harus ku sembunyikan mukaku yang tebal ini?
“Pak su memang dah lama nak belajar tae kwan do dengan Khai. Sebelum ni pak su cuma tau silat dengan gusti.” Ayat cover. Takkanlah polis maco macam aku ni tak tahu tae kwan do?
“Err… ada apa angah?” soal Khai mengalih topik.
“Adik nangis sejak tadi. Angah pujuk pun dia tak nak berhenti,” ujar angah.

Khai dan Rizal kaget. Pantas mereka melangkah mendaki anak tangga untuk ke bilik adik. Semakin mereka sampai ke tingkat atas, suara tangisan adik semakin jelas kedengaran. 

**************************
Khai dan Rizal kaget. Pantas mereka melangkah mendaki anak tangga untuk ke bilik adik. Semakin mereka sampai ke tingkat atas, suara tangisan adik semakin jelas kedengaran.

Rizal hairan. Sebelum ni tak pernah pulak adik menangis meraung-raung macam sekarang ni.
Angah mendekati katil adik dan menarik adik ke dalam dakapannya.
“Mana ibu? Adik nak ibu...”
Sebak dada Rizal sebaik mendengar rintihan adik. Dia mendekati adik dan mengusap-usap kepala adik.
“Abah, mana ibu? Kenapa dulu abah tak balik dengan ibu?” Setelah sekian lama, akhirnya adik bertanya juga soalan itu kepada Rizal.
Rizal kaget. Fikirnya, setelah adik memanggilnya dengan panggilan abah, itu sudah cukup memadai. Tapi, telahannya salah sama sekali. Adik masih perlukan ibunya. “Ibu tak ada, sayang. Ibu dah tak ada…”
Adik melepaskan diri daripada pelukan angah dan terus memeluk tubuh Rizal dengan erat. “Adik mimpi… Adik mimpi ibu dengan abah meninggal.” Teresak-esak adik memberitahu.
Rizal teguk liur. Kemudian mengalihkan pandangan kepada Khai yang duduk di sebelahnya dengan wajah simpati.
“Adik mimpi abah kena tembak dengan orang jahat!”
Rizal kaget. Ditembak? Tapi, arwah abangnya mati kerana kemalangan jalan raya, bukan ditembak.
“Adik nak ibu! Adik nak abah!” Adik menjerit-jerit sambil menangis.
“Hei, apa bising-bising ni?” Along tiba-tiba muncul di muka pintu sambil meramas-ramas rambutnya. “Suruh adik senyap sikit boleh tak? Orang nak tidur pun tak senang!”.
“Wei, apasal kau cakap macam tu? Kalau tak suka, baik kau pegi tutup telinga kau dengan kapas. Tak payah datang sini!” tegas Khai.
Along mencerlung marah. Tapi masih tercegat di muka pintu.
“Dahlah, sayang. Itu cuma mimpi. Tidur, ya?” pujuk Rizal. Bila dia mahu menyelimutkan adik semula, adik menolak.
“Adik nak abah!”
“Diamlah! Mengada-ada...” Along menengking. Sejurus itu tangisan adik semakin kuat.
Rasa kasihan semakin menebal dalam diri Rizal. Dulu, dia juga sama seperti along, tidak sukakan budak-budak dan cepat panas bila mendengar kanak-kanak merengek. Tapi sekarang, dia tidak marah, sebaliknya ingin terus memujuk.
“Jangan nangis! Tidur cepat!”
Tersentak Rizal mendengar tengkingan daripada along itu. Bukan hendak dipujuk, malah ditengkingnya adik supaya tidur. “Along, pergi masuk bilik sekarang!” arah Rizal tegas. Kalau tak suka, janganlah datang sini. Takut juga kalau kesabarannya menipis, tangannya pula yang akan naik ke muka along.
Along memuncung dan menghentak-hentak kaki sebelum beredar. Kemudian, kedengaran pintu bilik dihempas kuat.
Berkali-kali Rizal beristighfar di dalam hati. Perangai macam budak kecil!
“Abah jangan tinggalkan Adik.” Tangisan Adik semakin reda. Jari-jemari comelnya terus memeluk erat leher Rizal.
“Abah takkan tinggalkan adik,” janji Rizal. Dia membaringkan adik ke katil. Memujuk agar adik segera tidur. Begitu mendalam kasih sayang adik kepada Abang Razlan. Entah kenapa tiba-tiba dia cemburu mengenangkan betapa rapatnya adik dengan abangnya. Kalaulah mukanya tak seiras abangnya, pasti adik takkan memanggilnya dengan gelaran abah. “Malam ni biar pak su tidur dengan adik.”

p/s: untuk sebarang update dan teaser novel, boleh request group dekat SINI ya ;)

1 comment:

epy elina said...

hohoho...
sas pen lak...
napa identiti khai x di dedahkan....
lama lg ke rizal thu??